7

216 8 0
                                    


"Siapa betina kurang ajar tu? Berani dia kacau adik aku. Kalau aku jumpa betina betina tu memang mati aku kerjakan."bebel Alanda.

"Betul tu. Kalau Aisyah tak halang aku,dah lama aku patahkan kaki betina gila tu. Geramnya aku bila ingat balik kejadian tadi."tambah Alisya.

"Lagi satu,yang kau benarkan dia pergi jumpa si Karim tu kenapa? Kau pun tahu kan,lelaki tak guna tu pasti nak buat benda tak elok lagi."tambah Alanda.

"Aku bukan tak larang. Kau pun kenal Aisyah,kan. Aku larang macam mana pun,dia bukan dengar pun. Kau pun pernah kena,kan."

Safi hanya menadah telinga mendengar kakak dan sepupunya sedang berdebat apabila Alisya cerita bahawa Aisyah pulang awal kerana disuruh bapa saudaranya dan juga masalah yang berlaku di cafe Alisya.

Safi juga marah apabila mendengar Aisyah diperlakukan begitu tapi marah dan bergaduh tidak akan menyelesaikan masalah.

"Kakak-kakak ku,dah la tu. Apa kata kalau kita call Aisyah. Tanya dia okay ke tak. Apa lelaki tak guna tu nak."

Safi menghentikan pendebatan antara kakaknya dan kakak sepupunya.

Tanpa menunggu jawapan mereka,Safi menelefon Aisyah.

💮💮💮

Deringan telefon mengejutkan aku dari tidur. Melihat nama safi yang tentera pada telefon,aku mengusap air mata dan berdehem agar suaraku tidak terdengar serak kerana menangis.

On call

"Hello Aisyah,kau dekat-"

"Aisyah dekat mana sekarang ni? Cakap dekat akak. Apa lelaki tak guna tu dah buat kali ni? Biar akak belasah dia cukup-cukup."bebel Alanda.

Safi hanya pasrah bila telefonnya dirampas oleh kakaknya.

"Kak, Aisyah okay la. Pak su tak buat apa-apa pun. Dia cuma mintak duit je. Janganlah risau."

Aku tiada pilihan lain selain menipu. Jikalau aku menceritakan hal sebenar pasti mereka akan panik dan risau.

"Kenapa suara Aisyah serak? Aisyah nangis?"

"Mana ada. Aisyah tertidur."

"Betul ni? Aisyah tak tipu akak,kan?"

"Betul,Aisyah tak tipu."

"Kaki Aisyah macam mana? Sakit sangat ke? Biar akak check."

"Sakit sikit je kak. Esok ok la tu."

"Kalau sakit lagi bagitahu akak,okay? One more thing,kalau terjadi apa-apa,call akak,okay?"

"Baik boss."

Alanda kembali menyerahkan telefon kepada Safi.

"Hello Aisyah. Kau dah balik rumah? Kalau tak,kau tunggu dekat situ,aku datang ambik."ucap Safi pula.

"Tak pe la. Aku dah sampai rumah. Kau rehatlah. Esok ada kelas,kan. Kau tu dahlah kuat tidur,nanti kau tidur dalam kelas."

"Okayla. Kau pun jangan berjaga lewat sangat. Balik mandi and rest. Jangan lupa makan dulu."

"Okay. Janganlah risau,aku boleh jaga diri. Bagitahu kak Alanda dengan kak Sya jangan risau sangat. Esok aku tak kerja so I'll cook for us for dinner."

"Okay nanti aku bagitahu diorang. Bye."

"Bye."

Off call

💮💮💮

"Aisyah cakap esok dia datang rumah masak untuk dinner. And she said too both of you to not too worry about her."

"Dia selalu cakap jangan risau jangan risau. Selagi dia tak keluar dari rumah tu selagi tu aku risau."bebel Alanda lagi.

Macam mana dia tak risau kalau gadis yang dianggap adik selama bertahun-tahun selalu tersiksa.

"Kau janganlah risau,Alanda. Satu hari akan ada seseorang yang akan bawa Aisyah keluar dari penderitaan dia. Aisyah akan merasakan kembali kebahagiaan dia yang pernah hilang. Dia akan tersenyum dan ketawa macam dulu."ucap Alisya.

Mereka mengalirkan air mata meratapi nasib yang menimpa Aisyah. Aisyah adalah segala-galanya bagi mereka. Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan mereka. Mereka sangat merindukan sosok Aisyah yang selalu ceria. Sesungguhnya mereka sangat berharap seseorang akan muncul dalam hidup Aisyah dan bantu dia keluar daripada kegelapan.





Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now