Cinquanta [50]

372 19 0
                                    

"Hurk! Seriouslah alang, achik?"soal ku.

"Iya. Nasuha tu bertunang dengan kawan baik angah". Kata achik.

"Ish! Teruknya dia tu. Sanggup buat angah macam tu. Ni kalau dapat dekat adik ni, memang lunyai perempuan tu adik kerjakan"ujar ku geram tangan ku kepal geram. Berani betul dia buat abang aku macam tu.

"Kita tak boleh nak salahkan Kak Nasuha tu je. Lelaki tu pun salah juga. Dah tahu girlfriend orang tapi still nak ganggu"kata Alang.

"Tak apa, kita doakan, angah akan jumpa jodoh yang lebih baik dari dia. Kan?"

"Aaminn..."tutur Achik dan Alang serentak. Aku tertawa kecil melihat Achik dan Alang mengaminkan kata-kata ku siap menyapu kedua tangannya ke muka lagi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku terbangun dari tidur. Jam di dinding aku lihat. Jarum menunjukkan jam 3 pagi. Kenapalah perut aku boleh pula buat hal pagi-pagi buta macam ni. Selimut aku selak. Kaki aku melangkah turun dari katil. Pintu bilik aku buka. Mata aku liar melihat keadaan sekeliling. Takut ada yang belum tidur.

Aku mengatur langkah ke dapur secara perlahan. Oh ya! Oleh kerana aku sudah sarat mengandung, papa menyuruh aku untuk tidur di bilik bawah. Bagi menyenangkan aku untuk ke sana ke mari.

Suiz lampu dapur aku buka. Tangga kecil aku ambil lalu aku letakkan berhampiran kabinet. Kaki aku mendaki satu persatu. Aku melihat ada kotak bijirin disitu pantas aku mengcapainya. Entah macam mana, bekas tupperware yang ada bersebelahan kotak bijirin terjatuh dan menghasilkan bunyi sangat kuat.

"Aduh... kenapalah boleh jatuh pula ni.."bibir ku ketap geram.

Pintu kabinet aku tutup kembali. Kaki aku melangkah menuruni tangga. Akan tetapi, kaki aku terhenti apabila satu suara menjerit kecil ke arah aku.

"Adik! Astarghfirullah halazim.. kau buat apa ni dik?"soal Uda mendapatkan aku. Uda membantu aku turun dari tangga kecil itu.

"Kau dah kenapa dik? Kalau jatuh tadi macam mana?"marah Uda. Wajah ku bertukar murung. Kotak bijirin aku pegang erat.

"Adik lapar.."jawab ku monyok.

"Kalau ya pun, bagitahulah dekat aku. Dah duduk sana"tegas Uda. Aku melabuhkan duduk di Island dapur. Uda mengambil kotak bijirin di tangan ku lalu menyimpannya kembali.

"Kenapa simpan?".

"Tak elok makan makanan macam tu. Tunggu aku masak"kata Uda. Aku mengeluh kecil. Haih.. susah juga ya dapat abang yang super protective macam ni. Tapi ada baiknya juga.


Setelah 30 minit menunggu, akhirnya selesai juga Uda memasak. Entah apa yang dimasaknya pun aku tak tahu. Uda membawa sebiji mangkuk lalu di letakkan dihadapan aku.

"Bubur?"sebelah kening ku terjungkit.

"Yes. Bubur. Baik untuk ibu mengandung. Jangan nak mengada. Makan"kata Uda. Bibir bawah aku muncungkan.

Aku menceduk bubur nasi yang masih panas ke mulut. Bubur aku tiup terlebih dahulu sebelum bubur itu selamat ke dalam mulut aku.

"Uda"panggil ku.

"Apa?".

"Adik nak Pizza"pinta ku.

"Pizza apa bendanya pagi-pagi buta ni. Mana ada pizza buka waktu macam ni"ujar Uda.

"Ala.. tekak adik ni teringin sangat nak makan pizza".

"Haih... esoklah aku beli. Sekarang ni makan bubur tu dulu"pasrah Uda.

Aku menarik senyum gembira. Lantas aku menyantap bubur itu sehingga habis. Boleh tahan juga Uda masak. Bubur kosong, siapa je yang tak pandai masak.

Usai makan, Uda membawa mangkuk aku tadi ke sinki lalu dibasuhnya. Melihat akan Uda membasuh mangkuk dan cawan milik aku tadi, membuatkan aku teringat satu soalan yang ingin aku ajukan tadi.

"Uda, kau buat apa tak tidur lagi waktu macam ni?"tanya ku ingin tahu.

"Aku buat kerjalah"jawab Uda.

"Oo..."jawab ku lalu diam. Siap menyuci mangkuk, Uda terus menapak pergi. Dapat aku lihat bahawa Uda dalam kepenatan. Mungkin terlalu kuat bekerja. Haih.. nak halalkan Elisya lah katakan.

Aku bangkit dari kerusi dan terus menapak kembali ke bilik untuk menyambung kembali tidur ku. Perut sudah kenyang, hati pun senang.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Matahari sudah pun menunjukkan diri. Seperti biasa, di waktu pagi aku akan bersarapan bersama papa dan abang-abang aku. Usai sarapan, masing-masing akan bertolak ke tempat kerja dan ke tempat belajar. Tinggallah aku sendiri di rumah. Tapi aku tidak kesunyian. Aku dirumah, ditemani oleh acik Wati yang merupakan seorang bidan yang bakal merawat aku setelah bersalin nanti.

Aku melabuhkan duduk di ruang tamu dengan membawa secawan susu. Setiap pagi, acik Wati akan menyiapkan aku susu yang dikhususkan buat ibu mengandung.

Sedang asyik aku menonton televisyen, aku mula merasakan sesuatu yang pelik terhadap diri aku. Kedengaran halus seperti bunyi belon yang pecah. Aku menunduk. Terlihat akan cecair putih mula membasahi kain aku. Nafas ku atur tenang.

"Acik Wati!"panggil ku.

"Ya Vy, kenapa?"tanya Acik Wati.

"Ketuban dah pecah"tutur ku tenang.

"Hah?! Kenapa awal sangat?"pantas Acik Wati mendapatkan aku.

"Saya pun tak tahu Acik. Acik boleh tolong call abang tak?".

Laju Acik wati mengangguk. Sementara acik wati mengangguk, aku mengawal pernafasan aku yang bercampur rasa sakit kontraksi yang mulai menyinggah.


Di hospital, terlihat papa, Along, Kak Izzah, Angah, Achik dan Alang menunggu di luar dewan bersalin. Pada waktu itu, Uda dan Elisya pun tiba di situ.

"Adik macam mana?"tanya Uda.

"Masih dekat dalam dengan Acik wati"jawab papa.

"Ya Allah, semoga Vy dan anak dia selamat"doa Elisya. Yang lain sekadar mengangguk.

Semua menunggu perkhabaran daripada doktor dengan perasaan yang bercampur baur. Apakah aku selamat melahirkan di tarikh awal dari jangkaan? Itu menjadi tanda tanya buat mereka. Oleh kerana Daren sudah tiada, Acik Wati lah yang menemani aku didalam dewan pembedahan disebabkan Acik Wati lebih berpengalaman dalam mengendalikan wanita bersalin.


Bersambung....

Sorry guys, bab ni pendek sikit. Hopefully korang enjoy membaca. Stay tune.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now