Salim tersenyum lalu berjalan mendekati aku dan tangannya memegang bahuku. Dia telah lama menahan diri untuk tidak menyentuh gadis dihadapannya itu. Dan sekarang peluangnya tiba.Dengan laju aku bangun dan menjauhkan diri daripada lelaki itu.
"A..apa prof buat ni?"
"Layan saya malam ni dan biasiswa awak akan selamat."
"A..apa maksud prof?"
"Tak payah buat tak faham la. Ouhh. I know you do it for money, right? How much? I will pay for it."
"S..s..saya keluar dulu."
Aku ingin cepat-cepat keluar dari situ tapi tangannya yang memegangku menghalang aku untuk lari.
"Kau tak boleh balik. Ini satu-satunya pilihan yang kau ada. Aku tahu kau takde duit untuk bayar yuran,kan?"
Salim mendekatkan badannya badan aku dan itu membuat aku sangat ketakutan. Tak kira betapa kuatnya aku cuba untuk lepas darinya tapi apakan daya aku yang kecil ingin melawan dia yang lebih besar dariku. Cairan jernih yang ditahan akhirnya lolos dengan laju.
"Nampaknya kau tak suka pilihan yang aku bagi. Kalau macam ni terpaksalah aku paksa kau."
Dia mula menolak aku ke dinding dan semakin merapatkan dirinya denganku.
"I've been waiting this for a long time. Just enjoy it."
"T..t..tolong l..lepaskan s..saya."
Alu meronta sekuat tenaga namun cengkaman Salim semakin kuat.
"Tolong!! Tolong!!"jeritku.
Salim tersenyum sinis kearah aku.
"Takda guna kau jerit,bilik ni kalis bunyi. Kau fikir kenapa aku berani buat semua ni kalau bilik ni boleh dengar dari luar?"ucap Salim sambil ketawa.
Air mata semakin laju mengalir. Saat itu aku hanya boleh berharap seseorang akan datang dan selamatkannya.
"Aisyah?"
Mata aku terbuka luas apabila mendengar seseorang memanggil namaku.
"Fi? Fi,t..to...tolong aku."pintaku lemah dengan air mata yang masih setia dipipi.
"Apa prof buat ni?! Lepaskan Aisyah!"jerit Safi.
Dia menolak prof Salim dan menarik tangan aku dan membawa aku ke belakangnya agar aku jauh dari lelaki yang cuba memperkosaku.
"Kau ni kacaulah. Aku baru nak have fun dengan dia."
"What?"
"Aku cakap aku baru nak h.a.v.e. f.u.n."katanya sekali lagi dengan menekankan ayat 'have fun'.
*Plak
Tanpa aku sadar,tangan aku telah mendarat dipipi Salim. Lelaki itu mula memandangku dengan kemarahan yang membuak.
"Kau!"
*Plak
"Saya adalah pensyarah awak. Awak patut hormat saya bukannya cuba goda saya."
Kami berdua melihat pelik kearah Salim yang berbicara seperti dia yang menjadi mangsa. Dan tepat sangkaan kami,ternyata terdapat pensyarah-pensyarah yang baru tiba mungkin setelah para student melaporkan keributan kedengaran dari dalam bilik Salim.
"Aisyah Humairah! Apa awak buat ni?!"
"Madam. Prof Salim yang cuba goda Aisyah bukan-"
Ucapan Safi dipotong oleh madam Rina,salah seorang pensyarah berpangkat tinggi.
"Awak diam. Saya tak bercakap dengan awak."
Madam Rina memandang aku dengan pandangan marah dan jijik.
"Aisyah Humairah. Saya ingat cerita tentang awak cuma rekaan. Saya tak sangka yang semua tu betul."
Aku hanya menunduk memandang lantai sedangkan Safi cuba menerangkan hal sebenar.
"Madam-"
"Mulai hari ini biasiswa Aisyah Humairah akan ditarik balik. Sekarang awak berdua keluar."
"Mad-"
"Saya cakap keluar!!"
Aku masih tidak berganjak. Lebih tepatnya aku tidak dapat berganjak dari situ kerana kalau aku terasa ngilu. Tiada percakapan atau pergerakan. Tangan aku mula memegang dadanya yang terasa sesak.
Safi perlahan-lahan mendekati aku dan memegang erat tanganku. Dia memahami bahawa gadis dihadapannya sekarang sangat shock dengan semua yang baru sahaja terjadi.
"Aisyah jom."kata Safi pelan.
END FLASHBACK
"Aisyah."
"Aisyah?"
"Wei."
"Aisyah!"panggil Safi."Hah? Apa?"
"Kau melamun lagi."
"Hah? Kelas dah habis ke?"soalku kerana melihat semua orang mula beransur keluar.
"Dah habis 5 minit yang lalu. Tu la kau melamun lagi. Kau fikir apa?"
"Mana ada fikir apa-apa."
"Kau okay tak ni?"
"Aku okay."
"Okay apa macam ni? Kau pucat sangat ni. Aku bawa kau jumpa doktor sekarang juga."
"Aku-"
"Haah la Aisyah. You should go to doctor. You look really sick. Mana tahu perut kau dah berisi."ejek Lia diikuti tawa beberapa orang pelajar.
Safi ingin melawan namun ditahan olehku untuk mengelak pergaduhan berlaku. Aku sudah terbiasa dengan sindiran-sindiran mereka dan pelajar lain terhadap diriku.
"Tell me who the father of your child later,okay?"tambah Sherry.
"If you know who he is."tambah Anna pula menyebabkan satu kelas mentertawakannya.
•
•
•
•
•Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Espiritual"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...