Quarantanove [49]

376 23 0
                                    

Susu suam aku cicipi sambil melihat anak-anak kecil berlari berkejaran dihalaman rumah. Rumah aku hari ini sedikit heboh oleh kerana saudara mara datang bagi menyiapkan sedikit sebanyak majlis perkahwinan abang aku.

Along aku akan di nikahkan esok dengan pilihan hatinya. Akhirnya abang aku berjaya juga menamatkan zaman bujangnya diusia 32 tahun. Oleh kerana kejadian lalu, along terpaksa menunda tarikh pernikahannya ke hari esok.

Aku menarik senyum tipis. Perutku yang sudah membusung aku usap. Kandungan aku sudah mencecah 8 bulan. Hanya tunggu masa sahaja untuk aku melahirkan. Tapi, keberadaan Daren masih belum di ketahui. Kes itu telah ditutup setelah mereka menemui baju milik Daren berhampiran bangunan itu, dan terus mengabarkan bahawa Daren sudah meninggal dunia. Akan tetapi, hati aku masih tetap teguh dengan pendirian aku bahawa Daren masih hidup.

"Adik, buat apa termenung dekat luar ni?"tegur papa.

"Eh! Papa. Tak ada apa. Seronok tengok budak-budak tu bermain"jawab ku.

"Adik, papa tengok adik ni.. murung je. Selalu mendiamkan diri. Kenapa? Adik ada masalah ke?"soal papa.

"Pa, Daren masih hidup lagikan pa"soal ku menarik senyum.

"Adik, tak salah untuk adik ingat dia. Tapi, adik kene redha dengan apa yang berlaku. Biarkan dia pergi dengan tenang"ujar papa menarik kepala aku ke dalam dakapannya.

"Adik rindu dia pa. Rindu... sangat"tutur ku dalam suara yang bergetar menahan sebak.

"Papa tahu. Kami pun rindukan dia. Walau bagaimanapun, Daren tetap ada dekat dalam hati adik. Ingat tu"pesan papa. Aku mengangguk akur. Berat hati aku untuk menerima akan kenyataan itu. Hati ini masih lagi memerlukannya dalam hidup aku. Walaupun sudah setahun berlalu.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Tibalah di hari yang dinantikan. Dimana along aku akan dinikahkan dengan Nur Izzah yang berupakan gadis pilihan hati along. Akad nikah dilangsungkan disebuah masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Aku melabuhkan duduk di samping pengantin perempuan yang duduk bersimpuh ayu didalam persalinan baju kurung berona cream. Bibir ku mengorak senyum. Selepas ini, Izzahlah yang akan mengantikan tempat aku mengurus along.

Sorotan mata ku hala ke arah along yang segak berbaju melayu duduk membelakangi pengantin perempuan. Dapat aku lihat, along tekun mendengar bait-bait ungkapan kadi sebelum menikahkannya.

Situasi itu mengingatkan kembali akan pada diri aku dimana aku dinikahkan dengan Daren tahun lalu dan kini Daren pergi meninggalkan aku sebelum usia perkahwinan kami menginjak setahun. Besar ujian Mu kepada ku. Aku redha dengan ketentuanNya.

Tanpa aku sedari, Along sudah pun selesai diakad nikahkan. Elisya yang duduk disamping aku menepuk peha aku dan mengisyaratkan aku untuk menadah tangan bagi pembacaan doa.

Usai itu, majlis di teruskan pula di rumah pengantin perempuan. Majlis itu dilangsungkan tidaklah terlalu mewah dan tidak juga terlalu biasa. Oleh kerana Kak Izzah tidak terlalu suka akan kemeriahan.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera. Siapa tak suka makan freekan. Kerusi disebelah Elisya aku tarik lalu punggung ku labuhkan.

"Uish! Banyak betul kau makan"tegur Elisya sedikit terperanjat.

"Aku makan untuk dua orang. Kau apa tahu"tutur ku.

