Sebulan kemudian...
"ABANG..." Aiden bergumam perlahan menjawab panggilan Adara. Tubuh Adara masih erat di dalam pelukannya. Adara sedaya upaya cuba melepaskan diri daripada pegangan suaminya.
"Abang, lepaslah. Nak pergi tandas." Adara mencucuk tangan Aiden pada pinggangnya. Aiden makin mengetatkan pelukan. Kepalanya disorokkan pada ceruk leher Adara. Tak mengendahkan kata-kata Adara.
"Aiden Zharif, bangun. Nak pergi tandas!" Adara mencubit lengan sasa milik suaminya yang melingkar pada pinggangnya. Kedengaran Aiden mendengus kecil apabila lenanya diganggu.
"Fine, Abang temankan. No excuse." Aiden mencium pipi Adara sebelum bingkas bangun. Tangan dihulurkan kepada Adara. Rambut hitam perangnya diraup ke belakang. Adara menyambut huluran Aiden.
"Duduk luar, jangan mengada nak masuk." Pesan Adara kepada Aiden. Aiden mengangkat bahu. Dia bersandar pada pintu bilik air menunggu Adara.
"Lama lagi ke?" Aiden mengetuk pintu bilik air. Adara yang sedang membasuh tangan selepas menyelesaikan hajatnya menoleh ke arah pintu bilik air. Entah kenapa selalu sangat kebelakangan ini dia rasa nak membuang air kecil.
"Ya, dah. Dah." Sahut Adara dari dalam. Dia berlalu keluar dari bilik air. Tak semena-mena, dia ditarik ke dalam pelukan Aiden. Lehernya dicium Aiden berkali-kali.
"Abang, enough. Geli!" Adara melepaskan tawa kecil. Aiden menyembunyikan senyuman. Dia menarik Adara duduk di atas ribanya di atas katil mereka. Tangan Adara yang bersarungkan cincin perkahwinan mereka berdua dicium Aiden penuh kasih.
Sudah sebulan kejadian itu berlalu. Masing-masing sudah melupakan perkara yang lepas. Memori hitam itu masih tersemat di dalam minda. Lebih-lebih lagi Aiden.
Keadaan Adara yang lemah terlantar di katil hospital masih menghantui Aiden. Hampir hilang nyawanya melihat keadaan wanita kesayangannya sebegitu. Membuatkan dia semakin mahukan Adara sentiasa bersama di sisinya.
"Abang, fikir apa?" Tanya Adara pelik apabila melihat Aiden tiba-tiba termenung jauh memikirkan sesuatu. Dia mengelus rambut Aiden yang terasa lembut pada tangannya. Rahang Aiden dicium Adara sekilas.
Aiden pantas memandang Adara lama. Dia menggeleng tanda tiada apa-apa. Tubuh Adara dipeluk.
"Nothing, love. Just thinking about you. I'm glad you're still here with me."
Adara membalas pelukan Aiden. Tahu apa yang berada dalam fikiran suaminya. Mereka berpelukan lama. Tangan mereka disatukan bersama.
"I'm here. Always here. For you." Adara mengukir senyuman pada Aiden. Dia melentokkan kepala pada dada Aiden. Aiden tersenyum lega. Dia menyelak rambut Adara ke belakang telinga.
“I know, love. I know. I'm proud having you as my wife. As long as I got you, I will be perfectly fine. You're not just my happiness, precious. You're my happy ending.”
Aiden mencium tangan Adara. Adara melakar senyuman bahagia. Dia memaut leher Aiden dengan erat. Wajahnya disembamkan di situ. Menghidu bau haruman Aiden yang membuatkan dia terbuai.
“Abang, lapar.” Adara memalingkan wajah menghadap Aiden. Tangan sudah memegang perut sendiri yang terasa lapar secara tiba-tiba.
Wajah sudah mencebik ke arah Aiden.“Tapi tak nak makan. Nanti gemuk.” Adara menyorokkan wajah. Hujung baju Aiden dipintalkan. Pipi gebunya kini kelihatan lebih tembam. Lain sangat dengan Aiden yang makin hari makin segak.
“Siapa cakap, hmm?” Pujuk Aiden. Tangan kekarnya memegang seraut wajah Adara dengan penuh lemah lembut. Seolah Adara akan cedera kalau dia menggunakan seluruh tenaganya.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...