Otto [8]

699 58 15
                                    

"Adik tak nak pa! Adik tak kisah kalau papa nak tarik balik kad kredit, tarik balik kereta. But no to marriage!".

"Ini untuk kebaikan adik. If papa tak buat macam ni, adik akan makin melampaui batas. Sudah! Keputusan papa muktamad. Adik akan kahwin hujung tahun ini"tuntas papa.

"I hate you!!"teriak ku lantas berlari naik ke bilik dengan linangan air mata.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku. Aku yang tertiarap menangis diatas katil mengabaikan bunyi ketukan pintu. Aku mengusap gambar arwah mama yang tersemat didalam frame gambar. Diwajah aku masih lagi tersisa air mata.

"Mama.. papa tak sayang adik. Semua tak sayang adik.. tsk! Tsk! Adik rindu mama.."tutur ku tersedu-sedu.

Dari luar bilik, tercegat Along dihadapan pintu bilik aku. Keluhan berat dihela apabila tiada sahutan dari aku.

Along beredar dari situ. Kakinya menapak ke ruang keluarga di tingkat atas dimana abang-abangaku yang lain sedang menunggu.



Di ruang keluarga tingkat atas, kelihatan achik dan yang lain duduk temanggu menunggu kedatangan along. Achik mengangkat wajahnya. Terlihat figura along datang menghampiri. Lantas dia menepuk yang lain.

"So, macam mana long?"tanya Achik.

Along melabuhkan duduknya dengan keluhan berat. Kepala digeleng.

"Adik tak nak buka pintu"kata Along.

"Habis tu apa kita nak buat?"tanya Angah.

"Buat apa lagi ngah, turut je lah apa papa cakap. Salah adik juga, degil pergi keluar malam tu kenapa?". Tutur Alang.

"Lang, kau nak makan penumbuk aku ke?"kata Achik.

"Apa? Betullah aku cakap"balas alang.

Uda yang masih diam terfikir akan maklumat yang didengari dari papa tentang kejadian aku hampir diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng.

"Uda, kau pergi pujuk adik"sapa Along.

"Hah?! Kenapa aku?"soal Uda tersentak.

"Kau yang paling rapat dengan adikkan, kau pergilah pujuk"tambah Angah.

"Habis korang, dia tak rapat?"soal Uda.

"Diakan selalu luah perasaan dekat kau. Kau pergilah bincang dengan dia. Pujuk dia. Kau sanggup ke tengok adik berkurung dalam bilik berhari-hari"Kata achik.

"Ish! Yelah.. haih! Aku juga yang kena"Uda bangun dari duduknya. Kaki dihayun ke arah pintu bilik aku. Yang berada bertentangan dengan ruang keluarga itu.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Pintu bilik aku diketuk dari luar. Aku bangun dari tiarap. Wajah aku berkerut kesal. Sisa air mata aku hapus. Kaki aku hala ke arah pintu.

"Siapa?!"soal ku keras.

"Uda ni. Bukalah pintu"sahut Uda dari luar.

Aku mengeluh. Kunci pintu aku buka lalu daun pintu aku kuak dari dalam. Terpancul susuk uda dihadapan pintu menayang senyum. Aku menggulingkan mata. Pintu ku biarkan terbuka dan aku melangkah ke arah sofa didalam bilik aku. Uda menapak masuk membuntuti aku.

"Uda nak apa? Along ke yang suruh uda datang jumpa adik?"soal ku menyedut hingus.

"Erm.. hehehe.. aku nak tengok kau, okay ke?"uda menghulur sekeping tisu kepada aku.

Aku menyambut tisu itu lalu hingus ku hembus.

"Uda rasa adik okay ke?"soal ku pula.

Uda teragak-agak mahu menarik senyum apabila melihat wajah aku sembab.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now