"Eh! Eh! Kau ni. Aku cuma ingatkan. Nanti anak kau besar baru kau tahu betapa susahnya nak melahirkan"ujar Elisya.

"Ish kau ni..!"lengan Elisya aku cubit perlahan.

"Kau tahu tak kata-kata tu satu doa. Tak sayang anak buah kau ke?"sahut ku geram.

"Okay, okay. Memanglah aku sayang anak buah aku ni... okay, sorry. Makan-makan. Makan banyak-banyak"ujar Elisya tersengih. Aku mengjungkit senyum senget.



Sesi bergambar berjalan dengan cukup heboh. Mana tak nya. Semua adik beradik aku buat gila waktu nak bergambar. Semuanya masuk air. Kesian kak Izzah terpaksa terima ipar yang masuk air macam mereka tu. Bertabahlah kak Izzah. Welcome to the family.

Usai bergambar, aku melabuhkan duduk di atas buaian yang ada di rumah kak Izzah. Tidak jauh pun dari orang ramai. Buaian ku hayun perlahan. Angin sepoi-sepoi meniup tudung aku.

"Adik, buat apa dekat sini?"sapa angah tiba-tiba datang entah dari mana.

"Saja. Sana sesak sangat. Lemas"jawab ku. Perut ku usap lembut.

"Adik dah tahu ke nak bagi nama apa?"tanya Angah.

"Tak tahu lagi angah. Adik malas nak fikir. Yang mana terlintas difikiran, itulah yang adik letak".jawab ku.

"Iyalah adik. Asalkan makna nama anak adik tu, makna yang baik-baik". Aku mengangguk. Kepala aku toleh ke arah kanopi dimana along dan kak Izzah asyik menyambut tetamu yang datang tidak henti. Maklumlah orang ramai kenalan memang tak menang tangan nak melayan.

"Seronok adik tengok along dah kahwin. Angah bila pula? Umur dah 30 tahun"soal ku memandang angah.

"Nanti kalau ada jodoh angah kahwin. Lelaki ni, kalau makin meningkat usia dia, makin tinggi saham dia tau"kata angah penuh lagak.

"Eleh! Perasan. Oh ya! Kak Nasuha tu apa cerita?"soal ku.

"Am.. em.. dik, angah rasakan dah lama angah dekat sini. Angah pergi dekat papa dululah ya"dalih angah lantas dia berlalu pergi sebelum aku mula membuka bicara.

"Ada sesuatu yang tak kena ke antara angah dan kak Nasuha tu? Hmm ini kene siasat ni"kata ku sendiri.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Malam harinya, aku menghampiri achik dan alang yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Kedatangan aku disedari oleh alang.

"Hemph! Penguin dah datang dah..."usik alang.

"Ish! Alang ni.. achik, tengok alang tu"cemberut ku.

"Ih! Kau ni. Tak nampak adik bawa apa dalam perut tu"achik membaling bantal tepat ke arah alang.

Achik memimpin tangan aku dan menyuruh ku duduk di sampingnya. Punggung aku labuhkan. Nafas ku atur penat. Bila perut sudah membesar ni, berjalan sikit pun boleh penat. Haih..

"Achik, adik nak tanya sikit"tutur tu.

"Apa dia?".

"Apa jadi antara angah dengan kak Nasuha?". Drastik achik dan alang menoleh ke arah aku. Wajahnya yang terkejut menandakan bahawa ada sesuatu yang terjadi.

"Macam mana adik tahu angah dengan Nasuha tu ada masalah?"tanya Achik.

"Petang tadi achik ada tanya angah tentang akak Nasuha, lepas tu angah terus lari".

"Sebenarnya...."


Bersambung....

Nampaknya Vy sudah redha akan pemergian Daren. Dan alongnya sudah selamat menjadi suami orang. Apa cerita dengan angahnya? Apa yang berlaku antara angahnya dan Nasuha? Stay tune.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now