𝐁𝐀𝐁 36

45.5K 2K 172
                                    

          “HA, balik pun Leo. Ingat dah tak tahu jalan balik rumah mama.” Perli Puan Rossa. Aiden hanya mampu membalas dengan senyuman. Tangan ibu kandungnya itu dicium. Pipi milik Puan Rossa turut dikucup sekilas.

Tindakan itu berjaya membuatkan Puan Rossa tersenyum. Dia menarik tubuh anak lelakinya ke dalam pelukan. Bahu lebar Aiden ditepuk lembut.

“Mana Adara?” Tanya Puan Rossa, matanya mencari kelibat satu-satunya menantu kesayangannya itu. Sudah lama tak bersua dengan Adara. Rindu rasanya.

There she is.” Puan Rossa tersenyum lebar, tubuh Adara ditarik ke dalam pelukannya. Mahu melepaskan kerinduan di dada. Aiden hanya memandang kedua wanita kesayangannya itu.

Attenta, mamma. Si soffocherà se la abbracci troppo forte. ( Careful, mama. She's going to choke if you hug her too tight. )

“Leo, she's fine. Haih. Kan Ara kan?” Puan Rossa meleraikan pelukan. Adara yang tak faham apa yang dikatakan suaminya hanya mengiyakan saja kata mertuanya. Janji Aiden tak mengutuk dia depan mama sudah.

“Adara dah makan? Nak makan apa-apa ke? Ada rasa tak sihat? Mual? Tak ada?” Tanya Puan Rossa ingin tahu, Adara menggeleng kepala mendengar soalan yang keluar dari mulut mertuanya.

Dia menjeling sekilas Aiden yang tersenyum senget. Apa senyum-senyum? Tumbuk kang. Adara memberi amaran dengan isyarat matanya kepada Aiden. Aiden hanya buat tak endah.

“Ara sihat, mama. Okay je. Tak ada pun rasa mual ke apa. Mama jangan risau.” Jawab Adara tak mahu Puan Rossa risau tentang dirinya. Dia melemparkan senyuman. Puan Rossa menarik lembut tangan menantunya.

“Jom, nanti tetamu nak datang dah. Apa pulak kata orang kalau Adara dengan Leo tak siap lagi. Mama buat majlis ni nak gantikan wedding kamu berdua yang mama tak dapat datang. Leo, tukar baju cepat. Adara ikut mama ya?”

Lantas, Adara ditarik oleh Puan Rossa ke ruangan atas rumah agam mertuanya. Dia sekadar mengikut. Tak berniat pun nak membantah. Meninggalkan Aiden berseorangan duduk di atas sofa panjang di ruang tamu.

Bye, padan muka tinggal seorang.” Sempat Adara mengusik Aiden. Lidah dijelirkan kepada suaminya sengaja menambahkan lagi kegeraman Aiden.

Woman-” Belum sempat Aiden menghabiskan kata-katanya, Adara sudah berlari mengejar langkah Puan Rossa. Aiden menayang muka jengkel.

That beautiful woman sure loves annoy him to death.

“Woi, pergilah tukar baju cepat. Aku report dekat aunt nanti.” Aryan mengambil tempat di sebelah Aiden. Dia sudah lengkap mengenakan sepasang sut merah hati untuk majlis Aiden dan Adara hari ini. Rambutnya juga sudah digayakan.

“Diam, Aryan. Ini majlis aku. Bukan kau. I'll wear whatever I want. I still look good than you. That's it.” Aiden menyandarkan badan pada sofa. Mahu berehat seketika. Ekor matanya mengerling hiasan yang sudah sedia menghiasi ruangan tamu milik Puan Rossa.

“Halah kau. Menyampah aku layan kau. Baik aku layan skandal aku. Layan kau, apa pun tak dapat.” Aryan menolak kasar bahu Aiden. Dia yang baru bangun mahu meninggalkan Aiden kembali duduk apabila teringat sesuatu.

“Apahal? Tadi nak blah sangat.” Sindir Aiden. Matanya mengerling jam tangan sekilas. Lagi 5 minit, dia naik bersiap.

“Aku ikut kau balik Malaysia. Dayyan ada call aku suruh balik. Eh, kes Iqbal tak habis lagi kan? Bapak kau tak datang ke nanti ni?” Soal Aryan mahukan kepastian. Segalanya sudah sampai ke dalam pengetahuan dia. Itupun sebab Dayyan yang bagitahu.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now