9

225 7 0
                                    


"Jawab aku Aisyah Humairah!"

Safi bercakap dengan nada yang tegas dan cuba tidak meninggikan suara kerana tidak mahu pelajar lain mendengar perbualan mereka.

Aku mengangguk tanpa melihat kearah Safi. Mata ku mula memerah sehinggalah setitis air mata mula turun.

"Apa sebab kali ni?"

"Macam biasa."

"Kau!- kau ni kan. Aku dah cakap apa-apa bagitahu aku. Kenapa kau biarkan dia pukul kau sampai macam ni sekali."

Safi membelek-belek lengan ku yang terluka dengan manik yang sejak kapan mengalir laju di pipinya. Begitu juga aku hanya mampu menangis melihatnya.

Bodoh! Kau memang bodoh! Kau asyik buat orang yang kau sayang menangis! Kau sepatutnya buat diorang ketawa! Bodoh!

Aku terus menerus mengutuk diri sendiri.

"Aku bawak kau jumpa kak Alanda sekarang juga. Aku tak terima bantahan. Biar kak Alanda check."

Alanda merupakan seorang dokter di hospital AF milik keluarganya. Safi menarik pelan tangan aku supaya tidak membuatkan merasa sakit.

Kerana mereka memilih meja hujung dan tersorok jadi tiada yang mendengar pergaduhan sayang mereka.

Namun itu apa yang difikirkan mereka berdua. Mereka tidak menyedari bahawa tiga orang lelaki melihat dan mendengar semua perbualan mereka. Mereka ialah 3K.

3K menatap simpati kearah Aisyah. Gadis yang selalu dipandang dipandang hina oleh orang lain rupa-rupanya lebih tersiksa dibelakang mereka.

"Kehidupan dia lebih menyedihkan dari apa yang aku dengar."ucap Adam.

"Aku tak sangka hidup dia sangat menderita. Kesian dia."tambah Emir.

Sedangkan Han pula masih menatap kepergian Aisyah. Setelah kelibat Aisyah sudah tidak kelihatan,Han melihat kearah dua orang sahabatnya dengan tatapan serius.

"Listen guys. I want you guys see this."

Han meletakkan beberapa dokumen dan gambar.

"Dia anak yatim piatu rupanya."ucap Adam.

"Wow. Bapa saudara dia nampak tak berguna. Macam mana dia jaga Aisyah kalau diri dia pun tak terjaga?"tambah Emir.

"That's the point. I think he is the culprit."

"So apa rancangan kau?"

"I will take Aisyah Humairah out of her uncle's house. "

"What!?"

💮💮💮

"Hello Sya? Aku nak kau datang hospital sekarang."

"Hello. Kenapa?"

Alisya ikut panik mendengar Alanda yang kedengaran panik.

"Kau datang je lah. Aisyah ada dekat hospital. Kau datang dulu nanti aku cerita."

Mendengar nama Aisyah membuatkan Alisya semakin panik.

"Lili,tolong jaga kafe. Akak ada emergency."

"Okay kak Sya."

Alisya mencapai beg dan telefonnya lalu berlari menuju ke keretanya. Dengan keadaan panik dan risau dia meluncur laju menuju ke hospital Alanda.

Sebaik sahaja tiba di hospital, Alisya berlari mencari bilik rawatan yang dikatakan Alanda.

Pintu bilik 109 dibuka. Terlihat Safi menangis begitu juga Alanda yang sedang merawat gadis dengan lebam di setiap inci tubuhnya bermula dari wajah hinggalah hujung kakinya.

Air mata tidak dapat ditahan. Dengan langkah yang lemah,dia berjalan kearahku.

"Sya,sini kejap."

"Apa?"

"Sya,aku rasa Aisyah kena buat rawatan lanjut."ucap Alanda.

"Kenapa? Teruk ke luka Aisyah?"

Alanda mengangguk pelan.

"Bahu kanan dan kaki kiri Aisyah terseliuh. Jadi Aisyah tak boleh guna kedua-duanya untuk sementara. Akan mengambil masa untuk pulih sebab Aisyah cakap dia dah lama sakit di bahagian tu dan tak pernah dapatkan rawatan. Yang lain cuma lebam."

"Syukurlah cuma tu je."

"Aku belum habis,Sya."

"Apa maksud kau?"

"Aku buat diagnosis otak Aisyah sebelum kau datang."

"So,macam mana result dia?"

"Teruk,Sya. Trauma Aisyah semakin teruk."

"Kau biar betul. Benda ni tak lawak la."

"Aku serius,Sya. Aisyah mungkin nampak okay,tapi bukan fikiran dia. Dulu,Aisyah selalu tunjuk perasaan tu depan kita. Tapi kau perasan tak sekarang Aisyah dah lebih tertutup. Aku risau perkara dulu berlaku lagi."

Air mata turun lagi dari mata Alanda. Alisya menahan tangisnya didepan Aisyah walaupun didalam hatinya telah menangis kesedihan.

"Apa kita patut buat sekarang?"

"Satu-satunya cara adalah bawa Aisyah keluar dari rumah tu dan bagitahu umi dengan abah pasal semua ni."

"Pasal apa?"soal ku.





Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now