SUASANA yang sunyi sepi di sebuah laman rumah agam mewah itu ditemani dengan kehadiran seseorang. Langit sudah mula melabuhkan tirainya. Serakan cahaya matahari semakin lama semakin hilang dari pandangan.
Kelihatan sebuah figura sedang menikmati pemandangan di situ tanpa sebarang gangguan. Rambutnya yang berwarna hitam keperangan menutup dahinya yang putih bersih.
Iris hitamnya yang pekat seperti arang, tajam memerhatikan di satu sudut laman yang menghijau dihadapannya. Hanya jasadnya di situ. Mindanya sudah hanyut dalam lamunan.
Detik jam mula berlalu dengan pantas. Tepat 15 minit dia berada di situ menandakan sudah tiba masanya untuk dia berhenti. Tanpa membuang masa, dia bingkas berdiri.
Kedengaran keluhan kecil meniti di bibir merah milik jejaka itu. Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan untuk meregangkan urat yang terasa berselirat. Kelopak matanya dipejamkan menikmati rasa lega pada tubuh badannya apabila berbuat sedemikian.
Sepasang sut hitam yang dikenakan pada tubuhnya melekap dengan sempurna. Menunjukkan setiap inci tubuhnya yang terbentuk dengan elok. Kulitnya yang berwarna kuning langsat melengkapkan lagi rupa paras lelaki itu yang tampan. Tetapi hanya riak muka yang dingin sahaja menghiasi wajah itu sepanjang masa.
"Tuan," tegur satu garau daripada belakang jejaka bersut hitam itu. Dia menoleh sedikit apabila menyedari suara itu adalah daripada pengawal peribadinya.
"Any news from Dani?" Tanya jejaka bersut hitam itu tanpa memandang ke arah bodyguard peribadinya. Sebelah tangannya diseluk ke dalam seluar yang senada dengan sutnya.
"Tak ada, Tuan. Tapi kita ada masalah lain," maklum Ersyad Haqeem dengan serius. Dia lebih dari tahu bahawa Tuan Mudanya itu tidak suka dengan perkara yang bakal disampaikan ini.
"And what's that problem?" Tanya jejaka itu lagi. Keningnya mula bertaut. Rahangnya yang tajam itu jelas kelihatan apabila dia menoleh ke arah Ersyad sepenuhnya. Menunjukkan sisi wajahnya dari tepi.
"13 unit daripada bekalan senjata markas Ampang kena seludup. Ada orang jual dekat black market." Ucap Ersyad sebelum menyerahkan sebuah laporan yang didapatkan daripada pengurus mereka kepada jejaka itu.
Pantas sahaja laporan itu bertukar tangan. Anak matanya cekap meneliti segala maklumat tanpa meninggalkan sebarang perkataan. Dia berdecit apabila melihat jumlah kerugian yang ditanggung oleh dirinya.
RM100,000.
Walaupun jumlah itu nampak sedikit tidak bermakna dia akan membiarkan duit itu hilang dengan begitu saja.
Money is still money.
"Who's the culprit?" Soal jejaka itu dingin. Pandangan bekunya beralih ke arah Ersyad. Menikam anak mata Ersyad seolah lelaki itu yang bersalah. Ersyad membalas pandangan itu dengan riak kosong.
"Orang dalam. Dia start buat kerja ni dalam diam sejak Dani dah tak ada untuk pantau area situ. Manager baru perasan lepas terima complaint daripada customer cakap barang tak sampai tapi duit lesap." terang Ersyad Haqeem panjang lebar, merangkap bodyguard peribadi Aiden Zharif dan ketua bodyguard disitu.
Dia menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Tuan Mudanya walaupun dirinya lebih tua berbanding jejaka itu.
"Maksud kau, ada orang khianat aku, and he still alive?" Soal Aiden dengan nada penuh mengejek. Dia kembali mengalihkan pandangan ke hadapan. Sebelah tangannya melonggarkan tali lehernya yang terasa ketat selepas mendengar khabar berita itu. Rahangnya diketap.
"Nampaknya ada yang berani cabar aku. "
Kata-kata itu dilontarkan oleh Aiden dengan sinis. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Otaknya sudah merangka pelbagai cara untuk langkah yang seterusnya.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomansHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...