Quarantadue[42]

420 27 0
                                    

"Assalamualaikum"

Suara seruan salam itu menarik perhatian aku. Sorotan mata aku kalih ke arah pintu. Terlihat akan satu figura berdiri dihadapan pintu dalam keadaan tercungap keletihan. Dengan mata yang bergenang air jernih, bingkas aku bangun dari duduk mendapatkan figura itu. Tubuh tegap figura itu aku dakap erat. Setitis demi setitis air jernih mengalir dari tubir mata aku.

"You're back"kata ku.

Figura itu menarik senyum. Perlahan-lahan kedua tangannya membalas pelukan aku. Sebelah tangan mengelus kepala aku.

Setelah beberapa ketika, pelukan dileraikan. Aku melihat wajah Daren, penuh dengan lebam dan darah. Segera aku memimpinnya ke sofa.

"Sit here"kata ku. Aku mengatur langkah ke dapur untuk mencari first aid, tetapi langkah aku tertandus apabila Daren memegang tangan aku serta menahan aku dari meneruskan niat aku itu.

"It okay. Just sit. Abang tak nak sayang penat"ucap Daren.

"Tak apa biar alang yang ambilkan first aid"kata Alang menawarkan dirinya. Terus dia ke dapur untuk mendapatkan kotak first aid.

Aku melabuhkan duduk disamping Daren. Tangannya yang terdapat kesan lebam aku genggam erat.

"I'm scared if you never come back"tutur ku menatap anak mata Daren.

"Hey, listen. Walau apapun yang jadi, I will back to you"kata Daren lantas menarik senyum.

"Uuwerkk.. loya pula tekak aku ni tiba-tiba"celah Uda. Mengacau suasana betullah Tuan Azrai Rezwan ni.

"Kau menyibuk asal?"marah ku.

"Eh! Hello, kau tu bersweet-sweet depan orang"balas Uda.

Aku diam. Jelingan tajam aku lemparkan. Kepala aku lentokkan di atas bahu Daren. Sengaja aku berbuat begitu supaya Uda menyampah jadinya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Tak guna! Arghh!! Kau nak mampus dengan aku Avyren. Aku akan pastikan kau mati di tangan aku. Kalau aku tak dapat apa yang sepatutnya jadi milik aku dan daddy aku, kau aku bunuh!"Amuk Trizz menghentam meja.

"Bawak perempuan tu masuk!"arah Trizz kepada anak buahnya. Dia melabuhkan duduk diatas kerusi kerjanya. Tangan menongkat meja. Raut wajahnya terpancar aura dendam dan kebencian.

Tidak lama kemudian, orang suruhan Trizz masuk bersama seorang perempuan. Ditolak-tolaknya perempuan itu untuk melangkah dengan lebih cepat.

"Well.. macam mana? Seronok?"tanya Trizz menarik senyum sini.

"Jantan tak guna!!"tempik perempuan itu mahu menyerang Trizz tetapi pantas dihalang oleh orang suruhan Trizz.

Tawa Trizz pecah melihat kemarahan perempuan itu. Trizz bangun dari duduknya dan menapak menghampiri perempuan itu.

"Haih.. kau nak mengamuk buat apa? Nak pukul aku? HAHAHAHAHA kau tengok diri kau tu macam mana"sindir Trizz menggenggam rambut perempuan sehinggakan kepala perempuan itu terdongak memandangnya.

"Lepaslah! Kau nak apa lagi dari aku!"ronta perempuan itu.

"Kau nak bebas?"tanya Trizz. Perempuan itu mengangguk lemah dengan wajahnya yang basah dek air mata.

"Aku nak kau jalankan tugas terakhir kau". Trizz melepaskan genggaman rambut perempuan itu dan kembali ke mejanya.

"Aku nak kau tangkap Avyana Estella dan bawa dia ke markas. Oh ya! Culik sekali perempuan ni"Trizz melempar sekeping gambar di atas meja.

Perempuan itu menghampiri meja bagi melihat gambar itu dengan lebih jelas. Membulat anak matanya melihat gambar itu.

"Eh! Dia tak ada kena mengenalah dalam masalah ni!".

"Memang dia tak ada kena mengena. Tapi, dia ada kegunaan buat aku. Jangan banyak bunyi. Kau buat apa yang aku suruh"Tuntas Trizz menikam anak mata perempuan itu.

