𝐁𝐀𝐁 6

35.2K 1.8K 54
                                    

        SEPASANG baju kurung moden berwarna merah jambu menjadi pilihan Adara bagi majlis pertunangan dia dan Iqbal pada hari ini.

Digayakan lagi bersama kain lace yang menunjukkan setiap perincian baju tersebut, semakin menyerlahkan lagi seri si pemakai. Membuatkan Adara kelihatan seperti puteri dari kayangan.

"Ya Allah, cantiknya kau Ara!" Jerit Adila tak dapat menahan suara yang sememangnya sudah kuat. Adara menutup telinga dengan tapak tangan. Bingit!

"Shhh, janganlah kuat sangat Dila. Kau tertelan mikrofon ke apa hah?" Tegur Adara, pantas mulut Adila ditekup. Adila segera mengalihkan tangan Adara yang berada pada mulutnya.

"Cantiknya kau. Aku nak tunang jugak lah macam ni." Rengek Adila mengada. Adara mengeleng kepala tanda tak bersetuju. Pening kepala dia melayan kerenah minah seorang ni.

Belum sempat Adara membuka mulut untuk berleter, pintu bilik tidur miliknya dibuka oleh Nek Kalsum. Serta-merta, pandangan mereka berdua bergerak ke arah susuk tubuh Nek Kalsum berada.

"Ni kenapa tak siap- " Kedengaran suara Nek Kalsum menerjah ke dalam gegendang telinga. Kata-kata milik Nek Kalsum tak sempat dihabiskan apabila pandangannya jatuh pada Adara yang sudah lengkap berpakaian.

"Ara..." Nama satu-satunya cucu kesayangannya itu dipanggil. Tanpa berlengah, Adara sudah mendapatkan Nek Kalsum dengan riak wajah yang risau.

"Ya nek. Kenapa ni? Ara ada buat salah ke?" Laju sahaja Adara menyoal. Tangan Nek Kalsum digenggam erat oleh Adara.

"Ara buat salah dekat Nek ke? Tak apa, biar Adila ajarkan." Sampuk Adila, dia mengambil tempat di sebelah Nek Kalsum yang sedang duduk di atas katil bersama Adara di sebelah.

Nek Kalsum hanya diam. Dia kini mula menilik wajah Adara lama. Tak lama kemudian, kolam air matanya mula bertakung.

"Nek, kenapa ni? Cuba cakap dengan Ara." Pujuk Adara lembut. Lemah hatinya melihat nenek kesayangannya yang sudah dianggap sebagai ibu bapanya sendiri bersedih sebegitu.
Tangannya naik mengusap air mata Nek Kalsum yang mula bergelinangan.

"Tak ada apa, Ara. Nek cuma teringatkan arwah mama. Kalau mama dengan ayah ada mesti dia bangga tengok Ara sekarang." luah Nek Kalsum sambil mengoyak senyuman nipis.

Wajah Adara yang mirip arwah Puan Alyssa membuatkan Nek Kalsum teringat kembali kepada anak perempuannya yang sudah lama kembali ke Rahmatullah bersama menantunya, Zarul.

Adara menghela nafas lembut tanda lega. Dia segera memeluk tubuh Nek Kalsum. Adila pula meniru perbuatan sahabatnya itu tanpa banyak tanya.

"Arwah mama dengan papa pun mesti happy bila tahu Nek yang jaga Ara dari dulu sampai sekarang." Ucap Adara jujur.

Perasaan sebak dirasakan pada ketika itu apabila dia membayangkan jika kedua-dua ibu bapanya dapat menghadiri majlis pertunangan dia dan Iqbal pada hari ini.

"Ara... Janganlah buat aku nangis." Adu Adila cuba menahan sebak. Dia mengetatkan pelukan pada tubuh Nek Kalsum dan Adara.

"Nanti rosak makeup aku tu. Dah jangan nangis." Marah Adila cuba menukar topik. Adara dan Nek Kalsum melepaskan tawa halus. Tindakan Adila serta-merta menceriakan suasana.

Segaris senyuman naik mengukir di bibir Nek Kalsum. Pandangannya masih tetap pada Adara. Raut wajah cucunya itu dielus lembut. Tangannya mengusap kepala Adara dengan penuh kasih. Tindakan itu dilakukan terhadap Adila juga.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now