𝐁𝐀𝐁 38

41.2K 1.7K 128
                                    

             “DILA, nampak tak Aiden mana?” Tanya Adara apabila menyedari ketiadaan suaminya selepas mereka bersarapan bersama pagi tadi. Naik hairan dia dibuatnya. Adila angkat bahu.

“Tak tahu. Suami kau bukan suami aku.” Tak semena-mena, tangan Adila ditampar Adara. Adila segera menyapu tangannya yang terasa kebas dek kerana pukulan daripada Adara.

“Ish, sakitlah! Mana aku tahu.”

“Ni kenapa bising-bising ni?”

Suara Nek Kalsum menegur mereka. Adila pantas mendapatkan Nek Kalsum mahu mengadu perbuatan Adara. Adara memasamkan wajah. Mata menjeling Adila yang menjelir lidah kepadanya.

“Tak ada apa lah nek. Nenek nampak Aiden tak?” Soal Adara ingin tahu. Mata masih diliarkan pada segenap ruangan rumah agam milik suaminya.

“Nenek tak nampak pulak Aiden tadi. Dia tak bagitahu Ara ke dia nak pergi mana?” Adara menggeleng kepala. Aiden langsung tak cakap apa-apa. Kelibat Ersyad yang selalu di situ pun tiada. Apatah lagi Aryan dan Dayyan.

“Ara, cari Leo ke?” Tegur Puan Rossa yang kebetulan mahu pergi ke dapur. Adara mengangguk kecil sebagai balasan.

“Leo ada dekat luar dengan Arrez. Tengah bersembang pasal apa pun mama tak tahu.” Maklum Puan Rossa.

Oh okay, Ara nak jumpa Aiden kejap. Nanti Ara datang balik tolong mama masak.” Adara tersenyum kepada mertuanya sebelum meminta diri. Puan Rossa hanya membalas dengan anggukan.

“Biar Dila tolong aunt masak. Ara tu bukan percaya. Kata aje kejap jumpa Aiden. Padahal sampai esok pun tak habis tu. ” Adila menolong Puan Rossa mengeluarkan barangan basah. Puan Rossa tersenyum kecil mendengar kata Adila.

“Dila, ya Allah apa pulak kata macam tu. Haih, budak bertuah ni.” Nek Kalsum menggeleng kepala. Bertuah sungguh!

“Tak apalah Kak Sum, biasalah tu budak-budak. Rossa faham.” Puan Rossa mengukir senyuman lebar. Sudah lama mengimpikan keadaan keluarga kecilnya sebegini.

Adara mengorak langkah ke luar rumah. Halaman rumah Aiden yang luas kini berada di dalam pandangan Adara. Dia melirik pada dua buah figura yang sedang duduk berdekatan dengan gazebo di halaman rumah tersebut.

Lantas, kaki diatur menuju ke situ. Aiden yang sedang berbincang sesuatu dengan Arrez menoleh ke belakang apabila mendengar langkah seseorang. Bibirnya dijungkitkan mengukir senyuman kepada Adara.

“Penat orang cari tahu tak?” Rungut Adara menumbuk lembut lengan suaminya. Dia melemparkan senyuman kepada Arrez. Arrez membalas kembali senyuman tersebut.

“Aiden, aku pergi dulu.” Ucap Arrez bingkas bangun dari duduknya. Mahu memberikan privasi kepada Aiden dan Adara. Aiden mengangguk saja sebagai balasan.

Bye, Arrez.” Sapa Adara sopan. Tak mahu kelihatan biadab. Arrez hanya membalas dengan senyuman sebelum beredar dari situ.

Stop smiling like that, woman.” Aiden menarik kerusi untuk Adara duduk. Riak wajah Aiden yang tadi ceria kini berubah. Bukan dia tak nampak Arrez dan isterinya saling berbalas senyuman tadi. Adara menurut saja kata suaminya.

“Lah kenapa? Senyum tu kan sedekah, abang.” Adara menegur Aiden. Lagipun tugas dia sebagai seorang isteri untuk menegur Aiden. Selama ini dia senyum Aiden okay je.

I didn't say it's wrong to smile, love. But, don't smile to any man. Aku tak suka.” Nada Aiden bertukar menjadi serius. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tak suka dengan perbuatan Adara kepada Arrez tadi. Adara tahan senyum.

Did you smell something, Aiden?” Adara tersengih kerang pada suaminya. Aiden mengerutkan wajah.

What, Adara Qalyssa?” Aiden mencuit hidung Adara. Dia sempat mencium bau bajunya. Tapi tiada ada apa yang pelik. Adara tahan gelak lagi.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now