Perempuan itu mengatur langkah keluar dari bilik itu sambil membawa sekeping gambar ditangannya. Dia sudah tiada pilihan lain. Dia harus turut apa yang diarahkan oleh Trizz jika dia mahu kehidupan dia semula dan bebas dari cengkaman Trizz.

Aku duduk bersandar di atas kerusi di halaman rumah. Sorotan mata ku kalih ke arah Daren yang asyik dengan komputer ribanya. Entah apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Aku menongkat dagu dengan helaan nafas yang sengaja aku kuatkan. Anak mata ku kerling lagi ke arah Daren. Dia tidak mengendahkan aku.

"You.. bosanlah duduk rumah. Jom keluar?"ajak ku menarik senyum manis. Mana tahu dia nak keluar. Sejak kejadian di kampus tempoh hari, sudah hampir dua minggu aku berkurung di rumah. Kampus pula ditutup buat sementara waktu bagi melakukan kerja-kerja pembaik pulih bangunan kuliah.

"Abang ada kerja ni. Lain kali kita keluar ya"tutur Daren dengan dibalas senyuman.

"Alaa.. you selalu cakap lain kali. Tapi tak pernah nak keluar pun. Kesian babykan. Daddy tak nak bawa kita keluar jalan-jalan"aku mengomel sendiri sambil mengelus perut aku yang sedikit membukit itu.

Daren memandang aku yang sudah seperti muncung itik itu. Helaan nafas berat dihela dan bibirnya menarik senyum.

"Okay-okay. Sayang nak keluar pergi mana?"pujuk Daren menarik tangan aku lalu digenggamnya.

Perlahan-lahan bibir aku merekah senyum. Kepala ku toleh memandang Daren. Kening ku angkat dengan senyum penuh makna. Melihat akan riak wajah aku begitu, dahi Daren terus berkerut.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Beberapa orang lelaki berseragam hitam memandang aku dan daren dengan senyum. Ada juga beberapa orang yang menegur dengan mesra. Kepala ku dongak melihat Daren disisi aku yang sudah menggosok dahinya. Siapa je tak pening bila isteri minta nak pergi perjabat suaminya. Dilayankan sahajalah ibu mengandung ni. Kalau tidak memang tidur luarlah jawabnya.

"Uish! Dahsyat kau hari ni Avyren. Bawa bini pergi kerja ya"tegur seorang lelaki berpakaian kasual.

"Apa boleh buah Aniq, kalau tak bawa nanti memanjang je muncung itik dia"kata Daren.

"Muncung itik siapa?"tanya ku mencerlung ke arah Daren.

"Tak.. ni.. muncung itik si aniq ni.. dia ada itik dekat rumah kan"kata Daren kecut.

"Haa.. betul tu.. erm.. pergi dululah ya"pantas Aniq bergegas pergi dari situ.

Aku masih lagi memandang Daren tajam. Boleh dia cakap mulut aku ni macam muncung itik. Mana ada.

"Erm.. sayang, jom pergi office abang. Jom"ajak Daren. Tangannya melingkar di bahu aku lantas menarik aku mengikutinya ke pejabat miliknya.

"You dah cerita dekat adik you belum pasal kita?".

"Belum"jawab si lelaki tersengih menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa you tak bagitahu lagi? Sampai bila kita nak rahsiakan hubungan kita ni dari dia".

"Sayang.. please. I bukan tak nak bagitahu. Belum ada masa yang sesuai lagi. You pun kenal adik I tu macam mana. If dia tahu pasal kita ni mesti dia naik angin punya". Kata si lelaki bagi meredakan hati kekasihnya itu.

Kekasihnya tidak menjawab, malah menyandarkan badannya pada kepala kerusi dan berpeluk tubuh. Raut wajah tak usah di bilang lagi. Cemberut seribu.

"Look, i janji dengan you yang I akan bagitahu adik I pasal kita. I promise"lelaki itu melontar kata janji dengan harapan agar kekasihnya tidak lagi bermasam muka.

"Okay. If you are not telling your sister, i will tell her. Okay?."

"Okay. Now senyum"kekasihnya menarik senyum manis.

Bersambung...

Sorry guys.. lama tak update. Sejak dah berumah tangga ni susah betul idea nak muncul. Apa pun enjoy. Love you guys.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now