𝐁𝐀𝐁 19

41.9K 2.1K 255
                                    

         SEPERSALINAN baju melayu satin putih yang ditempah khas oleh Aiden disarungkan pada tubuh tegapnya. Tangannya cekap mengenakan butang baju melayunya pada bahagian depan baju tersebut. Kelihatan baju melayu itu melekap sempurna pada tubuhnya.

Aiden melangkah mendekati laci almari peribadinya. Rambut hitam keperangan miliknya digayakan ke belakang menyerlahkan dahi putih yang licin. Dia mengambil jam tangan berjenama Rolex berada di dalam laci meja itu untuk dipakai pada tangan kirinya.

Anak matanya bergerak pada sepucuk pistol Glock 17 yang turut berada di situ. Tanpa berfikir panjang, Aiden mengambil saja pistol kegemarannya itu bersama dirinya. Derapan langkah kakinya menuruni tangga memenuhi ruangan rumah agamnya yang luas dan sunyi.

Ersyad yang setia menunggu di bawah membuka pintu kereta untuk Tuan Mudanya itu. Sebaik Aiden memboloskan diri ke dalam perut kereta, laju sahaja kereta sport itu meluncur di jalan raya.

Everything's already prepared?” Tanya Aiden dari tempat duduk belakang kereta. Matanya sibuk membaca laporan dari syarikat keduanya di Itali. Semuanya masih dalam kawalan. Nampaknya Dani belum bertindak seperti yang disangka oleh Aiden.

“Semua dah siap, Tuan. Budak-budak semua dah ada dekat sana. List tetamu semua dah checking macam yang Tuan arahkan. The hotel fully secured.”

Lapor Ersyad lancar melaporkan kepada Aiden. Matanya masih tetap pada jalan raya. Memastikan perjalanan Aiden untuk akad nikah tiba dengan selamat.

Good. Anything else?” Aiden menutup skrin telefon iPhone miliknya serta-merta. Dia ingin memastikan segala persiapan perkahwinan dia dan Adara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Ada pesanan daripada Tuan Muda Aryan, Tuan.” Ersyad sempat mengerling wajah Aiden yang berkerut apabila mendengar nama Aryan.

Good news or bad news?” Soal Aiden ingin tahu. Memandangkan sebelum ini dia pernah mengarahkan rakan baiknya, Aryan, yang berada di Itali untuk menyiasat keberadaan Dani. Baru sekarang ada khabar berita.

Both. Tuan Muda Aryan still tak jumpa Dani. But, he said Dani still in Malaysia. Lebih kurang dua hari lepas orang kuat Tuan Aryan nampak Dani dekat club malam Bukit Bintang. Itu location terakhir Dani setakat ni.”

Aiden diam menerima semua maklumat baharu itu tentang Dani. Tahu pasti ada sesuatu yang dirancang oleh Dani dalam diam. Cuba dia masih tak pasti apa yang akan berlaku.

Continue, track him. Hantar seorang budak kita dekat Bukit Bintang. Cari semua orang yang ada terserempak or ternampak Dani. Clear?” Arah Aiden, dia membetulkan pistol yang disarungkan pada pinggangnya sekilas.

“Clear, Sir.”

Secara tiba-tiba, telefon pintar milik Aiden berdering. Aiden meleret jarinya untuk menjawab panggilan. Serta-merta, panggilan disambungkan. Butang loudspeaker ditekan. Aiden sempat melihat nama pemanggilnya.

“Apa?” Mendatar sahaja suara Aiden menyapa. Dayyan yang berada di hujung talian bernada biasa.

“Pasal Arrez, Arrez Hyden. Dia tak nak bukak mulut pasal Dani. So, kau nak aku buat apa?” Dayyan menjeling pada Arrez yang masih diikat.

“Mana dia?” Aiden diam sejenak sebelum membalas.

“Ada dengan aku sekarang.” Dayyan menyelukkan tangannya ke dalam seluar. Suatu kebiasaan yang dia selalu lakukan.

Pass phone kau dekat dia.” Arah Aiden senada. Dayyan membuka ikatan Arrez sebelum menyerahkan telefonnya kepada lelaki itu. Sebuah amaran keras diberikan kepada Arrez sekiranya dia ingin mengambil peluang untuk melepaskan diri.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now