𝐁𝐀𝐁 12

37.6K 1.8K 135
                                    

               “MASUK,” arah Aiden menyuruh Adara masuk ke dalam rumahnya apabila menyedari gadis itu berdiri di luar pintu rumahnya dari tadi. Adara mengeleng tanda tak mahu.

“Tak nak. Kita cakap dekat luar je tak boleh ke?”

Adara memberi alasan. Tak nak dia jejakkan kaki dalam rumah Aiden. Buatnya kena kurung macam mana? Tak pun lagi teruk kena tangkap basah macam dalam drama tu. Tak nak!

Aiden berdecit. Bebola matanya bergerak ke arah Ersyad. Menyuruh lelaki itu masuk terlebih dahulu. Ersyad segera masuk tanpa banyak tanya.

Pandangan Aiden kini pada Adara. Adara buat muka tak bersalah. Sedangkan dirinya sendiri yang cari masalah dahulu dengan menceroboh rumah Aiden pada mulanya.

Get in or you never get out from my place, Adara. You're trespassing my property first remember?Ugut Aiden dengan nada serius.

Adara menjeling geram. Main ugut pulak.

“Fine, aku masuk. Puas hati?Adara terus melangkah laju ke dalam rumah tanpa menunggu balasan Aiden. Meninggalkan lelaki itu yang masih berada di luar.

Nak sangat dia masuk kan?

Adara meliarkan pandangan ke seluruh pelusuk rumah agam mewah itu. Mulutnya terlopong melihat sebuah chandelier yang sangat cantik tergantung di siling rumah tersebut.

Belum cukup dengan itu, hiasan dalaman rumah itu yang moden menggabungkan warna putih dan emas menampakkan ruangan tersebut seperti dalam istana. Adara mula leka dalam dunianya sendiri.

Mana taknya, selalu nampak dalam tv benda ni semua. Jadi bila dah nampak depan mata memang jakunlah jawabnya. Aiden hanya memerhatikan Adara dalam diam.

Tak lama kemudian, datang salah seorang pekerja lelaki Aiden menghidangkan minuman kepada mereka berdua. Kelihatan lelaki itu sedikit terkejut apabila melihat Adara yang menjadi tetamu Aiden.

Kerana Aiden tak pernah bawa mana-mana perempuan pulang ke rumah sebelum ini.

“Eh susah je buatkan air.” Tegur Adara kepada pekerja tersebut dengan ramah. Cawan yang dipegang oleh lelaki itu hampir terlepas apabila mendengar kata-kata Adara.

Dia tak berani menjawab. Apatah lagi apabila pandangan tajam seperti helang daripada Aiden tertancap ke arahnya sekarang. Wajahnya sudah pucat lesi.

“Eh okay tak ni?” Tanya Adara risau apabila melihat wajah lelaki itu yang pucat seperti baru nampak hantu. Dia tanya je kot. Muka dia nampak macam hantu ke?

“Leave.” Aiden mula bersuara. Sepantas kilat, lelaki itu pergi dari situ meninggalkan Adara dan Aiden bersendirian dengan segera. Tak mahu nyawanya diancam Aiden hanya kerana dianggap menganggu Adara.

Adara menghantar pemergian lelaki itu tadi dengan pandangan simpati. Apalah yang ditakutkan sangat pun dia tak tahu. Adara menoleh ke arah Aiden semula.

“Duduklah. Kau nak berdiri sepanjang kita bercakap ke?” Tegur Aiden, dia sudah mengambil tempat duduk bertentangan dengan Adara.

“Kalau berdiri pun apa salahnya?” Bidas Adara sengaja cari pasal. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung diatas kerusi tersebut. Sekali lagi wajah Aiden dipandang.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now