29

284 6 0
                                    


*Tok tok tok

Aku mengetuk pintu bilik Han setelah selesai mandi memandangkan ketiga-tiga gadis di dalam bilikku telah bangun sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

"Good morning."ucap Adam.

"Morning."

"Han,buah hati kau datang ni!"jerit Emir.

"Eh...saya bukan datang cari Han. Mama suruh turun makan."

"Huishh sakit."ejek Emir.

"Diamlah."ucap Han.

"Jom."

Han menarik tangan aku untuk turun ke bawah.

"Dah mandi?"soal Han.

Aku mengangguk pelan.

"Kaki kau dah okay ke ni?"

"Hmm. Kak Alanda cakap kaki saya dah okay cuma tak boleh berlari je. Bahu je sakit sikit."

"Bagus lah macam tu."

Han mengusap pelan kepala ku.

Mereka turun kebawah bersama dengan tangan Han memegang erat tangan aku.

"Amboi koranggg. Macam pengantin baru pulak. Pergi makan pun kena pegang pegang tangan."usik Emir.

Aku menunduk malu dengan usikan Emir. Tangan aku cuba melepaskan tangan Han namun gagal kerana lelaki itu memegang tanganku seakan-akan aku akan hilang dari sisinya.

"Ish Emir niiii. Selalu rosakkan permandangan laaaa."rengek Safi.

"Kannn. Orang tengah seronok tengok niii. Bila lagi nak tengok Alhandi Irfan macam ni."sokong Adam.

"Hmm yelaaa. Asyik aku je yang salahhh."

Mereka mula ketawakan Emir.

🍀🍀🍀

"Emmmm sedapnyee. Mama memang terbaik."puji Adam.

"Eh...bukan mama yang masak."

"Nak kata mak Munah yang masak,harini mak Munah cuti. Habis tu siapa yang masak?"ucap Emir pula.

"Aisyah yang masak."

Mereka mula memandang aku dengan wajah terkejut.

"Siyes lahh?!?! Pandai gila Aisyah masak."

"Aisyah memang pandai masak dari dulu."ucap Alanda.

"Wowww. What a perfect wife."ucap Emir sambil menepuk tangannya.

Sedangkan orang yang dipuji tersenyum malu.

🍀🍀🍀

"Harini Aisyah tak pergi kolej tau. Papa dah bagi izin."ucap Alanda.

"Kenapa?"

"Masih ingat Dr. Cindy?"

Aku mengangguk. Dr. Cindy adalah doktor psikologi yang pernah merawatnya di Canada.

"Kita akan jumpa dia harini."

"Yeke? Dr. Cindy ada dekat Malaysia sekarang?"

"Haah."

Aku sangat teruja untuk berjumpa doktor yang pernah membantu ku semasa aku dalam kesusahan. Bahkan doktor itu telah dianggap keluarganya dan keluarga Safi.

"Yang lain ada kelas. So,mama dengan Alanda akan teman Aisyah pergi hospital harini."ucap Datin Sofie.

"Hospital?"

Aku melihat kearah Alanda dengan tanda tanya.

"Jadi..... Dr Cindy ada dekat sini sebab nak....rawat Aisyah?"

Alanda mengangguk.

"Aisyah tak nak."

"Kenapa? Aisyah jangan risau. Kitorang kan ada dengan Aisyah."soal Alisya.

"Tak nak. Akak akan kerja keras semata-mata nak bayar rawatan yang tak berguna ni."

"Don't worry about it. Papa yang bayar untuk rawatan tu."ucap Dato'Dani.

"No,pa. Aisyah tak nak."

Aku bangun dari sofa dan meninggalkan mereka dalam keadaan bingung.

"What's happen?"

Tanda tanya mula muncul dalam kepala mereka.

"It's okay. I'll go talk to her."ucap Han.

🍀🍀🍀

*Tok tok tok

"Aisyah? Aku masuk ni."

Tiada jawapan dari aku. Han membuka pintu bilik perlahan-lahan dan mencari kelibat gadis itu. Setelah dicari ternyata gadis itu berada di balkoni biliknya.

"Hey."panggil Han lembut.

"You should get ready. Bukankah kau tak sabar nak jumpa Dr Cindy?"

Aku menggeleng kepala bersama air mata di pipi.

"Kenapa tak nak buat rawatan tu,hmm?"ucap Han.

Tangannya naik mengusap pipi basah gadis itu. Menyeka air mata yang tak henti mengalir di pipinya.

"Rawatan tu.....akan sia-sia. Saya....takkan sembuh dari penyakit ni. Korang hanya bazirkan duit korang untuk rawat orang gila macam saya. Macam umi dengan abah."

"Apa kau cakap ni? Kau tak gila. Aku yakin kau akan sembuh. Kitorang tak bazirkan duit,kitorang buat semua tu sebab kitorang sayang kau. Jadi jangan cakap macam tu. Diorang akan sedih kalau dengar kau cakap macam ni."

"Awak tak faham. Saya-"

"No. I'm totally understand it."potong Han.

"Listen,kitorang takkan buat semua ni kalau kitorang anggap kau beban. Kitorang sayang kau. Sebab tu kitorang buat semua ni. So please..... jangan cakap yang kau tak layak bahagia dan jangan buat apa-apa pun yang ada dekat kepala kau sekarang ni. Kau dah janji,kan?"

Aku terdiam. Macam mana Han boleh tahu semua tu?

"Sorry. Aku terdengar perbualan kau dengan mama pagi tadi. You know.....you can wake me up kalau kau tak boleh tidur. Aku boleh teman kau. Okay?"

Aku mengangguk pelan.

Han tersenyum sambil mengusap kepala gadis itu.

Sekarang aku tahu tabiat Han selain mengangkat aku. Dia suka usap rambut aku dan pegang tangan aku tanpa mengira waktu.

"Dah. Jangan nangis. Pergi siap-siap. Aku tunggu dalam bilik aku."

Sekali lagi aku mengangguk.





Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now