*mainkan lagu diatas*
"Daren!!! Arghhh!!!!"amuk ku mencarik-carik rumput. Air mata mengalir deras. Sakit. Itu yang aku rasai sekarang ini. Hati dan jiwa aku bagai dicarik-carik dan ditikam bertubi-tubi.
Uda yang melihat aku sebegitu lantas menghampiri dan memeluk tubuh aku erat. Air jenih di tubir matanya turut bergenang.
"Sabar dik.."tutur Uda cuba untuk menenangkan aku. Bergetar suaranya menutur kata dek kerana menahan dirinya dari turut menghambur tangis.
"Adik nak Daren, Uda.."tangis ku memeluk lengan Uda. Ahli yang lain turut berduka cita melihat aku berteriak menangis sudah seperti orang kurang kewarasan. Masing-masing menunduk tenggelam dalam pilu.
Aku memandang api yang marak membakar bangunan itu. Hampir keseluruhan bangunan itu sudah menjadi hitam sehitam arang. Dua buah truck bomba dan beberapa buah kereta polis tiba di tempat kejadian.
Uda mengajak aku untuk berada jauh dari bangunan agar pasukan bomba dapat melakukan tugas mereka. Akan tetapi aku menolak Uda menjauhi aku dan melepaskan aku. Aku meraung memanggil nama Daren mengharap agar Daren memunculkan dirinya di hadapan aku. Aku tahu perbuatan itu hanya sia-sia. Tetapi, aku yakin bahawa Daren belum mati.
"Lepaskan adik! Adik tahu Daren belum mati lagi! Lepaskan adik! DAREN!!!"teriak ku tanpa menghiraukan orang disekeliling.
"Adik! Stop it! Jangan jadi macam orang gila dik! Daren dah tak ada. Fikir pasal kandungan adik sama"tengking Uda. Hanya itu sahaja yang dia mampu buat agar aku diam dan bertenang.
"Tak mungkin Uda. Daren takkan mati.. Daren takkan MATI!!"tempik ku. Tubuh kecil aku dipeluk Uda erat. Mata aku yang kabur dengan air mata hanya memandang pasukan bomba melakukan tugas pemadaman api. Entah mengapa, pandangan aku tiba-tiba sahaja jadi berpusing dan terus kelam. Tubuh ku lemah menghimpit Uda. Uda sedar akan itu terus mengcempung aku ke ambulans yang baru sahaja tiba.
❤️🔥❤️🔥❤️🔥
Rongga pernafasan aku mencium aroma yang sungguh menyengat. Bau seperti ubat-ubatan. Aku menggagahkan diri untuk membuka kelopak mata. Perkara pertama yang aku lihat adalah tiang besi disangkut cecair putih jernih padanya. Tangan kiri ku angkat dan aku letakkan kembali.
Aku dihospital. Apa yang sudah terjadi. Mana Daren? Aku cuba untuk bangun, malangnya tubuh ku masih tidak begitu kuat. Keluhan kecil ku hela.
"Adik"tegur satu suara.
Aku menoleh. Figura Uda memenuhi layar pandangan ku. Dia bangkit dari sofa menghampiri aku. Mungkin dia terjaga akibat keluhan aku tadi.
"Daren mana? Baby adik macam mana?"tanya ku.
"Alhamdulillah.. baby adik okay. Cuma adik tak boleh banyak bergerak sekarang ni"jelas Uda mengelus ubun-ubun ku.
"Daren?".
Uda diam dia tidak mahu mengungkapkan sebarang spekulasi buat masa sekarang ni. Tambah pula keadaan aku masih lagi tidak begitu baik.
Pintu bilik wad dikuak dari luar. Muncul dua figura dihadapan pintu seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka menapak perlahan menghampiri aku. Aku menatap laman wajah perempuan itu. Wajahnya sudah basah dek air mata. Kenapa dia nangis?
"El, kenapa ni?"tanya ku kerisauan.
"Vy..."tutur Elisha dalam nada menggeletar.
"Ya, kenapa?".
"Kaira dah tak ada Vy. Dia dah tak ada"tutur El. Terus aku terkesima. Walaupun Kaira sudah mengkhianati aku, akan tetapi dia masih lagi sahabat aku. Entah kenapa jiwa aku sakit bagai ditusuk pisau belati yang tajam. Serta merta mata aku berkaca.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Romansa[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...