3

272 12 0
                                    


"Kau!!"

"Fi. Dah la. Jom balik."potongku dan menarik Safi untuk segera meninggalkan kelas itu.

"That's right. Go home and rest. Malam ni kau kena guna tenaga kan."tambah Emilia lagi.

Langkah kami terhenti setelah mendengar ucapan yang keluar dari mulut Emilia.

"Kau jangan nak kurang ajar! Baik kau jaga mulut kau! Kalau tak-"

"Kalau tak,apa? Let me be honest. Saf,kau cantik,kaya dan ramai yang suka kau. Aku tak faham kenapa kau masih kawan dengan dia ni. I think you should join The Queen's."

"Lain la kalau kau pun dah tak suci."tambah Emilia.

Aku yang tadi terdiam mula melihat tajam kearah The Queen's. Beberapa kertas yang digumpallnya dilempar kearah The Queen's.

"Arghh! Apa kau buat ni hah?!"

"Sorry,aku ingatkan tong sampah."kataku lalu kembali berjalan keluar bersama Safi.

"Apa kau cakap?!"

Emilia menarik tanganku dengan kasar.

"Kau nak pergi mana? Aku belum selesai lagi."

"But I'm done."

"Berani kau lawan aku! Kau tak tahu siapa ayah aku!?"

Kemarahan Emilia tidak tertahan lagi. Selama ini tiada seorangpun yang berani melawannya dan sekarang seorang gadis miskin baru sahaja melempar sampah kearahnya.

Aku memandang kearah Emilia dengan wajah dingin.

"Aku tak kisah dan tak peduli siapa ayah atau keluarga kau. Listen Lia,aku tau kau ni cantik,hidup kau sempurna dan kau tak perlu nak hadap masalah macam aku. Tapi aku pelik kenapa kau suka kacau orang macam aku. Seingat aku,aku tak pernah kacau kau atau pengikut kau. Pandang pun tak pernah."

"Ke kau cemburu sebab aku lebih famous daripada kau. Senior,junior bahkan pensyarah pun kenal aku. Gambar aku pun ada dekat setiap penjuru kolej ni. Mungkin.... sebab tu kot kau meroyan."tambahku lagi.

"Aku? Cemburu? Dengan kau?! Excuse me? Tolonglah, Kau dengan aku tak selevel,okay. Kau patut tau dengan cara orang pandang kau dan cara orang pandang kau macam mana."

"That's the point. So......kenapa korang still nak kacau hidup aku? Kenapa? Takut lelaki lebih berminat dengan aku?"

Aku masih memandang mereka dengan wajah dingin.

"Listen carefully,kau boleh hina aku tapi jangan sesekali hina Safi. Aku diam bukan sebab aku takut. Aku diam supaya aku tak buang masa layan perempuan yang manja,bodoh dan sombong macam korang ni. Kau berlagak sebab banyak duit,kan? Tapi kau tau tak yang bila kau mati,duit tu takkan berguna lagi untuk kau. Kau hanya mereput dan membusuk dalam tanah. Orang akan lupakan kau dan hanya nama kau yang tinggal dekat dunia ni. Tu pun kalau orang ingatlah."

"Berlagak. Macamlah duit tu boleh beli nyawa untuk hidupkan kau balik."

Pelajar-pelajar disana terdiam mendengar kata-kata menusuk dengan wajah tenang dan dingin dari gadis yang selama ini hanya diam setiap kali mereka mengeluarkan sindiran.

"Fi,jom balik. Aku kena kerja."

"Hah? Ouh okay."

💮💮💮

"Gilalah. Cool gila kau tadi. 'Berlagak. Macamlah duit tu boleh beli nyawa untuk hidupkan kau balik'. Wow. Fantastic. Kau tengok muka diorang masa kau cakap macam tu? Lucu gila."ucap Safi sambil ketawa terbahak-bahak.

"Sorry Fi."

"Hmm? Untuk apa?"

"Sebab kau kawan dengan aku,kau kena hina dengan diorang."

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now