SEPASANG kaca mata hitam ditanggalkan daripada wajah lalu diselit pada poket bajunya. Bibir naik mengukir senyuman sinis. Pandangan dihalakan pada letupan yang berlaku di hadapannya sekarang. Tangan yang diseluk ke dalam poket dikeluarkan.
Iqbal melepaskan tawa kecil melihat api yang semakin marak. Terasa puas hatinya melihat semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Tak sia-sia dia terbang ke Itali semata-mata untuk melihat Aiden mati di hadapannya sekarang.
Tetapi figura Adara yang sedang menangis membuatkan dia mula menyesal apa yang telah dilakukan oleh dia. Iqbal mengepal penumbuk. Matanya dipejam cuba memberitahu dirinya sendiri apa yang dilakukan oleh dia adalah perkara yang betul.
Bahawa dia perlu singkirkan Aiden untuk dapatkan Adara semula.
Iphone miliknya mula berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Jari meleret skrin telefon mengangkat panggilan tersebut.
“Is he gone?” Soal King daripada hujung talian. Iqbal melirik pada bangkai kereta mewah Aiden yang hampir terbakar sepenuhnya. Dia berjalan pergi dari situ apabila pihak polis mula mengerumuni tempat kejadian.
“Completely gone for good.” Iqbal berjalan melepasi beberapa orang yang berada di situ. Wajahnya ditundukkan. Kepalanya menoleh kembali pada tempat kejadian. Terfikirkan sesuatu.
“One more thing, why you have to kill him in front of Adara?” Soal Iqbal cuba memahami motif lelaki bertopeng itu. Wajah Adara yang menangisi pemergian Aiden seperti menghantui dirinya sekarang.
“Relax, I use the same way to kill someone before just like that. Kau tak rasa puas bila tengok Aiden mati? Bukan itu yang kau nak?” Soal King dengan nada yang tenang. Tangannya memegang sekeping gambar keluarga lengkap Adara sewaktu gadis itu masih kecil.
Gambar wajah bapa Adara, Tuan Zarul sudah dipangkah. Meninggalkan wajah Adara dan Puan Alyssa sahaja yang berada di situ. King meronyokkan gambar itu tanpa ragu-ragu lalu dicampakkan ke dalam tong sampah.
“Apa maksud kau, kau bunuh orang lain sama macam kau bunuh Aiden?” Iqbal menghentikan langkah. King tersenyum penuh makna walaupun tak dapat dilihat oleh Iqbal pada ketika itu.
“Kau akan tahu jugak satu hari nanti. Sama macam kau tahu identiti aku.”
Sebaik kata-kata itu dilontarkan oleh King, panggilan serta-merta ditamatkan. Iqbal berdecit tak puas hati dengan jawapan tersebut.
“Kejam.” Gumam Iqbal sendirian yang ditujukan kepada King. Sedangkan dia langsung tak tahu bahawa selama ini dia bekerja untuk pembunuh ayah Adara. Yang kini turut menjadi pembunuh Aiden dalam masa yang sama.
Telefonnya yang kembali berbunyi diangkat tanpa melihat pemanggilnya yang terlebih dahulu. Kedengaran seperti suara tidak cukup nafas daripada hujung talian membuatkan Iqbal mengerutkan wajah. Mata dikerling melihat nama pemanggilnya, Ray.
“Dani, Arrez terlepas!”
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
Sejam sebelum letupan,
DAYYAN memapah Arrez ke dalam keretanya. Dia langsung tak membuang masa sebaik mendapat panggilan daripada Ersyad bahawa Arrez di belasah semasa menjalankan misi yang diberikan Aiden.
“Kau okay tak?” Soal Dayyan melihat wajah Arrez yang penuh lebam.
“Never been better, call Aiden. ” Arah Arrez menyandarkan badan pada seat kereta milik Dayyan. Rahangnya yang bergerak semasa bercakap membuatkan dia menahan sakit.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...