𝐁𝐀𝐁 16

36.9K 1.9K 142
                                    

       "HAVE a seat, Cik Adara." Pelawa Dayyan mesra. Dia menutup pintu biliknya sementara Adara mengambil tempat pada kerusi yang disediakan di dalam bilik kerja milik Dayyan.

Seraya itu, Dayyan mengambil tempat bertentangan dengan Adara. Keadaan mereka berhadapan antara satu sama lain. Adara meliarkan pandangan ke sekeliling. Terasa kekok berdua dengan lelaki asing itu walaupun hanya untuk siasatan.

Adila pula sudah pulang setelah mendapat panggilan daripada Nek Kalsum. Disuruh beli barang dapur katanya. Tinggallah Adara sendirian.

"So, about your report. Saya dapat tahu yang hilang adalah kawan awak. Betul ke?"

Tanya Dayyan, meneruskan siasatan tanpa berlengah lagi. Di tangannya terdapat sebuah fail khas yang tertulis nama Arrez Hyden di atasnya. Adara mengangguk kecil. Cuba menyelesakan diri.

"Jangan risau, Cik. Saya tak makan orang. Saya makan nasi. Saya cuma akan tanya beberapa soalan je. Boleh saya teruskan?"

Dayyan cuba menenangkan Adara. Rasa kesian apabila melihat Adara yang jelas ketakutan. Muka dia ada macam nak makan orang ke hari ni?

"Eh tak apa teruskan je. Jangan risau pasal saya. Saya betul-betul okay."

Nafi Adara sekeras-kerasnya. Malu sebenarnya bila Dayyan menyedari dirinya yang kekok berada di situ. Dia mengukir senyuman seikhlas yang boleh. Cuba menyakinkan Dayyan.

"Kalau Cik Adara yang cakap macam tu, boleh bagitahu saya kenapa Cik rasa Encik Aiden terlibat dalam kehilangan Encik Arrez?"

Terdiam Adara dibuatnya apabila mendengar soalan cepumas itu daripada Dayyan. Dia mengawal riak muka sebaik mungkin. Disangka sudah tamat pertanyaan daripada Dayyan tetapi dia salah sama sekali.

"Motif Encik Aiden untuk culik Encik Arrez? Cik Adara ada bukti?"

Tanya Dayyan bertubi-tubi. Langsung tak memberikan Adara masa untuk menjawab. Otak Adara ligat mencari jawapan untuk soalan-soalan itu tadi.

"Saya sendiri yang nampak Encik Aiden letak Encik Arrez dalam bonet kereta dia. Dia bagi Arrez dadah sampai tak sedarkan diri."

Jelas Adara cuba memberitahu Dayyan perkara yang sebenar. Dayyan nampak seperti mempercayai kata-kata Adara.

"Ada saksi untuk sahkan kata-kata Cik Adara tadi?"

Tanya Dayyan lagi. Adara cuba mengingat semula. Malangnya tiada siapa yang dapat mengesahkan kata-kata dia apabila menyedari hanya ada dia, Arrez dan Aiden sahaja yang berada di tempat kejadian.

"Erm, tak ada."

Jelas kedengaran nada kecewa Adara pada kata-katanya. Dayyan menutup kembali fail tadi.

"Maafkan saya Cik Adara. Tapi susah kami nak buat siasatan tanpa bukti yang kukuh. Saya terpaksa call Encik Aiden untuk datang ke sini untuk disoal siasat sekali. Cik Adara faham kan?"

Terang Dayyan menjelaskan keadaan. Adara memberikan senyuman kecil. Tahu tiada apa yang dia boleh buat lagi apabila Aiden dipanggil.

Dia pasrah.

"Saya faham."

-

-

-

.

      ADARA tak senang duduk apabila dirinya asyik diperhatikan oleh Aiden sejak dari tadi. Pandangan lelaki itu langsung tak lepas memandang ke arah Adara. Marah mungkin?

Aiden datang bersendirian kali ini. Adara tidak nampak pula Ersyad yang selalu berada dimana sahaja Aiden berada. Aiden yang menyedari pandangan daripada Adara mengukir senyuman senget.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now