“MAMA, masak apa? Ara nak tolong sekali boleh?” Adara memanjangkan leher cuba melihat apa yang dimasak oleh Puan Rossa. Rossa tersenyum kepada Adara. Dia mengangguk tanda membenarkan. Lagi suka apabila mempunyai teman di dapur.
“Mama nak masak lasagna. Favorite Leo. Ara tahu?” Tanya Rossa sambil tangannya memotong pelbagai sayuran kegemaran Aiden. Adara mengeleng. Dia baru tahu sebenarnya.
“Aiden suka apalagi mama?” Tanya Adara ingin tahu. Dia mengambil tempat di sebelah ibu mertuanya. Dia cuba membantu mana yang boleh. Rossa terdiam sejenak. Memikirkan perkara yang disukai anak lelakinya. Tak banyak pun sebenarnya. Aiden buka jenis suka memilih.
But of course, Adara in his favourite list.
“Suka kau.” Celah suara maskulin Aiden pada telinga Adara. Tangannya sudah dilingkarkan pada pinggang isterinya. Puan Rossa hanya mengelengkan kepala melihat tingkah anaknya. Jarang melihat Aiden sebegitu dengan mana-mana perempuan sebelum ini.
“Aku tak tanya kau. Pergi sana.” Bisik Adara pada Aiden yang muncul entah dari mana. Dia menghalau Aiden. Tangan Aiden yang berada di pinggangnya ditarik.
“Mama dengan Adara masak apa?” Soal Aiden pada ibunya. Langsung tak mempedulikan kata-kata Adara tadi. Tangannya mengetatkan lagi pegangan pada pinggang Adara.
“Leo, lepaslah menantu mama tu. Kesian dia. Mama masak lasagna. Your favorite. So, behave.” Rossa menegur Aiden dengan lemah lembut. Tahu Aiden tak pernah melawan dia.
“Non posso mamma, è troppo carina, non credi?
(I can't mama, she's too cute. Don't you think so?)”Aiden menggunakan kelebihan bahasa keduanya itu tak mahu Adara mendengar perbualan dia dan Puan Rossa. Pipi Adara dicubit sekilas dengan sengaja apabila melihat wajah Adara yang langsung tak faham dengan kata-katanya.
“Sakitlah.” Rungut Adara. Dah la dia tak faham apa yang dibualkan oleh suaminya dan ibu mertuanya. Tiba-tiba, pipi gebu dia jadi mangsa. Apa salah dia? Puan Rossa tersenyum melihat kemesraan suami isteri itu.
“Leo, pergi sana. Mama nak cakap dengan Ara kejap.” Puan Rossa menepuk paha Aiden mahu anak lelakinya beredar di situ. Adara tersenyum mengejek pada Aiden apabila Puan Rossa turut menghalau suaminya.
“Tunggu apalagi, pergilah sana, Leo.” Sengaja Adara menolak tubuh Aiden jauh daripada tubuhnya. Aiden menjeling Adara dengan pandangan tajam. Seperti pemangsa yang mencari makanan.
“Mama nak cakap apa? Bukan Leo ganggu pun mama bersembang dengan Adara.” Aiden berkeras tak mahu bergerak dari situ. Puan Rossa melepaskan keluhan kecil dengan sifat keras kepala anaknya sejak dari kecil. Ini bukan kali pertama.
“Girls talk.” Jawab Puan Rossa senada. Aiden lantas bingkas berdiri. Tak mahu berbalah dengan ibunya lagi. Dia bangun menghadiahkan ciuman pada pipi Puan Rossa sebelum pergi.
“Alright. Continue your girls talk. Leo keluar dengan Aryan.” Maklum Aiden sekilas. Adara hanya menghantar pemergian suaminya dengan pandangan. Merajuk ke suami dia?
“Ara...” Panggil Puan Rossa mahu menarik perhatian Adara. Adara yang baru tersedar dirinya dipanggil menoleh ke arah ibunya.
“Ya mama.” Puan Rossa mencampurkan semua bahan yang sudah dipotong ke dalam bekas kaca yang disediakan. Keju Parmesan diparut untuk diletakkan diatas lasagna yang masih belum masak itu.
“Ara, janganlah risau pasal Leo. Leo bukan merajuk. Dia memang macam tu bila dia tak dapat apa yang dia nak.” Kata Puan Rossa tak mahu Adara risau tentang anak lelakinya. Adara terasa lega sedikit mendengar kata ibunya.
