“ARA!” Suara nyaring milik Adila Qayrina menerjah gegendang telinga Adara. Hampir pekak dia dibuatnya mendengar jeritan sahabat baiknya itu. Adila berlari ke arah Adara lalu memeluk tubuh Adara erat-erat.
“Lepas, lepas! Aku tak boleh bernafas!” Adara menepuk belakang badan Adila berkali-kali mohon dilepaskan. Adila makin mengetatkan pelukan. Rindu betul ya dia dengan minah ni.
Adara memandang Aiden mahu meminta tolong. Aiden hanya tersenyum senget dengan sengaja. Dia berjalan meninggalkan Adara sendirian dengan Adila. Adara menjeling Aiden tajam.
Jahat!
“Kau ni, honeymoon lama sangat kenapa? Sunyi tahu tak aku dekat sini. Huh.” Adila meleraikan pelukan. Mulut tak henti mengadu pada Adara. Adara hanya melayan. Nama pun kawan kan?
“Yelah, yelah. Mana nenek? Mak mertua aku nak jumpa nenek.” Tanya Adara mencari kelibat Nek Kalsum. Adila memuncungkan bibir ke arah dua figura yang tak jauh daripada mereka. Adara segera menoleh ke arah yang ditunjukkan Adila.
“Tak payah risaulah. Tu nampak tu. Nenek dengan mertua kau dah rancak bersembang dah tu. Baik kau sembang dengan aku. Tak payah nak mengada pergi dekat Aiden.”
Adara mengecilkan matanya ke arah Adila. Adila tersengih kerang. Muka tak bersalah ditayang. Adara senyum kecil. Rindu jugak nak bersembang dengan Adila.
“Fine, jom. Kau nak cerita apa lagi?” Adara menoleh ke arah Nek Kalsum dan Puan Rossa sekilas. Bibir mengukir senyuman lebar melihat mertua dan neneknya yang sedang bersembang mesra.
“Pasal apa lagi? Pasal kau dengan Aiden lah. Jom!” Ucap Adila teruja, dia menarik Adara masuk ke dalam bilik. Adara terkebil-kebil mendengar jawapan Adila.
Merepek!
Aiden mengerling ke arah isterinya dan Adila yang berjalan melepasi dia menuju ke bilik tidur. Dia tersenyum kecil melihat wajah Adara yang seperti terpaksa.
“Yow, dah balik.” Sapa Dayyan kepada Aiden dengan senyuman lebar menghiasi wajah. Dia mengerling ke arah Adara sekilas yang bersama Adila tak jauh daripada mereka.
“Nak hugs jugak ke?” Usik Dayyan dengan keningnya diangkat sebelah. Tangan sudah didepakan mahu memeluk Aiden. Aiden tayang muka dingin.
“Kau nak mati awal ke?” Aiden menolak tubuh Dayyan ke tepi. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa panjang di ruang tamu rumah agamnya. Kesan jet lag menaiki pesawat pulang ke Malaysia selama lebih 16 jam kini terasa.
Belum sempat Dayyan mahu menanyakan apa-apa, susuk tubuh Aryan mendekati mereka berdua. Aryan tersenyum lebar dengan wajah teruja. Dia melagakan penumbuknya dengan Dayyan.
“Yow, Ayyan!”
“Yow, our playboy is back!”
Tak lama kemudian, pecah gelak tawa dua jejaka itu memenuhi ruangan tamu milik Aiden. Aiden meraup muka. Elok sangatlah tu dah berjumpa.
“Tuan Muda," Sapa Ersyad kepada Aiden. Dia menundukkan sedikit badan sebelum kembali ditegakkan menghadap Aiden. Aiden mengangguk kecil.
“Duduk. Arrez mana?” Soal Aiden ingin tahu apabila tak nampak kelibat Arrez bersama mereka. Ersyad lantas duduk sebelum mahu menjawab pertanyaan Aiden.
“Arrez pergi ambik ubat dekat klinik.” Jawab Dayyan dahulu menjawab bagi pihak Ersyad. Ersyad mengangguk mengiyakan kata-kata Dayyan.
“Hm, okay.” Balas Aiden sepatah. Dia memandang pelik ke arah Dayyan dan Aryan yang sedang berbisik sesama mereka berdua. Ersyad pula hanya menahan tawa apabila mendengar perbualan pasangan duo itu.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...