Lima tahun kemudian...
"Dyan! Jangan lari nanti jatuh!"sahut ku menuangkan air ke dalam cawan. Tidak sampai beberapa ketika, kedengaran bunyi tangis datang dari arah Dyan bermain.
"Ha.. main lagi. Mummy dah pesan dah tadi jangan berlari"kata ku. Kaki ku melangkah ke arah Dyan yang duduk menangis.
"Sini mummy tengok ada luka tak?"tanya ku. Dyan membiarkan aku menilik setiap inci dari tubuhnya. Anak mata aku menangkap bahagaian lututnya yang tercalar akibat jatuh.
"Ha.. sikit je ni. Dyan kan lelaki. Mana boleh nangis. Kata nak jadi kuat macam Daddy"ujar ku. Memujuk Dyan agar berhenti menangis. Esakkannya makin lama makin reda.
"Dyan kuat. Dyan nak jadi acam Daddy"kata Dyan dengan sedikit pelat.
"Good. Kalau nak jadi macam Daddy, jangan nangis-nangis okay"pujuk ku mencubit lembut pipinya.
"Dyan.."panggil papa.
"Atok..!"sahut Dyan berlari anak mendapatkan papa. Papa mengangkat Dyan ke dalam dukungannya.
"Ayo.. berpeluhnya cucu atok ni.. main apa sayang"tanya papa.
"Dyan main lari-lari"jawab Dyan.
"Dia jatuh tadi pa"sampuk aku mendekati papa.
"Iya? Dyan jatuh? Dyan nangis tak?"tanya papa.
"Tak. Dyan tak angish. Dyan kuat"kata Dyan mengangkat lengannya tanda kuat. Papa tertawa melayan telatah Dyan Emeir.
"Okay, atok nak masuk mandi dulu. Nanti, atok bawa Dyan jalan-jalan naik motor".
"Yeay!"sorak Dyan.
Papa meletakkan Dyan ke bawah lalu menapak masuk ke dalam rumah. Dyan berjalan menghampiri aku yang duduk di kerusi rehat. Botol air kosong milik Dyan aku hulurkan kepadanya. Laju benar dia menyedut air. Dahaga sangat setelah bermain.
"Assalamualaikum!"sahut Alang dengan berpakaian kemeja yang sudah dilonggarkan tali lehernya dan lengan dilipat hingga ke siku.
"Pak Lang!"Dyan melompat keriangan melihat alang pulang dari kerja. Sejak Uda sudah berumah tangga ni, Dyan lebih rapat dengan Alang yang masih solo membujang walaupun sudah berusia 30 tahun.
"Ey! Dyan gemuk pak lang"kata Alang mendapatkan Dyan lalu dibawa kedukungannya.
"Pak lang, adi, Dyan jatuh. Dyan tak angis pun. Dyan kuat"ujar Dyan.
"Wah.. hebatlah Dyan ni. Ini baru lelaki kan"Dyan mengangguk.
"Dyan ni kalau boleh semua orang nak bagitahu yang dia tu kuat"sampuk aku.
"Biarlah dik, Dyan memang kuat pun. Sama macam Daddy dia. Muka pun tak tumpah macam Daddy dia"kata Alang. Aku menarik senyum tipis. Hati aku mula terasa rindu akan Daren. Sudah 5 tahun ketiadaannya disisi aku. Sungguh berat untuk aku menanggung semuanya sendiri.
"Dik, termenung pula"tegur alang.
"Sorry, alang ada cakap apa tadi?".
"Ni, alang bawa Dyan naik mandi. Adik jangan terlalu fikir sangat memori lama tu. Fokus pada Dyan ni"ujar Alang. Aku mengangguk faham. Anak mata aku menghantar Alang dan Dyan masuk ke dalam rumah dan menghilang dibalik pintu utama.
Sudah lima tahun berlalu. Aku kini bahagia dengan anak aku Dyan Emeir yang kini sudah berusia 5 tahun. Nama Dyan Emeir itu aku ambil sempena nama Daren Emeir. Walaupun anak aku baru sahaja berusia 5 tahun, tingkahnya, aktifnya dan sifatnya mirip seperti Daren. Wajah Dyan juga tidak lari jauh dari wajah daddynya.
Aku menarik senyum sendiri. Walaupun ketiadaan Daren disisi, aku akan berusaha untuk membesarkan anak aku sendiri menjadi seorang yang berani dan kuat sama sepertinya.
YOU ARE READING
Avyren [✔️]
Roman d'amour[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu sekolahlah pelajar lelaki yang sukakannya. Tetapi, dia lebih tertarik pada seorang lelaki yang berkaca mata. Di sekolah itu, lelaki itu digel...