"Eh Vy, laki hang tak marah ka hang keluaq ni?"tanya Kaira.
"Tak marah kut. Lagipun kita keluar sekejap je kan. Dia tu maybe akan balik lewat malam. So, dia tak akan tahu yang I keluar"jelas ku. Air minuman aku sedut.
"You tahu tak, keluar tanpa izin suami berdosa tau"tambah Elisya.
"Alah.. keluar sekejap je pun. Dia tak akan marah punya. He love me"dengan penuh yakin aku menjawab.
"Suka hati you lah. Suka sangat ikut kepala sendiri. Degil"kata Elisya lagi.
Aku sekadar menarik senyum. Alah.. Daren tak akan marah punya. Lagi pun bukannya aku keluar sampai lewat malam. Just keluar minum-minum je.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan bergema diseluruh restauran. Aku Elisya dan Kaira tersentak. Masing-masing menunduk dan memandang antara satu sama lain.
Tembakan bertalu-talu dilepaskan pada cermin restauran. Serentak bunyi teriakan pelanggan nyaring kedengaran. Masing-masing bercangkung di lantai mengelak dari terkena tembakan.
Melihat akan ramai pelanggan yang berpusu mahu keluar dari restauran, membuatkan perasaan aku mahu keluar dengan selamat berkobar.
"Jom! Kita keluar!"ajak aku. Terus aku bangun dari cangkungan ku dan berlari ke arah pintu di ikuti oleh Kaira dan Elisya.
"Uish! Laju-laju nak ke mana cik adik." Seorang lelaki bertopeng putih melompat masuk ke dalam restauran dan berdiri dihadapan aku. Jantung aku mula berdetak laju.
Kaki aku perlahan-lahan mengundur ke belakang. Lelaki itu menapak menghampiri aku apabila merasakan aku semakin menjauh. Jantung aku mengepam laju. Sungguh aku takut dan panik pada saat itu.
Ya Allah, selamatkanlah aku Ya Allah. Selamatkanlah anak didalam kandungan ku ini.
"Vy!"teriak Elisya.
Aku menoleh. Melihat Elisya dan Kaira sudah berada dalam genggamam penjahat bertopeng itu. Kepala ku toleh kembali ke arah lelaki bertopeng dihadapan aku. Aku merasakan bahawa belakang badan aku sudah menyentuh permukaan dinding. Aku terkepung. Ya Allah! Daren!. Mata aku pejam serapat yang boleh. Sungguh aku takut sangat pada ketika itu.
Buk! Drang!
Telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang terhempas pada kerusi dan meja. Kelopak mata aku buka perlahan. Satu susuk tubuh lelaki berhoodie navy blue berdiri betul-betul dihadapan aku.
Lelaki itu melirik aku dibelakangnya dengan renungan matanya yang tajam dan dingin. Dapat aku rasakan aura keganasan dalam diri lelaki itu. Penutup mulut hitamnya menyukarkan aku untuk mengenal pasti siapakah lelaki itu.
"Sh*t! Tak guna!"lelaki bertopeng putih itu kembali bangkit. Kerusi disampingnya di campak ke tepi.
"Kau dah ganggu kerja aku!"amuk lelaki bertopeng itu. Lantas dia menyerang lelaki berhoodie dengan melayangkan penumbuknya di wajah lelaki berhoodie itu.
Lelaki berhoodie menghalang tumbukan itu menggunakan lengannya. Laju tangannya melepaskan tumbukan di bahagian abdomen dan hidung si lelaki bertopeng putih itu.
Prak! Sebelah topeng itu pecah dan hanya meninggalkan sebelah sahaja yang melekat di wajah lelaki bertopeng itu.
"Jo! Jom blah" sahut seorang lelaki juga bertopeng putih tidak jauh dari tempatnya berada.
"Argh! Kau tunggu pembalasan aku"kata lelaki bertopeng itu sebelum beredar dari situ.
Baru sahaja lelaki berhoodie itu mahu melangkah pergi, pantas aku memegang lengan lelaki itu. Lelaki itu menoleh dingin. Lengannya direntap dan terus berlalu pergi.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romance[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...