𝐁𝐀𝐁 25

48.7K 2.1K 317
                                    

          HELAIAN rambut hitam milik Adara dipintalkan tanpa sedar oleh Aiden. Wajah polos Adara yang sedang tidur di atas dadanya direnung penuh perhatian. Pinggangnya pula dipeluk erat oleh Adara seperti bantal peluk.

Sebelah tangan Aiden mengusap belakang badan isterinya dengan penuh lemah lembut. Tak mahu lena Adara terganggu. Kakinya dan Adara bertindih antara satu sama lain. Menyukarkan Aiden untuk bergerak.

Perlahan-lahan, Aiden mengalihkan kaki kanan Adara yang memaut pahanya. Tindakan itu membuatkan Adara semakin menguatkan pelukan pada pinggang Aiden. Malah kakinya turut makin kuat memaut paha Aiden. Aiden diam tak berkutik. Tidak bergerak-gerak seperti tadi.

"This woman..." Bicara Aiden sambil menggelengkan kepala. Pandangannya dihalakan pada wajah Adara yang langsung tak menyedari apa yang dilakukan kepada suaminya pada ketika itu. Wajah tak bersalah Adara dipandang Aiden.

"Adara..." Panggil Aiden perlahan dengan suara serak basah pada waktu pagi itu. Tangan Aiden yang berada pada belakang badan Adara tadi turun pada pinggang ramping milik isterinya.

Adara mula bergerak-gerak apabila lenanya diganggu. Kelopak matanya yang terasa berat cuba dibuka. Wangian badan Aiden menusuk masuk rongga hidungnya. Membuatkan Adara menggeselkan wajahnya tanpa sengaja pada dada bidang Aiden cuba menghidu bau itu lagi.

"What are you doing, hun?" Tegur Aiden pelik. Tangannya memegang sisi wajah Adara menghentikan perbuatan isterinya serta-merta. Adara yang baru tersedar dengan perbuatannya memandang wajah Aiden yang tak jauh dari wajahnya.

Pandangannya jatuh pula pada tangannya yang memeluk pinggang Aiden. Lalu, pada kakinya yang memaut paha suaminya merapat pada tubuhnya. Adara membulatkan mata apabila menyedari keadaan mereka.

Tak semena-mena, tubuh tegap Aiden ditolak kuat oleh Adara hingga terjatuh daripada katil. Aiden meringis kesakitan apabila diserang
sebegitu sekali. Sepasang matanya menjeling ke arah Adara yang masih berada diatas katil mereka berdua.

"Woman..." Panggil Aiden dengan wajah tak puas hati terpamer pada wajahnya. Mahukan penjelasan atau alasan daripada isterinya tentang tindakan tadi.

"Mana baju kau? Kenapa aku pakai baju kau? Seluar aku mana? Aiden Zharif, apa kau buat dekat aku semalam hah?" Bertalu-talu soalan ditanya Adara pada masa yang sama. Tangannya memegang bantal sebagai senjata. Aiden mengerutkan dahi.

Tak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman nakal. Adara sudah telan air liur melihat senyuman itu. Dia menggenggam kuat
sarung bantal di dalam pegangan.

"You don't remember anything? " Adara mengeleng kepala perlahan. Apa yang berlaku semalam samar-samar. Yang dia ingat Aiden urut dia, kemudian gelap. Dia tertidur.

"Come closer, sweetie. Let me tell you. " Aiden melabuhkan tempat di birai katil. Senyuman nakal masih menghiasi wajah tampannya. Nadanya cukup mengusik hati Adara yang lemah.

"Tak nak tahulah. " Adara mengambil langkah selamat. Aiden berdecit perlahan. Kepalanya digelengkan tidak menerima alasan Adara. Tanpa amaran, pergelangan kaki Adara ditarik ke arah Aiden berada. Mendekatkan jarak mereka. Adara menarik nafas panjang.

Sabarlah wahai hati.

"Nampak ni?" Aiden menunjukkan bekas gigitan seseorang pada bahunya. Adara membutangkan mata melihat kesan gigitan tersebut. Kelihatan kulit Aiden memerah di sekeliling bekas gigitan itu. Adara menutup mulut tanda tak percaya.

Itu bukan kerja dia kan? Kan? KAN?

"It's you did this to me." Aiden meregangkan tubuhnya. Otot lehernya yang terasa kejang terasa lega. Dia mengigit bibir bawahnya melihat wajah pucat Adara yang seperti nampak hantu.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now