𝐁𝐀𝐁 18

38.7K 1.9K 251
                                    

           NEK Kalsum mengambil tempat di sebelah Adara yang sedang sibuk memotong bawang. Sisi wajah cucunya dipandang sebelum dia turut membantu memotong barang kering yang lain untuk dijadikan juadah mereka pada hari itu.

"Ara." Panggil Nek Kalsum cuba menarik perhatian cucunya yang asyik memotong bawang sejak dari tadi. Adara menolehkan kepalanya sekilas apabila tersedar dirinya dipanggil.

"Ya nek. Kenapa? Nak Ara potongkan apa-apa lagi ke? Nek duduklah rehat dekat depan. Biar Ara yang masak."

Kata Adara sambil tangannya masih tangkas mengupas kulit bawang yang lain pula. Halia dan lengkuas yang berada pada tangan Nek Kalsum diambil oleh Adara. Tak membenarkan neneknya itu melakukan apa-apa kerja rumah.

"Office baru kamu tu elok ke?" Tanya Nek Kalsum ingin tahu. Adara mempamerkan riak muka sedang berfikir sejenak. Lalu, bahunya diangkat.

"Okay je Nek. Tak ada apa pun yang menarik. Sama macam office lama. Cuma tulah bos dia je yang lain. Kenapa?"

Giliran Adara pula yang bertanya. Seraya itu, dia meletakkan semua bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk untuk ditumis nanti. Tangannya dibasuh di singki.

"Tak ada apalah. Kamu tak ada sesiapa ke?"

Laju saja soalan cepumas itu dilontarkan oleh Nek Kalsum membuatkan Adara menolehkan badannya dengan pantas. Dia segera mengambil tempat di hadapan neneknya semula.

"Kenapa nenek tanya macam tu?"

Balas Adara mengeleng kepala. Nampak macam dia dah ada sesiapa ke sekarang? Inilah yang ditakutkan Adara. Apabila nenek dia mula bertanya itu ini. Penat dia nak menjawab semuanya.

Mengalahkan Adila si makcik bawang tu. Elok sangatlah kalau Nek Kalsum dengan Adila bergabung. Boleh jadi persatuan makcik-makcik bawang bersatu. Yang tak adanya bawang yang dah dipotong oleh Adara tadi untuk dimasak.

"Lah nenek tanya je. Mana tahu kalau ada."

Kata Nek Kalsum bersahaja. Adara hanya tayang riak muka selamba. Tahu yang sebenarnya ada sesuatu yang neneknya itu mahukan daripada dia. Cuma dia sengaja tak mahu bertanya. Adara menuangkan segelas air untuk dirinya mahu minum.

"Ara, memang tak ada sesiapa."

"Kalau tak ada, nenek ada calon."

Uhuk.

Tersedak Adara mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut neneknya itu. Kan dah kata, mesti ada sesuatu yang nenek dia rancang. Cuma dia saja yang tak tahu.

"Janganlah nek. Ara tak nak."

Bantah Adara cuba mengubah fikiran Nek Kalsum. Kepalanya digelengkan beberapa kali tanda tak mahu. Dia tak nak kahwin paksa. Lagi satu, perjanjian dia dengan Aiden macam mana?

"Oh jadi betullah kamu dah ada orang ni?"

Tebak Nek Kalsum apabila melihat cucunya terdesak sangat tak mahu berkahwin dengan pilihannya. Adara masih mengeleng menafikan.

Dia ada siapa? Aiden.

"Ish nenek ni. Mana ada."

Adara masih menolak sekeras-kerasnya tuduhan Nek Kalsum pada dirinya. Tak mahu membincangkan hal ini lagi. Walaupun pada akhirnya dia tetap perlu membincangkan perkara ini dengan Nek Kalsum tentang Aiden pula. Haih.

"Iqbal, apa khabar?"

Tanya Nek Kalsum tiba-tiba. Tenang sahaja nada yang digunakan oleh dia walaupun setelah apa yang dilakukan oleh Iqbal terhadap Adara melukakan hati dia. Hati siapa saja yang tak sakit melihat anak yang dibesarkan dari kecil di kecewakan sebegitu sekali?

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now