MalamAku pulang kerumah dihantar oleh Alanda. Dengan langkah berhati-hati,aku berjalan memasuki rumah menggunakan tongkat setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga wanita kesayangan ku.
Sebelum aku memegang tombol pintu,aku menghela nafas melihat sebuah kereta mewah berwarna hitam dihadapan rumah Paksu.
Hahhhh takkan malam ni kena jugak.Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali sebelum tangan memulas tombol pintu.
Aku berjalan menerusi ruang tamu dan sedikit menunduk kearah tetamu. Kehadiran tetamu yang sangat dikenali olehku bahkan mereka dikenali diseluruh dunia kerana mereka berdua ialah keluarga millionaire dan juga pemilik kolej ESI. Baru sahaja dia ingin menuju ke bilik, Paksu memanggil ku untuk duduk.
"Kau duduk sini kejap. Aku nak cakap sesuatu."panggil Paksu.
Aku mendekati mereka dengan ragu lalu duduk disebelah Paksu.
"Ni Dato' Dani dan isterinya Datin Sofie. Aku nak kau ikut diorang sekarang juga."ujar Paksu.
Aku memandang Paksu dengan wajah terkejut.
"Paksu, please jangan paksa Aisyah buat benda ni lagi. Aisyah janji akan cari duit banyak-banyak untuk paksu."rayu ku. Walaupun aku tahu rayuan aku tak berguna baginya.
Pasangan suami isteri itu melihat sesama mereka dan melihat kembali kearah dua orang yang sedang beradu mulut dihadapan mereka.
"Diamlah. Aku dah jual kau dekat diorang. Aku dah kemas barang kau jadi kau cuma perlu ikut anak diorang balik."
"Aisyah tak nak."
"Ikut jelah. Ke kau nak aku bagi hukuman?"
"Aisyah lebih rela kena hukuman daripada jual badan Aisyah."
"Kau-"
Ucapan Karim terpotong oleh suara pintu dibuka oleh seorang lelaki yang memakai t-shirt hitam dan seluar hitam. Aku terkedu melihat kearah lelaki itu. Sosok yang sangat aku kenali. Dia yang membantu ku beberapa hari yang lalu kini ada dirumah ku.
Aku masih menatap Han dengan wajah terkejut sehinggalah Paksu membuka mulut.
"Kau tengok buat apa? Ikut lah dia."
"Hah? Taknak. Aisyah tetap taknak."
Aku cuba untuk lari masuk ke dalam bilik namun ditahan oleh Han.
"Just follow me. I won't hurt you. I'm promise."ucap Han.
"Tak nak."
Tanpa pedulikannya aku berjalan melepasi Han namun terlambat kerana Han mengangkat badanku ala bridal style dan membawa aku keluar dari rumah itu.
"Ma,pa,Han pergi dulu. Jumpa dekat rumah."
"Okay. Hati-hati bawa kereta."
Tinggallah Dato'Dani,Datin Sofie dan Karim. Dato' Dani mengeluarkan sepucuk surat lalu memberikannya kepada Karim.
"Nah. Saya dah hapuskan hutang encik Karim dan ini bonus. Jangan cari anak saudara encik lagi."katanya lalu keluar dari rumah itu.
Karim mengambil sampul itu dengan gembira tanpa mempedulikan kepergian mereka berdua.
"He's really a bad uncle. You see that girl, honey? I'm glad we do this."ucap Datin Sofie.
Dia melihat kearah Han yang sedang menggendong gadis yang baru sahaja mereka beli dan meletakkan gadis itu kedalam kereta.
"You right. That girl look so kind. Nampaknya Han betul-betul sukakan budak tu. Kita akan dapat menantu awal la ni."
Mereka berdua tersenyum bahagia melihat anak lelaki tunggal mereka telah besar dengan baik.
💮💮💮
Dalam kereta
Han membawa kereta dengan kelajuan normal namun laju bagi aku. Kejadian dimana aku kehilangan kedua ibubapanya masih segar dalam ingatan. Aku cuba bertahan namun aku tidak dapat menyembunyikan ketakutan dalam hati aku.
Han yang peka dengan keadaan Aisyah mula cuba menenangkan gadis itu.
"Don't worry. I'm not the kind of guy you always meet. I just want to help you out from there."
Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan Aisyah. Namun sepertinya semua kata-katanya tidak menenangkan gadis itu sedikit pun.
"Bo...boleh awak per-lahankan kereta si...kit?"
Han bingung namun tetap memperlahankan kereta.
"Terima kasih."
Suasana kembali sunyi sehingga mereka tiba di sebuah mansion mewah.
Wow.
•
•
•
•
•Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Spiritual"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...