“Mama dah lama nak anak perempuan.” Luah Puan Rossa sambil merenung lama wajah cantik milik Adara. Adara tersenyum kecil.
“Ara pun dah lama nak ada mama. Mak ayah Ara dah tak ada. Kadang-kadang rindu sangat dekat mama dengan ayah bila tengok orang lain.” Luah Adara yang selalu terbuku di dalam hatinya. Dia bersyukur ada neneknya yang membesarkan dia dari kecil.
“Tak apa sayang. Sekarang Ara ada mama. Mama pun ada Ara. Jangan sedih ya sayang. Kalau ada apa-apa, luah dekat mama. Mama dah anggap Ara macam anak sendiri dah.” Puan Rossa mengenggam tangan Adara cuba menyalurkan kekuatan. Adara mengangguk kecil. Tersentuh dengan kata-kata ibu mertuanya.
“Jangan risau, mama tahu semuanya. Leo dah cerita dengan mama. ” Maklum Puan Rossa lagi. Dia tersenyum penuh makna. Adara terdiam.
“Mama dengan papa Leo pun kahwin kontrak. Tapi Mama tak nak Adara dengan Leo bercerai macam mama. Mama tahu anak mama takkan buat apa yang papa dia buat dekat Adara. Leo takkan ceraikan Ara. Mama tahu tu. Cara dia pandang, layan Ara pun mama dah tahu.”
Puan Rossa cuba menyakinkan Adara. Dia sudah cukup kenal Aiden. Dia sendiri yang besarkan Aiden dari dulu sampai sekarang sendirian sehinggalah Malik menceraikan dia dan menuntut hak penjagaan anak lelakinya di mahkamah. Membuatkan dia dan Aiden terpisah untuk enam tahun lamanya.
“Jodoh mama dengan papa Leo tak lama. Tujuan kami kahwin pun hanya untuk dapatkan pewaris untuk syarikat papa Leo. Lepas mama lahirkan Leo, mama mengandung lagi. Tapi terpaksa gugurkan sebab kandungan luar rahim. Rahim mama terpaksa kena buang untuk keselamatan mama sendiri. Sejak dari tulah, papa Leo berubah buatkan kami bercerai.”
Adara hanya diam membisu sepanjang mendengar kata-kata Puan Rossa. Tak sangka masa silam ibu bapa mertuanya sebegitu sekali. Membuatkan dia teringat pada Malik yang membenci dirinya. Jauh beza dengan Puan Rossa yang menyayanginya sepenuh hati.
Belum lagi dia cuba membayangkan perasaan Aiden yang masih kecil terpaksa berpisah dengan ibunya. Mesti terseksa.
“Dah, jangan fikir sangat dah. Benda dah lepas. Mama dah lama lupakan dah. Mama bagitahu ni sebab nak Ara pertahankan perkahwinan Ara dengan Aiden, jangan jadi macam mama faham?” Terang Puan Rossa. Dia sendiri nampak anaknya bahagia dengan Adara.
“Ara sayang Leo?” Tanya Puan Rossa ingin tahu. Adara terasa lidahnya menjadi kelu. Tak pernah memikirkan soal itu kerana selama ini dia selalu cuba membuang perasaan itu yang berpunca daripada masa silamnya bersama Iqbal.
“Ara...” Adara menunduk wajah. Dia merenung cincin perkahwinannya dengan Aiden. Memikirkan perasaannya yang sudah lama terpendam dalam lubuk hatinya.
“Tak apa. Mama faham. ” Puan Rossa menepuk lembut bahu Adara. Mungkin sangkaan dia silap. Tetapi naluri seorang ibu itu tak pernah salah.
Well, woman's always right.
Kerana Adara bukan setakat sayang, tapi dia dah jatuh cinta dengan Aiden dalam diam sebenarnya. Cuma tak mahu mengakuinya kerana takut dengan merana pada akhirnya.
“Mama...” Panggil Adara perlahan.
“Ya sayang.”
Adara mengukir senyuman manis. Kisah Puan Rossa benar-benar membuka hatinya semula untuk mencuba sekali lagi. Dia dah jatuh sayang pada suaminya sendiri.
“Ara sayang Aiden. Sangat-sangat.”
Updated!
Short chapter for Adara confession.
Ara dah confess 🌝
Aiden bila eh?
Nite 😚❤️
Esok saya update lagi <3
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
Storie d'amoreHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...