Sette [7]

712 53 14
                                    

*play the song for more dramatik*

Langkah aku terhenti. Aku menoleh ke kiri dimana aku melihat lelaki itu sudah melekat pada badan kereta dengan kerutan diwajahnya. Sorotan anak mata aku melihat motor yang berhenti beberapa meter dari aku. Seorang lelaki serba hitam dan berhelmet fullface turun dari motor itu. Visor diangkat. Pandangan matanya yang tajam dan menyinga membuatkan aku tiba-tiba terasa gerun.

"Ergh!! Hoi!"Jerkah lelaki yang tersadai di badan kereta itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ergh!! Hoi!"Jerkah lelaki yang tersadai di badan kereta itu.

Kawan-kawannya yang ada didalam kereta turut keluar apabila merasakan gegaran sewaktu lelaki itu terhentak pada badan kereta. Kawan-kawannya menghampiri dan membantu lelaki itu untuk berdiri. Renungan tajam diberikan kepada lelaki berhelmet itu. Sedikit perasaan takut pun tidak terlihat dari mata lelaki berhelmet itu.

Aku mengambil kesempatan itu untuk lari ke belakang kereta dan menyusup ke pintu sebelah lagi bagi menarik Kaira dan Elisha keluar dari kereta itu.

Lima orang lelaki bertopeng putih itu menapak menghampiri lelaki berhelmet. Kelima-lima mereka mengepung dan mengelilingi lelaki berhelmet itu. Dari sudut yang lain, aku, Elisha dan Kaira berlari menyusup ke arah kereta aku dan bersembunyi di balik kereta.

Lelaki bertopeng mula menyerang lelaki berhelmet. Dua orang mendekati dengan hayunan tumbukan. Pantas lelaki berhelmet menendang kuat bahagian perut satu darinya sehingga penyerang itu terjeluput menahan senak. Bagaikan mahu terkeluar segala isi perut si seteru. Dia menyiku pula sisi kepala penyerang seorang lagi. Penyerang itu turut terhumban ke tanah.

Datang lagi dua orang mendekati. Dia menghalang penumbuk penyerang itu lalu menghadiahkan penumbuk tepat di batang hidung penyerang itu dan juga di perut bertubi-tubi. Lantas dia menendang perut penyerang itu berselang dengan tendangan ke arah belakang dimana penyerang seorang lagi mendekat. Menyembah tanah kedua lelaki itu.

Penyerang terakhir menghadapnya. Lelaki berhelmet sedia dengan kekudanya. Penumbuk dilayangkan oleh penyerang itu. Pantas lelaki bertopeng menghadang. Tu jahan lutut diberikan ke tulang rusuk penyerang itu sampai terdorong ke sisi. Berkerut seribu penyerang itu menahan sakit dibahagian tulang rusuknya. Dia menarik rambut penyerang itu dan diheret hingga ke kereta. Kepala penyerang itu dihentak pada badan kereta dan terus tumbang.

Aku yang mengintip disebalik kereta terkesima melihat lima lelaki bertopeng tumbang melawan seorang lelaki. Dahsyat gila mamat ni.

Aku memberanikan diri untuk keluar dari persembunyian. Selangkah demi selangkah aku menapak.

"Terima kasih"ucapku kepala lelaki berhelmet itu. Drastik dia berpusing menghadap aku.

Lelaki itu menapak ke motorsikalnya. Tanpa sepatah kata. Aku turut mendekat. Aku harus tahu siapa yang sudah menyelamatkan aku untuk kedua kalinya.

"Nama awak siapa?"tanya aku sebaik sahaja lelaki itu melangkah menaiki motor.

Lelaki itu memandang aku buat beberapa ketika. Terus dia menurunkan visornya dan meluncur pergi. Sorotan mata aku menghantar lelaki itu pergi. Keluhan aku hela berat.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now