Quarantuno[41]

467 36 8
                                    

Kaki aku terenjut-enjut tidak senang duduk. Sesekali anak mata aku memandang jam tangan yang melingkar di pergelangan tangan aku. Jarum sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sudah setengah jam waktu mengajar prof Isaac berlalu tetapi, batang hidung dia pun tak nampak.

'Mana dia ni? Pagi tadi, dia yang keluar awal tak tunggu aku. Tapi sekarang batang hidung dia pun tak nampak'bisik hati aku sedikit cemas.

Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan yang kuat dari luar bilik kuliah. Terus membuatkan semua pelajar di dalam bilik kuliah itu terpinga. Beberapa detik kemudian, bunyi penggera kebakaran berdering dengan kuat tanpa henti. Masing-masing sudah mula panik.

Terus kami bergegas keluar dari bilik kuliah. Keluar sahaja dari bilik itu, aku melihat semua pelajar huru-hara berlari keluar dari bilik kuliah masing-masing diiringi suara jeritan panik.

Bang! Bang!

Bunyi tembakan bergema diseluruh bangunan menambahkan lagi suara teriakan pelajar. Masing-masing berlari untuk menyelamatkan diri. Rossy memegang tangan aku erat dan terus menarik aku mengikutinya keluar dari bangunan apabila dia melihat aku berdiri kaku.

Entah macam mana, pegangan tangan Rossy terlerai dek kerana kesesakan pelajar-pelajar yang berlari menyelamatkan diri. Mata aku liar mencari kelibat Rossy. Jantung aku bula berdegup laju.

"Rossy! Rossy!"panggil aku. Kaki ku melangkah sambil berteriak memanggil Rossy.

Langkah aku terhenti apabila anak mata aku terkunci pada susuk lelaki bertopeng putih dan bersenjata berdiri tidak jauh dari tempat aku berada. Ingatan aku mula berputar kembali. Lelaki bertopeng putih, merekalah yang dimaksudkan Daren yang mahu membunuh aku. Anak mata lelaki bertopeng putih itu tepat menikam tajam ke dalam mata aku. Berdesup bulu roma aku berdiri.

Tanpa berlengah, aku mengatur langkah seribu ke arah bertentangan. Aku menoleh ke belakang sekilas. Lelaki-lelaki bertopeng putih itu mengejar aku. Dengan kekuatan yang aku ada, aku melajukan larian aku. Aku berlari dalam ketakutan. Air jernih mula bertakung di tubir mata. Mengharap agar diri dan anak yang aku kandung ini selamat.

Aku menoleh buat ke sekian kalinya. Kelibat lelaki bertopeng putih tidak kelihatan. Tiba-tiba sepasang tangan menekup mulut aku dan menarik pinggang aku memasuki pintu pemadam api. Aku berteriak meminta tolong tetapi tiada siapa yang mampu mendengar kerana mulut ku ditekup oleh orang itu. Aku meronta untuk melepaskan diri. Air mata aku berguguran jatuh.

"Senyap"kata orang itu lantas menurunkan pelitup mulut yang dipakainya.

Serta-merta rontaan ku terhenti. Aku terus memeluknya erat. Tangis ku hambur. Sungguh aku takut.

"Shh.."lelaki itu mengisyaratkan agar aku diam. Bunyi tapak kasut yang berlari kedengaran begitu hampir dengan lokasi dimana kami berada. Lantas aku menekup mulut aku dan menahan esakkan aku dari didengari oleh lelaki bertopeng merah.

"Bodoh! Itu pun tak boleh nak kejar ke?"marah satu suara dalam amukkan.

"Avyana Estella!! Mana kau ha!! Hahahaha kau tak akan boleh lari dari aku Avyana!!!" Bergema satu suara berteriak memanggil aku.

Tubuh aku terketar-ketar ketakutan sehinggakan lelaki yang bersama aku dapat merasakan gegaran tubuh aku. Lelaki itu memeluk tubuh ku erat. Bunyi derkapan kasut makin sayup kedengaran menandakan lelaki bertopeng putih itu sudah menjauh.

"Come kita keluar dari sini"ajak lelaki itu.

"Tak nak! I takut"laju aku menggeleng.

"I'm here. I will protect you. Come. Nanti diorang datang balik".

Dengan kekuatan yang masih tersisa, aku gagahi juga. Tangan aku di genggam erat olehnya. Pintu dibuka sedikit bagi mengintai keadaan di luar. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Dia menarik tangan aku agar tetap mengikutinya rapat.

