4

259 10 0
                                    


Beberapa minit kemudian,gadis itu kembali ke meja 3K bersama pesanan mereka.

"Your order."

"Awak.....Aisyah Humairah, right?"tanya Adam.

"Macam mana-"

"Everyone in college know about you."potong Emir.

"Ahh right."

Aku sedikit menunduk. Betul jugak,siapa yang tak tahu tentang kisah tu,kan?

"By the way,you-"

"Aisyah,boleh tolong ambil order dekat meja 14 tak?"ucap seorang gadis yang sedang mengambil pesanan di meja yang tidak jauh dari mereka.

"Okay kak Sya. Perlukan apa-apa lagi?"soalku.

Mereka bertiga menggeleng. Baru sahaja Aku ingin mengambil langkah kearah meja 14, pergerakan kaki aku terhenti mendengar namanya disebut.

"Aisyah Humairah? Bukan ke perempuan ni 'sugar baby' tu? Yang sanggup jual badan dia untuk duit tu,kan?"ucap seorang gadis yang berada berdekatan denganku.

"Haah. Kesian,kan. Muka dah cantik,tapi tak pandai jaga badan sendiri."tambah kawannya.

"So disgusting"

Aku hanya memekakkan telinga seperti biasa. Niat untuk mengelak daripada lalu dihadapan meja gadis-gadis itu terbatas kerana  jalan menuju meja 14 hanya satu membuatku menghela nafas pasrah.

Seperti mendapat peluang,salah seorang gadis itu menyekat laluan aku dengan kakinya dan.......

BUKK!

Aku tumbang tepat dihadapan mereka.

"Arkhh!"

Kaki aku.......

Pelanggan-pelanggan cafe itu mula melihat kearahku. Gadis yang dipanggil kak Sya olehku beberapa minit yang lalu,dengan pantas berlari kearah aku setelah mendengar jeritanku. Perasaan malu dan sakit bercampur.

"Aisyah okay ke?"soalnya.

Kak Sya panik melihat aku memegang pergelangan kaki.

"Aisyah okay."

"Cik,tolong mintak maaf dengan dia. Cik tak sepatutnya letak kaki dekat laluan orang lalu lalang ni."ucap kak Sya lembut.

"Dia yang tak hati-hati. Asal aku pulak yang kena minta maaf. Dia yang patut minta maaf dekat aku. Ini kaki aku,suka hati aku lah nak letak mana."

"Kau-"

"Kak,dah la. Aisyah okay."

Aku menghela nafas dan perlahan-lahan bangun dengan bantuan kak Sya.

"Saya minta maaf."ucap ku dengan sedikit membongkok badan dengan sopan.

"Kenapa pulak Aisyah yang kena mintak maaf dengan dia ni? Dia yang patut buat semua tu."

"Apa pulak salah aku? Dia yang jalan tak tengok bawah. So betulla salah dia."

"Minta maaf. Memang salah cik,kan. Kami sendiri nampak cik sekat kaki dia. Betul tak?"ucap Emir.

Adam bersama-sama pelanggan lain menganggukkan kepala mereka.

"Kau! Berani kau buat adik aku macam ni!! Minta maaf sekarang! Kalau tak,aku akan pastikan kau guna sebelah kaki je esok!"ugut kak Sya.

Dia memang pantang orang berani ganggu adik kesayangan dia ni. Mereka semua bukan tahu apa yang gadis malang ni kena hadap selama ni. Yang mereka tahu nak menggosip je lepastu mula la sebar berita berita hoax.

Pekerja di kafe itu mula menahan boss mereka daripada mengamuk.

"Kak dah la. Ramai orang tengok la. Aisyah okay."

Aku memegang tangan gadis itu supaya bertenang.

"Harini kau bernasib baik. If you do it again,i will make sure you regret it. Kau ingat tu."

Dia berjalan pergi sambil memapahku bersama kak Lily.

💮💮💮

"Kesian dia,kan?"soal Emir tiba-tiba.

"Aku tak tau gosip tu betul atau tak. Aku pun tak boleh nak judge dia. Tapi aku rasa semua gosip tu tak betul la. Kau rasa?"

"Betul tu. Aku pun rasa macam tu"

Ketika mereka berdua sibuk bercakap,ada seorang lelaki hanya mendengar tanpa membalas. Difikirannya hanya memikirkan gadis yang menarik perhatiannya buat pertama kali. Hatinya semakin ingin mengetahui tentang gadis itu.

💮💮💮

"Aisyah betul-betul okay ke ni? Nak akak call Alanda?"

Alisya Kayla,gadis yang dipanggil kak Sya olehku itu merupakan sepupu kepada Safi dan Alanda. Alisya tinggal bersama keluarga Safi dan Alanda sejak kecil kerana ibubapanya meninggal semasa dia umur 13 tahun. Kini Alisya merupakan pemilik Kay's cafe. Kay's cafe merupakan cafe yang popular di seluruh negara dan terdapat cawangan di pelbagai negara.

"Akak ni. Aisyah okay la. Sikit je ni. Nanti sembuh la."

"Macam mana nak sembuh kalau Aisyah asyik kena kerja setiap hari. Malam pulak asyik kena lari dari lelaki-lelaki pervert tu. Akak dah kata tinggalkan je Pak su Aisyah yang tak guna tu. Tinggal dengan kitorang."

"Aisyah dah biasa kak. Akak pun tahu yang Aisyah tak boleh keluar dari rumah tu. Hak jagaan Aisyah milik Paksu. Umi dengan abah boleh dapat masalah besar kalau Paksu report."

"Tahu. Akak cuma geram. Aisyah setiap hari  sakit sebab terus hidup dengan dia. Macam mana akak boleh tengok je Aisyah asyik lebam-lebam je setiap hari."

Aku tersenyum melihat kak Sya yang begitu risau dengan keadaan aku.

"Aisyah balik rumah kita pastu rest. Jangan balik rumah si Karim tu."arah Alisya.

"Balik? Aisyah tak nak balik. Shift Aisyah pun tak habis lagi la."

"Aisyah kan sakit. Aisyah balik je lepastu rehat. Esok Aisyah ada kelas kan."

"Aisyah tetap tak nak balik. Nanti akak potong gaji Aisyah."

"Betul jugak."

Kami ketawa dengan ucapan kami sendiri.

"Dah. Tak payah nak beralih topik. Pergi balik. Balik main dengan Safi."

"Tak nak la kak. Aisyah tak nak ganggu Safi. Aisyah tetap nak kerja. Pleaseeee."

"Haihhh yelah yelah. Akak bagi Aisyah kerja tapi stay dekat counter je."

"Baik boss."




Tbc

KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANGWhere stories live. Discover now