Seorang gadis memakai serba hitam berdiri di luar bangunan Legasi Kayangan. Dia memakai kelengkapan untuk memanjat. Setelah sudah, tali pengcangkuk di tembak melekat pada cermin tingkap. Butang pada tali pinggangnya di tekan agar tali itu menariknya ke atas.
Sesampainya dia ditingkat yang hendak dituju, dia mengukir satu bulatan besar pada cermin menggunakan pen laser. Dengan penuh berhati-hati bulatan itu ditanggalkan dan dia membolos masuk kedalam bangunan Legasi Kayangan.
"Aku dah masuk"kata gadis itu melalui alat komunikasi yang dipakainya.
"Bagus, matikan cctv sekarang". Gadis itu mengikut segala arahan yang diberikan. Pasukannya yang lain mula menceroboh masuk ke dalam bangunan Legasi Kayangan.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
"Kau tengok apa jadi?!!"Amuk Tuan Erjaz menghentak meja kerjanya.
"Kau semua buat kerja atau tak semalam?!!"marah Tuan Erjaz pada empat orang lelaki berjas hitam kemas dihadapannya.
Keempat-empat lelaki itu hanya mampu diam menunduk menekur lantai.
"Mana kau semua pergi semalam? Macam mana dokumen penting boleh hilang macam tu je?!!"marah Tuan Erjaz lagi.
"Maafkan kami Tuan. Kami akan cari dokumen itu kembali sampai dapat"kata salah seorang dari mereka berempat.
"Sudah! Kau semua boleh keluar!". Tuan Erjaz menghempas punggungnya kuat diatas kerusi kerjanya. Nafasnya direngus kesal dengan apa yang telah berlaku.
Keempat lelaki itu berjalan keluar dari pejabat Tuan Erjaz. Sebaik sahaja pintu pejabat itu ditutup, salah seorang dari mereka terus memasang wajah bengis bak harimau kelaparan. Butang Jaznya dibuka dan tali leher juga di longgarkan seraya kaki menapak laju pergi dari situ.
"Avyren! Kau nak pergi mana?".
"Aku nak pergi cari setan!"balas Avyren bengis tanpa memandang ke belakang. Sungguh dia bengang kali ini oleh kerana kecuaian seorang dari pasukannya.
Pintu bilik persalinan anggota ditendang kuat dari luar. Terdapat beberapa orang anggota sedang menyalin pakaian mereka untuk menjalankan tugas luar. Mata liar mencari kelibat orang yang dicarinya. Setelah mengenal pasti targetnya, lantas dia melangkah laju menghampiri orang itu.
"Eh! Avyren, kau-"
Dang! Tubuh lelaki itu ditendang Avyren sehingga melekat pada loker. Semua mata mula memandang ke arah mereka berdua.
"Kau apa hal?!"marah orang itu memegang perutnya yang sakit ditendang Avyren.
"KAU TANYA AKU APA HAL?!! EH! MANA KAU PERGI SEMALAM?!"jerkah Avyren menggenggam baju singlet lelaki itu. Lelaki itu diam tanpa kata.
"Kau sepatutnya pantau Legasi Kayangan! Mana kau pergi hah?!!"amok Avyren.
"Aku minta maaf"kata orang itu.
Buk! Buk! Tumbukan di lepaskan diwajah orang itu. Hujung bibir orang itu mula mengeluarkan cecair merah.
"Itu sebab kau lari dari misi! Sebab kau! Aku dan pasukan lain yang kena! Sebab kau nama aku buruk depan Tuan Erjaz! Tugas kau senang! Pantau dan lapor pada pusat utama! Itu pun kau tak boleh buat ke?!"marah Avyren lagi. Penumbuk di angkat mahu menumbuk orang itu yang masih diam membisu. Pantas dua orang anggota yang ada disitu mendekat dan menjarakkan Avyren dari orang itu.
"Aku bagi amaran dekat kau! Kalau kau lari dari misi lagi, kau tahu akibat kau!". Avyren menolak dua anggota yang memegangnya dan terus berlalu keluar dari situ. Suasana didalam bilik persalinan itu menjadi sunyi dan tegang.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romance[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...