𝐀𝐈𝐃𝐀𝐑𝐀'𝐒 | 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹

37.8K 1.5K 94
                                    

         “ADARA Qalyssa.” Sebaris nama wanita kesayangannya itu dipanggil oleh Aiden. Kaki panjangnya mengorak langkah mahu mengejar langkah Adara yang sudah jauh dari tempatnya berada.

Mommy! Cepat, daddy kejar dekat belakang!” Kedengaran suara Adren dan Arden memberitahu Adara. Membuatkan Adara mempercepatkan langkah.

You can't run from me, sweetheart. Don't you get it, hmm?”

Tanpa amaran, tangan Adara ditangkap oleh Aiden dengan mudah. Menghentikan langkah Adara serta-merta. Sekilas, tubuh Adara terdorong ke arah badan tegap Aiden. Membuatkan dia terjatuh ke dalam pelukan milik suaminya.

Sepasang tangan kekar Aiden kini melingkar pada pinggang Adara. Memaut tubuh wanita kesayangannya itu seperti tak mahu dilepaskan. Kedengaran gelak tawa halus Adara memenuhi atmosfera sunyi di situ.

Fine, abang menang.” Ucap Adara berselang dengan tawa halusnya. Aiden tersenyum kecil. Pipi mulus milik isterinya diusap penuh kasih. Puncak hidung Adara dicium sekilas.

I always win, sayang. Always.”

Mommy kalah! Dukung Adren! Yeay, daddy kita menang!” Sorak Adren penuh teruja. Terloncat-loncat dia gembira sangat. Tangan kecilnya ditepuk dengan tangan Aiden sebagai tanda kemenangan.

Adara dan Arden menjeling ke arah mereka berdua. Arden pantas memegang tangan Adara lalu dicium. Dia menarik pula lengan baju Adara cuba memberitahu sesuatu kepada ibunya. Adara membongkokkan sedikit tubuh.

“Kenapa sayang?” Tanya Adara pelik. Tudungnya yang ditiup angin pantai dibetulkan. Pergelangan tangan kanannya pula dipegang erat oleh Aiden.

Mommy, jangan sedih tau. Walaupun mommy kalah, Arden tetap sayang mommy. Okay?” Arden mengusap wajah Adara penuh sayang. Mulutnya didekatkan pada pipi Adara mahu diberikan kucupan disitu. Adara tersenyum terharu.

Mommy sayang Arden jugak.” Ucap Adara, pipi Arden digomol sebelum dicium beberapa kali. Membuatkan Arden melepaskan tawa sepuas hatinya. Manakan tak sayang anak sendiri? Adren sudah mencebik mahu merajuk. Aiden mencubit pipi anak keduanya.

“Sayang,” Panggil Aiden lembut, isyarat mata diberikan pada Adren yang berada dalam dukungannya sudah merajuk. Adara tahan tawa.

Hey, mulut tu kenapa tu? Mommy sayang Adren jugaklah. Come here.” Adara memanggil Adren. Arden yang berada dalam dukungannya diturunkan. Laju saja Adren mendapatkan Adara.

Mommy sayang dua-dua. Sama banyak, sama-sama. Faham?” Ucap Adara kepada Arden dan Adren yang berada dalam pelukannya. Satu persatu anaknya itu diberikan ciuman pada dahi.

“Sayang mommy banyak-banyak jugak!” Serentak, mereka berdua membalas. Pipi mulus Adara menjadi sasaran mereka berdua. Aiden tersenyum lebar melihat keadaan itu.

Mommy, Adren nak main dengan Abang Arden dekat sana boleh? Adren janji tak nakal-nakal.” Pinta Adren manja, jari comelnya ditunjukkan ke arah satu tempat dimana kulit banyak cangkerang yang berada disitu.

Please, please, please mommy? Arden janji Arden jaga Adren tak nakal-nakal. Daddy please?” Ucap Arden pula, tangan Adara dan Aiden yang berpegangan tangan itu digoyangkan. Aiden memandang Adara. Adara melepaskan keluhan kecil.

Alright, but no nakal-nakal. Main dekat situ je. Jangan pergi laut without mommy dengan daddy. Faham?” Arden dan Adren mengangguk laju. Tanpa berlengah, pasangan kembar itu sudah berlari ke sana sambil tertawa seronok.

“Arden Zafriel, jangan lari-lari! Adren Zariel, dengar cakap abang!” Risau nada Adara kedengaran membuatkan Aiden memeluk isterinya itu.

Okay mommy! Bye, daddy!” Balas Adren teruja, tangan kecilnya siap dilambaikan pada Aiden dan Adara. Adara mengeleng kepala. Budak bertuah ni.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now