BUTIR - butir peluh mula merenik lebat pada dahi Arrez. Tumpuannya masih tertumpu pada pergerakan tangan kanannya yang sedang memotong ikatan tali tersebut menggunakan sebilah pisau belati tajam.
Pergelangan tangannya kini mula memerah kerana geseran antara kulitnya dan tekstur tali itu yang agak kasar. Sukar juga untuk dia meleraikan ikatan tersebut kerana tali yang digunakan agak tebal.
Arrez masih tak berputus asa. Dia pernah berada dalam situasi yang lebih teruk daripada ini. Dia yakin dia dapat melepaskan diri dengan mudah.
Secara tiba-tiba, pintu besi di dalam ruangan dia dikurung dibuka oleh seseorang. Arrez segera bertindak menyembunyikan pisau tersebut di belakangnya. Kepalanya ditundukkan seolah dia sedang tidur.
Kedengaran bunyi derapan kaki mendekat ke arahnya membuatkan Arrez memejam mata. Mahu kelihatan seperti dia sedang tertidur dengan lena. Dia mengagak Ersyad yang melawat dirinya sekali lagi kali ini.
“Try to escape?”
Sapa satu garau, membuktikan sangkaan Arrez salah sama sekali. Kerana bukan Ersyad yang datang pada ketika itu. Tetapi Aiden.
Arrez tetap meneruskan lakonannya. Dia langsung tak bergerak. Tak mahu Aiden mengesyaki apa-apa.
Aiden berdecit. Kakinya melangkah ke hujung bilik. Dia mengambil sebuah kerusi besi lipat yang berada di situ. Sebuah baldi yang berisi air juga dibawa bersama.
Lantas, dia kembali semula berdiri di tempat Aris berada. Tanpa amaran, dia mencurah sebaldi air tersebut ke arah Arrez tanpa amaran. Dia tersenyum puas hati.
“Have a bath, Arrez. You stink.”
Aiden mengambil tempat di hadapan Arrez. Kerusi lipat besi tadi dibuka sebelum dia duduk di situ. Pandangan dihalakan pada Arrez yang masih tidak mahu sedarkan diri dengan sengaja.
“Drop the act. Aku tahu kau dah sedar.”
Arah Aiden seraya menyepak kaki Arrez. Arrez serta-merta menyemburkan air yang termasuk ke dalam mulutnya ke arah Aiden. Dia tersenyum kemenangan.
Mereka berdua berbalas pandangan. Aiden lantas mengerling pada bahagian seluarnya yang basah kerana Arrez. Dia hanya beriak tenang. Bibirnya mengukir senyum penuh makna.
Arrez masih berusaha membuka ikatan talinya yang hampir terputus. Anak matanya menikam anak mata Aiden yang masih tetap ke arahnya.
“Give me the knife, Arrez Hyden.”
Tegas nada Aiden kini tidak lagi bermain-main. Dia sudah berdiri tegak. Sebelah tangannya yang diseluk di dalam poket dikeluarkan.
“Or what?”
Cabar Arrez berani. Sedikit sahaja lagi tali itu akan terputus. Arrez mempercepatkan pergerakannya walaupun pergelangan tangannya kini sudah terluka.
Aiden melepaskan tawa halus mendengar jawapan Arrez yang dikira berani mati itu. Lelaki itu langsung tak tahu apa yang Aiden boleh buat. Riak muka Aiden berubah tegang.
“Sebelum aku bunuh kau, using the same knife.”
“Really?”
Arrez mengesot sedikit mendekati Aiden. Kepalanya disengetkan memandang rendah pada Aiden. Aiden menundukkan badan menyamai kedudukan wajah mereka. Dia mengukir senyuman sinis.
“Oh, watch me.”
Sebaik menuturkan kata itu, tangan Aiden sudah pun naik mencengkam leher Arrez. Jari jemarinya menghalang salur pernafasan Arrez membuatkan dia tercungap-cungap mencari nafas.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...