Trentasei[36]

428 31 0
                                    

Aku tersedar dari lena yang panjang akibat terhidu bau ubat yang amat menyengat rongga pernafasan aku. Kelopak mata ku buka. Siling putih menyinggah permandangan aku. Aku bangun dari pembaringan. Kepala yang masih tersisa sakitnya aku pegang.

"Puan, makan ubat ni dulu ya"tegur doktor masuk dengan membawa segelas air putih dan ubat.

"Ubat apa ni? Kenapa saya ada dekat sini?"soal ku.

"Ini vitamin puan. Tadi suami puan yang hantar puan ke sini"jelas doktor.

"Suami? Kalau tak silap saya, tadi..".

"Sayang, are you okay?". Aku menoleh. Terlihat Daren memasuki bilik pemeriksaan menghampiri aku. Dahi aku berkerut seribu.

"Wait, what just happend?"tanya ku keliru.

"Your friend call me. Dia cakap sayang pengsan. Cepat-cepat abang datang"kata Daren.

"Abang? How? What?"makin keliru aku dibuatnya. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni. Sejak bila Daren bahasakan dia tu abang?.

"Puan, bertenang okay. Makan ubat ni dulu. Kandungan puan masih lagi lemah. Jadi puan tak boleh terlalu banyak berfikir"tutur doktor.

"Hah?! Kandungan? Did i just.."

"Ye sayang. You pregnant"kata Daren tersenyum bahagia.

"Berapa lama?"tanya ku lagi.

"Puan dah mengandung 3 minggu". Tambah doktor.

Mata aku mula bergenang dengan air jernih. Tangan perlahan-lahan menyentuh perut yang masih lagi kempis. Aku terkejut dan pada masa yang sama aku gembira. Aku memandang Daren. Air mata aku gugur membasahi pipi.

"I'm pregnant. I'm so happy"kata ku meneteskan air mata gembira.

"Yah.. you pregnant. I'm happy too"Lantas Daren memeluk aku erat. Sungguh aku tidak menyangka akan rezeki ini. Setelah 6 bulan aku mendirikan rumah tangga bersama Daren, akhirnya kami diberi amanah oleh Allah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Hari minggu, selalunya hari minggu macam ni aku keluar dengan Elisya dan Kaira, oleh kerana aku ni mengandung, Daren cukup menjaga pergerakan aku. Mungkin disebabkan itulah dia membahasakan dirinya abang. So sweet.

Aku membuka kabinet dapur. Kelihatan kotak bijirin berada di bahagian atas kabinet. Aku berjengket mahu mengcapai kotak bijirin itu. Tetapi, apakan daya ketinggian aku ini hanya cukup-cukup makan sahaja.

Aku mengambil inisiatif lain dengan menggunakan kerusi sebagai tangga. Kotak bijirin itu aku capai lalu aku buka. Bijirin aku sua ke dalam mulut.

"Adik!! Kau buat apa ni?!"marah Achik terus melulu mendapatkan aku yang masih berdiri di atas kerusi.

"Adik ambil bijirin ni. Terasa nak makan pula"kata ku menarik senyum.

"Kenapa tak bagitahu achik, alang ada, uda pun ada. Kalau jatuh nanti siapa susah?"omel Achik.

Aku melangkah turun dengan dibantu oleh achik dengan memegang tangan aku. Muncung itik aku pasangkan. Nak makan bijirin pun kene bebel.

"Mulalah tu buat muka tu. Adik, achik tak nak marah adik tau. Tapi, kalau Daren tahu, nanti lagi teruk adik kena bebel"pujuk Achik.

"Biarlah. Daren tu bukannya kisah pun. Asyik sibuk je memanjang. Siang kerja, malam kerja. Bila ditanya senyap".

"Adik, Daren tu kerja kuat untuk adik dengan baby juga. Adik kena faham tu"kata achik.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now