𝐁𝐀𝐁 1

64K 2.7K 110
                                    

"AYAH!"

Kedengaran suara cilik milik Adara memanggil bapanya dengan penuh teruja. Kegembiraan jelas terpamer di wajah comel milik gadis kecil itu. Kakinya pantas berlari meluru ke arah si bapa.

"Ara, jangan lari sayang nanti jatuh."

Lembut sahaja suara Puan Alyssa menegur anak perempuannya yang baru mencecah usia lima tahun pada hari ini. Dia mengekori langkah Adara dari belakang bersama senyuman yang terukir di bibir

"Ayah! Ara rindu ayah." Terukir segaris senyuman lebar di wajah lelaki itu yang dikenali sebagai Tuan Zarul, merangkap bapa kandung kepada Adara. Dengan mudah, dia mendukung tubuh kecil Adara ke dalam dakapan.

"Ayah pun rindu Ara. Happy birthday, princess." Lantas, pipi gebu Ara digomol lembut membuatkan anak kecil itu galak ketawa keriangan. Telatah dua beranak itu disertai dengan kehadiran Puan Alyssa.

"Mama!" Tegur Adara dengan ceria. Dia menepuk tangan tanda gembira. Tuan Zarul menjatuhkan pandangan ke arah isterinya serta-merta.

Bibirnya mengoyak senyuman tatkala wanita yang dicintainya sepenuh hati berada di depan mata. Tangannya menarik pinggang isterinya ke dalam dakapan. Melepaskan kerinduan yang bersarang di ruangan hatinya.

"Hey, love," bisik Tuan Zarul kepada isterinya. Pipi isterinya diusap lembut. Puan Alyssa tidak menahan diri daripada mengukir senyuman.

Sikap suaminya yang penyayang dari dulu sehingga kini membuatkan dia cair. Cinta mereka semakin mekar hari demi hari. Tetap utuh lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka, Adara Qalyssa.

"Mama, ayah, Ara nak makan kek!"

Jeritan milik Adara menyedarkan pasangan suami isteri itu yang lagaknya seperti pasangan yang baru dilamun cinta. Serta-merta, Tuan Zarul dan Puan Alyssa bertukar pandangan sebelum melemparkan segaris senyuman.

"Ara nak apa sayang? Cakap apa dulu, hmmm, princess?" Tanya Tuan Zarul lembut. Kepala Adara diusap penuh kasih sebelum pipi tembam anak gadisnya itu dicuit. Comel!

"Please?" Petah sahaja mulut kecil itu berbicara. Anak matanya sempat dikedip-kedipkan beberapa kali sambil mulutnya dimuncungkan. Puan Alyssa tersenyum halus melihat telatah anak tunggalnya itu.

"Macam tulah anak ayah. Jom. Kita makan kek. Anything for my princess." Tuan Zarul tersenyum bangga. Tubuh kecil Adara didukung sambil anak gadisnya itu tersengih lebar mendengar pujian daripada bapanya.

"Jom!"

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

ADARA tersenyum lebar sebelum meniup lembut lilin yang masih menyala di atas kek hari jadinya. Serentak, kedua-dua belah pipinya dicium oleh Tuan Zarul dan Puan Alyssa membuatkan dia menghamburkan tawa.

Matanya bergerak ke arah satu sudut, dia menyedari salah seorang sahabat baiknya sedang memerhatikan dia dari jauh. Seraya itu, dia melemparkan senyuman.

"Ayah, mama, Ara nak main dengan kawan Ara boleh? Please?" Tanya Adara sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya bersama. Matanya dikenyit sebelah mata risau sekiranya ibu bapanya tidak membenarkan.

Puan Alyssa mengangguk lembut tanda membenarkan. Tuan Zarul memberikan pandangan penuh makna kepada isterinya sebelum menurunkan Ara.

"Princess, careful okay? Kalau jadi apa-apa Ara tahukan nak buat apa? Ingatkan apa ayah ajar." Pesan Tuan Zarul kepada anaknya. Puan Alyssa mengelengkan kepala. Sudah sedia maklum dengan perangai suaminya yang satu tu.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now