Perlahan-lahan kami melangkah keluar sambil anak mata liar memerhati geng topeng putih. Sedang kami melangkah, kaki lelaki itu terhenti. Anak mata kami tepat memandang ke hadapan. Terlihat geng lelaki bertopeng putih berdiri tidak jauh dari kami. Liur ku di telan kesat seperti ada pepasir di tekak aku.

"Kau berdua nak pergi mana?"kata salah seorang lelaki bertopeng putih.

Lelaki di hadapan aku mendepakan tangannya ke sisi bagi melindungi aku. Tubuh kecil aku di tolak ke belakang badannya.

"Kau ingat kau boleh lari Avyren? Ini topeng putih lah. Sampai lubang cacing aku akan cari kau"kata lelaki bertopeng putih itu lagi.

"You.. I takut"tutur ku dengan suara yang menggeletar takut.

"When i say run, you run as fast as you can to the rooftop. My team will be there to take you"kata lelaki itu.

"But, what about you Daren?"Tutur ku perlahan.

"I see you at home. Please take care of the baby. Don't worry about me"ujar Daren.

"Dah sedia untuk mati Avyren, Avyana?"tanya si lelaki bertopeng putih sinis.

"RUN! AVYANA!"sahut Daren.

Sepantas yang mungkin aku berlari menaiki tangga ke bumbung. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat Daren yang bertarung dengan geng topeng putih bagi melindungi aku. Air mata ku gugur. Dengan sepenuh tenaga, aku berlari menaiki anak tangga tanpa memandang ke belakang diselangi dengan guguran air mata mengalir ke pipi.

Sesampainya aku di bumbung, sebuah helikopter mendarat. Anak mata aku menangkap satu figura berdiri di pintu helikopter sambil menghulurkan tangan bagi menyambut aku. Kaki ku atur laju mendekati helikopter. Tangan figura itu aku capai dan aku ditarik naik ke dalam helikopter. Helikopter terbang meninggalkan kawasan kampus.

"Daren"ungkap ku hanya memandang ke arah bangunan kampus itu dengan pandangan kosong.

'I tunggu you balik Daren. Please don't die. We need you here'bisik hati aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Hari sudah mahu senja. Kepulangan Daren masih dinanti. Aku tidak senang duduk selagi aku tidak nampak wajah Daren dihadapan mata aku.

"Adik, relax okay. Jangan macam ni. Bahaya untuk baby kalau adik terlalu berfikir macam ni"tegur Along.

"How can i relax along? Tell me?! He sacrifice his life to save me!". Marah ku.

"Iye.. along tahu.. but please think of your baby too"pujuk along lagi.

"Adik, percaya cakap aku. Daren pasti balik. Aku kenal Daren macam mana. Dia bukan seorang yang lemah"tambah Uda.

"So, everyone know's lah yang Daren tu agent rahsia?"soal ku. Masing-masing diam. Sudah ku duga, selama ini keluarga aku menyimpan rahsia besar daripada aku. Patutlah beria suruh aku kahwin dengan Daren dulu.

"Sebenarnya, aku satu pasukan dengan Daren. Akulah yang jemput kau dekat atas bumbung tadi"tutur Uda memberi kenyataan yang dirahsiakan dari aku selama ini.

Mendengar akan itu, mata aku terus membulat. Lidah aku kelu. Nafas aku bagaikan tersekat di kerongkong. Jantung aku bagaikan terhenti apabila menerima kejutan sebegini. Kejutan apa lagi yang aku akan dapat selepas ni. Sungguh aku tidak menyangka Uda turut bersekongkol dalam perkerjaan yang merbahaya sebegini. Apa yang Uda fikirkan sehingga sanggup terlibat dalam kerja sebegini.

"Assalamualaikum"





Bersambung.....

Tak sabarnya sis nak habiskan cerita ni. Nampaknya cerita ni sudah mahu ke kemuncak. Sorry if cerita ni membosankan dan kurang menarik minat awak semua. Sis ketandusan idea dalam pembikinan cerita ni. Sis ingat nak stop je cerita ni tapi, bila difikirkan balik, rasa macam tak sampai hati pula nak stop. So, sis kerahkan otak sis yang dah berhabuk ni untuk bekerja. So, keep supporting me and i appreciate every single vote that you gave me. Thank you❤️

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now