22

213 4 0
                                    


Alanda, Alisya, Safi dan aku berbaring atas tilam tebal yang disediakan oleh mak Munah dalam bilik ku. Bukannya tiada bilik namun kami memilih untuk tidur bersama memandangkan sudah lama kami tidak tidur bersama begini.

"Aisyah,boleh akak tanya sesuatu?"soal Alisya.

"Apa kak?"

"Kenapa Aisyah setuju dengan lamaran Han?"

Aku terdiam.

"Dia paksa Aisyah?"

Aku menggeleng kepala.

"Dia ugut Aisyah?"

"Tak. Han tak paksa Aisyah ataupun ugut Aisyah. Mula-mula Aisyah fikir Han ada hak untuk suruh Aisyah bertunang dengan dia memandangkan dia bayar Paksu sebanyak RM10 000 untuk bawa Aisyah keluar dari rumah tu."

"RM 10 000?!?!"

"Hmm. Jadi Aisyah bagitahu dia yang Aisyah takde hak untuk tolak lamaran dia lepas dia bagi Paksu duit sebanyak tu tapi......"

Mereka bergitu fokus mendengar cerita ku tanpa ada niat untuk menyampuk.

".....dia cakap yang lamaran tu bukan arahan. Dia tanya keputusan Aisyah dan suruh Aisyah fikirkannya sebelum jawab soalan dia."

Mereka masih terdiam.

"Korang rasa Aisyah buat keputusan yang betul?"

"Apa pendapat Aisyah tentang Han?"tanya Alanda.

"Dia baik,caring,nampak dingin tapi sebenarnya dia selalu tolong Aisyah. Muka dia nampak menakutkan tapi sebenarnya tak begitu menakutkan."

Aku mengingatkan kembali perlakuan Han kepadanya sejak dia jumpa lelaki itu.

"Jadi akak rasa Aisyah dah buat keputusan yang betul terima lamaran Han. Dia nampak tulus sukakan Aisyah. Dan Aisyah nampak bahagia dengan Han."

"Macam mana akak tahu?"

"Kitorang boleh nampak cara dia pandang Aisyah. Mata tak boleh menipu, remember? Dan masa akan nampak Aisyah ketawa,akak yakin Han adalah pilihan yang tepat."

"Aku setuju. Walaupun aku belum yakin 100% tapi aku percaya Alhandi Irfan adalah orang yang akan beri kau kebahagiaan yang patut kau miliki."ucap Safi.

"Satu lagi. Aku betul-betul nak tengok muka The Queen's lagi-lagi Emilia bila tahu kau dengan crush dia dah bertunang."tambahnya.

"The Queen's? Siapa?"tanya Alisya.

"Perempuan perasan famous dekat kolej kitorang yang Safi cerita tu."

"Perempuan yang selalu cari pasal dengan Aisyah dekat kolej tu ke?"

"Haah. Yang paling penting sekarang ni,mereka dan pelajar lain takkan boleh ganggu Aisyah lagi sebab Aisyah dah jadi tunang Alhandi Irfan,lelaki paling dingin dan menakutkan dekat kolej."

"Siyes lah. Han tak nampak dingin pun."

"Safi pun pelik. Dekat kolej pandang orang pun tak. Lagi-lagi perempuan. Tapi cara dia pandang Aisyah lembut je. Macam orang pandang pujaan hati dia."

"Wahhhhh sekarang akak makin yakin yang Han lah orang yang akan membahagiakan Aisyah. Aisyah listen to me okay. Akak tahu Aisyah masih ragu dengan Han tapi akak yakin Han betul-betul ikhlas untuk jadikan Aisyah milik dia. Cuba kenal dia baik-baik. Dan jangan fikir masa lalu akan berulang. Bukan semua lelaki teruk macam manusia keji tu. I really thing Han is different from them."ucap Alisya.

"Wow. Kak Sya dengan kak Alanda berucap panjang harini. Kalah pensyarah."ejek Safi.

"Haha rasa bangga pulak kitew."ucap Alanda dan Alisya.

Mereka ketawa sepanjang malam sehingga terlelap.

Disudut lain Han terdengar perbualan mereka berempat semasa dia hendak menghantar ubat Aisyah kebilik gadis itu.

Bukan setakat suka,Aisyah Humairah. Aku betul-betul cintakan kau sejak pertama kali kita jumpa. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku. Aku janji kau akan keluar dari penderitaan yang kau alami.





Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now