Tidur ku terganggu oleh deringan telefon yang menandakan sekarang sudah pukul 6 pagi. Seperti hari-hari sebelumnya,aku akan bangun,mandi,buat sarapan dan bertolak ke kolej.
(Pakaian Aisyah)
Aku berjalan memasuki kawasan kolej dan.. seperti biasa,The Queen's akan ada disitu untuk mengganggu ku dengan ayat-ayat sindiran.
"Hai b*tch. How your job? Doing good?"ejek Emilia.
Semua pelajar yang mendengar itu turut ketawa.
Just ignore it Aisyah. Kau dah dengar benda yang sama setiap hari.
Aku berjalan tanpa mempedulikan mereka dan menuju ke kelas. Terlihat Safi telah berada dalam kelas sambil melambai ke arahku. Aku berjalan kearah Safi dan duduk. Tak lama kemudian seorang pensyarah masuk.
Jantung ku bagaikan terhenti melihat susuk tubuh pensyarah yang aku tidak ingin berjumpa masuk. Oksigen tidak dapat disedut lagi oleh peparu ku.
Kenapa harus dia?
"Selamat pagi."ucap pensyarah itu.
"Selamat pagi prof."
"Harini madam Rina tak dapat hadir jadi saya akan ganti."
Safi melihat kearah ku. Dia risau Aisyah akan teringat tentang kejadian tu dan trauma dia akan kambuh lagi.
"Apasal mamat ni juga yang kena ganti madam. Tak de orang lain ke. Kau okay ke? Aku rasa baik kau keluar je dari kelas ni."ucap Safi.
"Aku okay."
Aku mendengar pelajaran yang diajar prof Salim tanpa melihat kearah pensyarah itu. Mata aku hanya tertuju pada papan putih walaupun sebenarnya aku sedang cuba sedaya-upaya untuk fokus dan mengetepikan perasaan takut dalam otak dan hati aku.
💮💮💮
Han langsung tidak fokus penerangan pensyarah dihadapan. Matanya hanya tertumpu pada gadis yang memakai baju putih dan seluar jean + topi hitam. Gadis yang ditolongnya malam semalam.
"Woi. Kau tengok apa?"tegur Adam.
"Nothing"balasnya.
"Kau tengok perempuan malam tadi ke?"
Han terdiam.
"Kalau kau suka dia,kitorang boleh tolong."
Lama Han terdiam.
"Let's hangout after class. I need help."
Emir dan Adam mengangguk tanda mengerti.
"By the way,macam mana malam semalam? Is she okay? Kau hantar dia sampai rumah?"soal Emir.
"Hmm. She said okay but I don't think so. Sebab tu aku ada benda nak bincang dengan korang."
"Okay okay."
💮💮💮
"Wahhh akhirnya tamat juga kelas. Penat aku tengok muka mamat tu asyik tengok kau je. Menyampah."bebel Safi.
Sekarang aku bisa menghela nafas lega. Nafas kembali normal sebaik sahaja prof Salim keluar. Bukan aku tidak tahu jika sepanjang pelajaran lelaki itu asyik menjeling ke arahnya dan membuatnya tidak nyaman.
"Aku laparlah. Sebelum kita shopping kita makan dulu. Harini aku belanja."ucap Safi.
Aku hanya mengangguk.
Mereka berjalan menerusi koridor kolej melintasi pelajar-pelajar yang melihat sinis kearah ku. Seperti selalu. Tanpa mempedulikan itu semua, aku dan Safi berjalan seperti tiada apa-apa yang menggangu.
Selesai membeli makanan yang ingin kami makan di kantin kolej,kami memilih duduk di meja yang sedikit tersorok supaya kami dapat makan dengan nyaman. Kami makan tanpa mengeluarkan bunyi sedikit pun sehinggalah Safi melihat kesan plaster di dahi ku.
"Kenapa dengan kepala kau?"soal Safi.
Aku terdiam.
"Sini aku tengok."
Safi membuka topi ku dan mula membelek-belek muka ku.
"Kau tipu kitorang?"
Safi memandang kecewa kearah ku. Sedangkan aku mengutuk kebodohanku kerana tidak menutup luka dengan baik.
"Aisyah Humairah,aku tanya kau ni."
Suara Safi sedikit meninggi. Aku pula masih lagi terdiam memikirkan cara untuk menjawab soalan Safi.
"Aku tak tipu. Aku terjatuh dalam bilik semalam."
Aku mengambil topi yang dipegang Safi dan memakainya kembali. Kerana terlalu fokus dengan luka di dahi,aku lupa akan luka yang aku sengaja tutup dengan baju lengan panjang berwarna putih.
Safi menarik tangan aku sehingga kesan luka terlihat jelas di matanya. Aku meringis kesakitan. Safi memejamkan matanya. Kini dia sangat kecewa dengan gadis dihadapannya kerana menipu tentang sakit yang dia rasa.
"Aisyah Humairah baik kau jawab jujur. Dia pukul kau lagi kan."
Aku masih lagi mendiamkan diri membuatkan Safi semakin kesal.
"Jawab aku Aisyah Humairah!"
•
•
•
•
•
•Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Spiritual"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...