Setelah kami jauh dari tempat tadi, barulah aku bernafas lega."Terima kasih."ucapku.
Aku mengusap sisa air mata yang masih tersisa dibibir mataku dan memandang kearah lelaki yang baru sahaja menyelamatkan diriku.
Alhandi Irfan?
Aku terkedu. Lidah aku seakan-akan telah beku untuk berbicara namun mata aku masih terpaku kearahnya begitu juga Alhandi Irfan. Entah kenapa mata aku tidak dapat beralih dari manik miliknya.
Kami hanya beradu pandangan tanpa ada niat untuk melepaskan pandangan itu,sehinggalah suara memutuskan pandangan mata kami.
"Nampaknya aku kena mundur demi sahabatku. It's okay Han,aku relakan dia untuk kau. Jaga dia baik-baik."
"Bertabah bro. Dari awal aku tahu kau dengan dia takkan bersatu."
Ternyata bukan hanya aku dan dia berada di dalam kereta tersebut namun masih ada dua orang lelaki lagi di kerusi penumpang belakang.
"Hai ex."tegur Emir.
"Hah? Saya?"
Emir mengangguk.
"Bila saya jadi ex awak?"
"Baru je. Ex future girlfriend."
Lelaki pelik.
"Awak okay?"tanya Adam.
"Saya okay. Terima kasih sekali lagi sebab tolong saya."
"You're welcome."
"Han,kau hantar dia balik la. Dah malam sangat ni."ucap Adam.
"Tak pe saya boleh balik sendiri."
"Dah malam ni. Kedai pun dah tutup. Lagipun kaki awak kan sakit. Macam mana nak jalan. Biar Han hantar."
"Macam mana awak tahu?"
"We were near there at the time of the incident, remember?"
Betul jugak.
"Kitorang pergi dulu. Han,hantar Aisyah sampai depan rumah."
"Hmm"
"Takpe. Saya masih boleh jalan."
"No no. Han will take you home."tambah Emir pula.
"Saya boleh balik sendiri-"
"Saya hantar awak balik."
Satu ayat keluar dari mulut Han menghentikan pendebatan kami bertiga.
"Saya-"
"I said I will take you home. Give me your address."potong Han.
Dengan perasaan ragu,aku memberikan alamat rumah Paksu kepada Han.
He's scary.
"Kalau macam tu kitorang pergi dulu. Bye Aisyah. See you tomorrow."
"Bye ex. I will miss you. Han jagalah ex aku baik-baik."
"Cepatla Emir. Tak payah nak berdrama sangat la."
"Suka hati aku la. Bye ex. See you."
Kepergian Adam dan Emir meninggalkan aku dan Alhandi Irfan berduaan di dalam kereta.
"Who's that guy?"soalnya memecahkan kesunyian antara kami.
"Hmm? Just stranger."
Awkward. Tak pernah terbayang aku naik kereta dengan Alhandi Irfan. Aku patut elak daripada jumpa dengan 3K. Relax,Aisyah. Ni kali pertama dan terakhir kau jumpa dengan 3K. Lambatnya. Bila nak sampai rumah ni.
Tiada lagi perbualan antara kami sehinggalah kereta Han berhenti tepat dihadapan rumah Paksu.
"Terima kasih sebab hantar saya balik. Saya masuk dulu."ucapku.
Han hanya mengangguk. Aku turun dari kereta dan menutup pintu dengan berhati-hati.
Aku tidak dapat melakukan apa-apa selain menghela nafas panjang apabila tiba di depan pintu rumah ini. Aku mula meratapi nasib yang akan menimpa aku sebaik sahaja aku buka pintu rumah itu.
Aku berpaling kebelakang memastikan Han sudah memandu jauh dari rumah. Perlahan-lahan pintu dibuka. Dengan langkah yang berat aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Dan sekali lagi aku hanya boleh menghela nafas apabila melihat Paksu telah berdiri di depan pintu dengan kayu ditangannya.
Tangan aku ditarik kuat olehnya dan ditolak sehingga dahi terhantuk di bucu meja dengan kuat. Air mata mula mengalir bersama darah segar di dahi dengan rasa yang perih.
"Kau memang tak guna! Benda kecil macam ni pun tak boleh buat ke!"
Ingin sekali aku melawan Paksu namun apa aku boleh buat? Aku sudah kehabisan tenaga kerana harus berlari beberapa minit yang lalu.
Kayu yang dipegang erat olehnya diayunkan kearah aku dengan kuat. Dan..
*Pak!!
"Bodoh!"
*Pak!!
"Tak guna!"
*Pak!!
"Tak berguna!"
*Pak!!
"Sebab kau,aku tak dapat duit tu."
*Pak!!
"Hidup kau asyik menyusahkan aku je!"
*Pak!!
Berkali-kali Aisyah dipukul bersama kata-kata yang dapat membuat hatiku hancur. Seluruh badan juga mula terasa sakit tapi tidak sesakit hatinya. Tidak cukup dipukul,tubuh aku ditarik tanpa belas kasihan dan dikurung dalam bilik gelap seperti hari-hari sebelumnya.
Dengan pasrah aku membiarkan Paksu menarikku dan dikurung. Aku mencapai buku diari dalam beg dan mula menulis segala keluh kesahku. Hanya buku diari inilah yang menjadi tempat aku meluahkan perasaan.
Ibu.....ayah....
Aisyah.....tak layak untuk bahagia ke?
Aisyah tak layak sebab Aisyah ni terlalu malang untuk bahagia,kan?
Aisyah nak bahagia macam orang lain.
Boleh tak Aisyah nak ikut ibu dan ayah?
Aisyah dah penat bertahan.
Safi,kak Alanda dan kak Alisya pasti akan marah sebab Aisyah mungkir janji
tapi.....
Aisyah betul-betul dah tak larat nak hadap semua ni.Aisyah rasa dah tiba masa untuk Aisyah tinggalkan dunia ni...
•
•
•
•
Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Духовные"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...