𝐀𝐈𝐃𝐀𝐑𝐀'𝐒 | 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶

39.1K 1.5K 109
                                    

         "MOMMY..." Suara si cilik Adren Zariel memanggil ibunya. Terkedek-kedek kaki comelnya melangkah ke arah Adara yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Tangan kecilnya memeluk kaki panjang si ibu. Kepala didongakkan memandang ke arah wajah Adara. Hujung baju Adara ditarik oleh Adren.

"Mommy..." Panggil Adren sekali lagi. Dia sudah mencebik mahu merajuk. Tetapi dibatalkan saja niat tersebut apabila didukung oleh ibunya. Kedua-dua belah pipi tembamnya dicium. Membuatkan Adren terkekek-kekek menahan geli. Adara tersenyum lebar.

"Anak Mommy nak apa ni hmm? Abang Arden dengan Daddy mana sayang?" Tanya Adara, tubuh kecil putera keduanya itu didukung. Mata meliar ke semua sudut ruang tamu mahu mencari kelibat suaminya dan anak lelaki sulungnya.

"Daddy dengan abang Arden tidur, mommy." Jawab Adren tersengih menampakkan beberapa batang gigi susunya yang baru tumbuh. Membulat mata Adara mendengar jawapan putera keduanya yang baru berusia dua tahun itu.

"Tidur? Nak kena Daddy ni." Ucap Adara sudah menggeleng kepala. Dia mengorak langkah menaiki anak tangga bersama Adren di dalam dukungan. Adren menepuk tangan penuh teruja apabila melihat Adara yang mahu mengamuk.

Mommy Adren garunk you.

Mana tak mengamuk? Pagi ni sepatutnya mereka sekeluarga perlu pulang ke kampung untuk beraya di sana bersama Puan Rossa dan Nek Kalsum. Tapi boleh pulak suami tersayang dia tidur?

Memang nak kena!

Pintu bilik tidur utama mereka dibuka oleh Adara. Menampakkan dua figura yang dikenalinya sedang lena diulit mimpi. Adren segera turun dari dukungan ibunya. Mahu menyertai abang kembarnya yang sedang tidur di tepi Aiden.

"Abang, bangun. Mommy mengamuk." Bisik Adren pada telinga Arden sambil tersengih suka. Arden segera terjaga kerana Adren. Matanya melirik ke arah ibunya.

"Mommy janganlah marah Daddy. Mommy tak sayang Daddy ke?" Tanya Arden, dia memeluk tubuh bapanya erat. Adren sudah tergelak terkekek-kekek. Entah apa yang lawak bagi dia pun tak tahulah. Adara bercekak pinggang.

"Arden Zafriel, tepi sayang. Mommy nak kejut daddy." Ucap Adara lembut. Dia mendukung Arden lalu menghadiahkan ciuman hangat pada kepala anak sulungnya itu. Adren yang melihat sudah mencebik. Cemburu.

"Mommy, nak kiss jugak!" Arden menjelir lidah kepada adik kembarnya.

"Arden Zafriel..." Tegur Adara kepada anak sulungnya. Lembut saja nada Adara tetapi tetap tegas. Tak mahu anak-anaknya terlalu dimanjakan sehingga tiada adab.

"Sorry, mommy. Arden tak buat lagi. Promise!" Ucap Arden tanpa ragu-ragu. Tak mahu membuatkan mommynya marah lagi. Walaupun daddy kata mommy marah comel tapi bagi Arden mommynya ketika marah menakutkan macam singa. Aum!

"Macam tulah, anak mommy." Puji Adara penuh bangga. Dia mencium dahi Arden sekilas membuatkan putera sulungnya tersenyum suka. Pipi Adren tidak dilupakan juga dihadiahkan ciuman hangat. Hilang terus rajuk putera keduanya itu.

Adara mengambil tempat di sebelah figura suaminya yang masih lena diulit mimpi. Rasa serba salah pula mahu mengejut Aiden yang keletihan selepas lelaki itu seharian berjaga menyiapkan beberapa projek syarikat yang perlu disiapkan sebelum mereka beraya.

Lagi-lagi pula apabila raya mengejut yang diumumkan semalam membuatkan mereka sekeluarga tak menang tangan menguruskan segala persiapan syawal mereka kali ini.

Kelam kabut Adara dibuatnya mahu mengemas beg pakaian Arden dan Adren. Mujurlah baju raya mereka sekeluarga sudah ditempah khas lebih awal pada tahun ini. Semua anak-anak buah Aiden juga dibenarkan pulang.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now