20

242 5 0
                                    

Mereka berkumpul di ruang tamu selepas makan malam kecuali Aisyah dan Han yang sibuk dengan dunia mereka di halaman rumah.

Mereka semakin rapat dengan satu sama lain walaupun baru pertama kali berjumpa.

"Apa?! Mama dengan papa beli Aisyah?!"

"Haah. Mungkin korang tak setuju dengan semua ni. Tapi-"terang Dato'Dani.

"Terima kasih."ucap Alanda.

"Maaf sebab tak- jap. Apa kamu cakap?"

Mereka terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Alanda.

"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat."

Air mata sudah tidak tertahan lagi.

"Alanda tak marah?"

Alanda tersenyum manis.

"Mestilah kami tak marah. Kami dah lama nantikan moment ni."

"Moment ni?"

"Hmm. Moment Aisyah keluar dari rumah neraka tu buat selamanya. Aisyah dah banyak menderita,ma. Banyak sangat penderitaan yang dia kena tanggung. Bermula trauma di Canada. Lepas tu kehilangan parents dia. Ditambah dengan bapa saudara yang kejam. Terlalu banyak trauma yang dia dapat. Dan sekarang Aisyah ada harapan untuk keluar dari kegelapan dalam hidup dia. Siapa yang tak happy,kan?"

Alanda mengusap air matanya.

"Banyaknya penderitaan Aisyah. Dia selalu tersenyum bila cakap dengan mama macam tak ada apa-apa yang berlaku. Macam mana gadis malang ni masih boleh bertahan dengan semua ni."

Alanda, Alisya dan Safi menunduk dengan air mata yang semakin laju.

"Itulah Aisyah. Tak pernah tunjuk masalah yang dia hadapi. Depan orang lain dia selalu tunjuk muka datar sampai orang anggap dia dingin. Tapi bila orang tu dah masuk dalam hidup dia,dia akan selalu tersenyum supaya orang tak nampak penderitaannya. Macam dengan Datin sekeluarga. Dulu dia selalu cakap yang dia dah tak dapat bertahan dalam hidup ni tapi sekarang Aisyah lebih tertutup dengan kitorang. Semua nak tanggung sendiri. Nak cakap macam mana Aisyah boleh bertahan? Kalau bukan sebab kami suruh dia berjanji untuk teruskan hidup,..."

Alanda menarik nafas yang panjang sebelum menyambung ucapannya.

"....dia takkan berdiri lagi atas dunia ni."

Air mata semakin laju mengalir keluar dari mata ketiga-tiga gadis itu.

"Apa maksud kamu?"

"Aisyah dah banyak kali cuba bunuh diri. Macam-macam cara dia dah buat. Gantung diri,terjun bangunan,kelar tangan,ambil dos berlebihan,lemaskan diri dalam tab mandi, semua benda tu dia dah cuba buat. Kalau kami tak jumpa dia masa dia buat semua tu,Aisyah takkan bersama kami sekarang."

Mereka terkejut mendengar bahawa gadis yang nampak kuat di depan mereka cuba mengambil nyawanya sendiri sebanyak itu.

"Sampai macam tu sekali?"

"Hmm. Sekarang keadaan Aisyah dah bertambah teruk."

"Apa maksud kamu?"

"Trauma Aisyah semakin teruk. Kami risau Aisyah akan buat benda tu lagi."

Datin Sofie mengusap kepala tiga gadis itu untuk menenangkan mereka.

"Korang dah banyak berusaha. Nampaknya usaha korang halang Aisyah dari buat semua benda tu akan terbalas. Sekarang Aisyah takkan menderita lagi. Kita semua sama-sama jaga Aisyah sampai sembuh,okay?"ucap Datin Sofie.

Mereka mengangguk kepala.

"Kamu cakap Aisyah ada trauma,right?"soal Dato'Dani.

Mereka hanya mengangguk.

"Dah hantar Aisyah jumpa pakar psikiatri?"

"Dah. Tapi semua tu tak menjadi."

"Kenapa?"

"Setiap kali Aisyah hampir pulih,selalu ada halangan. Dah banyak kali kami cuba. Tapi sejak bapa saudara Aisyah datang bawak Aisyah balik,rawatan berhenti macam tu je."

"Korang setuju tak kalau kita hantar Aisyah jumpa doktor psikiatri lagi?"

Mereka bertiga memandang Dato'Dani dengan wajah tidak percaya.

"Betul ke ni,pa?"

Dato'Dani mengangguk yakin.

"Terima kasih."





Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now