30 ~the end~

393 5 0
                                    


Sebulan telah berlalu. Hidup aku perlahan-lahan pulih dan mula tersenyum seperti dulu.

Han telahpun tamat belajar dan bekerja sebagai CEO di D&S company milik papa. Dan pertemuan antara keluarga Han dan keluarga aku 2 minggu lepas berjalan dengan lancar.

Umi dan abah sempat terkejut mendengar cerita tentang macam mana aku boleh menjadi ahli keluarga Dato'Dani. Namun mereka sangat bersyukur dan berterima kasih pada mereka sekeluarga.

Dan sekarang Alhandi Irfan telah sah menjadi suami Aisyah Humairah beberapa jam yang lalu.

"Congratulations,Aisyah. Akhirnya kawan aku dah jadi isteri orang sekarang."ucap Safi.

"Tak sangka adik akak dah besar sekarang. Jaga suami Aisyah baik-baik tau."sambung Alanda.

Sedangkan Alisya hanya menunduk.

"Sya?"

Panggilan Alanda membuatkan tangis Alisya pecah.

"Huaaaaa. Siapa nak teman akak dekat kerja?hiks Siapa nak main dengan akak lepas ni. Hiks hiks."

"Ish kau niii. Dah laaaa. Malu lah orang tengokk."

"Tah kak Sya niiii. Bukan Aisyah pergi jauh pun. Rumah diorang dekat je dengan rumah mama."tambah Safi.

"Korang jangan risau. Kalau Han takde dekat rumah,korang datang lah."ucapku.

"Betul tu kak. Datang je bila-bila korang nak."tambah Han.

"Kitorang?"soal Emir dan Adam.

"Korang tak dibenarkan."tegas Han.

"Alahhh."

"Kalau kita ada masa luang,kita buat girl party. Amacam? Umi dengan mama pun kena ada jugak."cadang Safi.

"Mantap lah. Bijak jugak adik akak ni."ucap Alanda dengan bangga.

"Tengoklah anak siapa dulu."bangga abah.

"Mestilah anak abah ngan umi."jawab Safi.

Umi menggelengkan kepala melihat kelakuan suami dan anak bongsunya itu lalu berjalan mendekati aku.

"Cantik anak umi pakai baju pengantin. Ibu dengan ayah Aisyah pasti gembira tengok Aisyah sekarang."ucap Umi dengan air mata di pipinya.

Melihat Aisyah memakai baju pengantin membuat hati Sarah terharu. Dia sangat berharap Afri dan Hasnah dapat melihat anak tunggal mereka telah menjadi isteri orang sekarang. Kerana itulah impian mereka berdua semasa mereka masih hidup.

Tangan aku naik mengusap pipi wanita yang dipenuhi air mata dan membawa wanita yang dianggap ibunya itu kedalam pelukan.

"Umi.....janganlah nangis. Ibu dengan ayah pasti tengah tengok kita sekarang."ucap ku yang turut mengalirkan air mata.

Melihat isterinya dan anak sahabatnya yang dia anggap seperti anaknya itu menangis,Asri membawa mereka ke dalam pelukannya bersama ketiga-tiga anak gadis mereka yang turut menangis.

🍀🍀🍀

Selesai sahaja selesai mandi,aku membaringkan tubuh diatas katil. Membetulkan urat-urat yang kesakitan sepanjang majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa jam yang lalu.

Aku mencapai telefon dan membuka group chatnya bersama Alisya,Alanda dan Safi dan membaca isi chat yang dihantar kami bertiga.

SISTER'S

Safi
Aisyah jangan lupa cerita pengalaman malam pertama kau tau

Alanda
Tak senonoh la Safi ni
Agak-agak lah
Takkan Aisyah nak cerita 'benda tu' dekat Safi pulak

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now