BRAKKKKKKK!!!!!!Kereta yang dinaiki mereka berlanggar dengan kereta merah tersebut. Orang ramai mula berkumpul. Aisyah masih separuh sadar namun badannya tidak boleh bergerak. Dia melihat kearah ibu dan ayahnya yang tidak sedarkan diri.
"Ibu.......ayah....."lirihnya
Sehingga dirinya kehilangan seluruh kesedarannya.
💮💮💮
*Kringgggg
"Hello?"
"Hello. Anda keluarga dari encik Afri?"
"Ye saya. Awak siapa?"
"Boleh anda ke hospital sekarang. Encik Afri dan keluarga kemalangan."
"Apa?! Baiklah. Terima kasih."
Asri,kawan baik kepada Afri berusaha tenang supaya tidak membuatkan keluarganya ikut panik.
"Kita kena pergi hospital sekarang."ucapnya pelan.
"Kenapa bang?"
"Afri, Hasnah dan Aisyah accident."
"Apa? Sayang kemas barang cepat."
Isterinya mula panik namun disorok supaya anak-anak mereka tidak semakin panik. Alanda, Alisya dan Safi mengemas dengan cepat. Mereka sangat merisaukan Aisyah, Afri dan Hasnah.
💮💮💮
"Macam mana doc?"soal Asri.
"Maaf encik Afri dan puan Hasnah tak dapat diselamatkan."
"Macam mana dengan Aisyah?"
"Cik Aisyah dah melewati masa kritikalnya tapi dia masih berada dalam keadaan koma."
Keempat perempuan itu mula menangis mendengar nasib keluarga itu.
"Satu lagi. Saya dah buat laporan tentang kemalangan ni jadi encik boleh bincang dengan polis bila mereka sampai."
"Terima kasih doc."
"Kalau macam tu saya pergi dulu."
Asri sekeluarga menatap Afri dan Hasnah yang bermuka pucat dan tidak bernyawa. Asri mendekati sahabat baiknya.
"Afri.....Hasnah..... Aku janji akan jaga Aisyah dengan baik."ucapnya.
Air mata yang ditahan akhirnya lolos dari mata lelaki itu.
Setelah itu mereka pergi melihat Aisyah yang terbaring lemah diatas katil. Menatap simpati kearah gadis malang itu.
"Hari ni hari jadi dia tapi kenapa semua ni terjadi? Kesian Aisyah. Pasti berat bagi dia bila dia tahu ibu ayah dia dah takde."ucap Sarah,isteri Asri.
*Tok tok
Dua orang polis memasuki ruangan tersebut.
"Maaf mengganggu. Boleh saya bercakap dengan encik dan puan kejap."
Asri dan Sarah keluar meninggalkan ketiga anaknya bersama Aisyah.
Safi melangkah mendekati Aisyah. Menatap wajah Aisyah yang ditutupi alat pernafasan.
"Aisyah,kenapa kau baring je? Kau janji nak main pantai dengan aku harini. Kau janji nak pakai baju sama harini. Harini birthday kaulah. Mana boleh birthday girl tidur. Bangunlah."ucapnya.
Alanda dan Alisya turut mendekati Aisyah. Alanda menenangkan Safi manakala Alisya mengusap kepala Aisyah.
"Kesian adik akak. Aisyah kena tabah tau. Akak yakin Aisyah akan okay."katanya.
Mereka menangis melihat sepupu kesayangan mereka tidak bergerak sedikit pun. Kulit putih gadis itu terlihat sangat pucat.
💮💮💮
Asri dan Sarah mendengar penjelasan polis tersebut tentang kejadian yang menimpa keluarga Afri bersama keluarga pemilik kereta merah.
"Saya sudah mengesahkan penerangan saksi melalui CCTV jalan bahawa kereta yang dibawa cik Aisyah memang dilanggar oleh pemilik kereta merah yang tidak mengikut peraturan jalan raya. Jadi encik dan puan boleh membuat saman dan mendapat pampasan."
"Kami akan bayar pampasan kepada keluarga encik. Anak kami memang salah. Maafkan kami. Kami bersimpati atas kehilangan encik dan puan sekeluarga."mohon keluarga pemilik kereta merah.
Asri dan Sarah ingin marah namun dia pasti Afri dan Hasnah akan memaafkan mereka. Jadi mereka mengurungkan niat mereka.
"It's okay. Kita ikut apa sahaja yang undang-undang tetapkan. Sebanyak mana sekalipun kami ingin marah takkan membantu mereka."ucap Asri.
"Terima kasih encik,puan. Kami janji akan balas kebaikan encik dan puan."
Lelaki itu memberikan kad berisi nombornya kepada Asri.
"Telefon saya bila anak mereka bangun. Kami akan minta maaf secara langsung."ucapnya lagi.
Asri dan Sarah mengangguk dan tersenyum tipis.
•
•
•
•
•Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Spiritual"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...