RASA sakit yang mencucuk di bahagian kepala membuatkan Arrez mengerutkan dahi menahan rasa. Seluruh badannya terasa lenguh menambahkan lagi rasa sakit tersebut.
Berat sahaja dirasakan kepalanya sekarang.Kelopak mata dibuka perlahan-perlahan. Membenarkan cahaya berpusu-pusu mula memasuki ke dalam kornea matanya.
Cahaya lampu kalimantang yang terang itu serta-merta membuatkan Arrez mengedipkan mata beberapa kali cuba membiasakan dengan keadaan di sekelilingnya sekarang.
Pandangannya yang sebentar tadi kabur kini sudah jelas membenarkan dia mengenal pasti keadaan sekeliling. Dia meliarkan pandangan.
Arrez menelan air liur yang terasa kesat. Kerongkongnya kering kekurangan air. Dia mengelengkan kepala apabila sakit di bahagian kepalanya kembali semula.
Arrez cuba memegang bahagian kepalanya yang sakit tetapi pergerakannya terhalang oleh sesuatu. Sekali lagi dia mencuba tetapi gagal apabila menyedari kedua pergelangan tangannya diikat.
Pandangannya jatuh pula pada pergelangan kakinya yang turut diikat sama. Arrez mendengus geram. Sukar untuk dia mengambil pisau belati yang disorokkan di belakang kasutnya dengan pergelangan tangan yang diikat.
Arrez mula memerhatikan seluruh pelusuk ruangan tersebut. Mencari sesuatu yang dapat dia gunakan untuk melepaskan diri. Sebuah cctv yang diletakkan pada dinding dipandang lama.
Lampu merah yang berkelip pada cctv itu menandakan dirinya sedang dirakam. Arrez mengukir senyuman sinis dengan sengaja pada kamera cctv tersebut. Tahu Aiden dan Ersyad sedang memerhatikan dirinya sekarang.
Secara tiba-tiba, pintu besi besar di hujung ruangan tersebut dibuka oleh seseorang. Arrez menoleh kepala ke arah pintu tersebut serta-merta.
Kelihatan Ersyad yang berada disebalik pintu itu. Arrez memerhatikan sahaja belakang badan Ersyad yang sedang menutup semula pintu.
“Long time no see.”
Sapa Ersyad mesra, dia berjalan mendekati Arrez yang sedang bersandar pada dinding. Matanya sempat memeriksa pergelangan tangan Arrez masih diikat.
“Apa kau buat dekat sini? Nak bunuh aku?”
Balas Arrez kembali dengan nada biasa. Dia menegakkan tubuh. Bersiap sedia sekiranya Ersyad akan membuat serangan mengejut terhadap dirinya. Dia mula mengambil langkah berwaspada memandangkan dia berada di tempat musuh.
“Kau diam boleh tak? Memang nak mati sangat ke?”
Laju saja mulut Ersyad membidas kata-kata Arrez. Tak puas hati dengan Arrez yang tak habis-habis menuduh dia mahu membunuh lelaki itu. Ingat dia tak ada kerja lain?
Selagi tiada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Aiden, Ersyad tak dapat melakukan apa-apa kepada Arrez. Dia hanya bekerja di bawah arahan Aiden sahaja.
Bukan sesiapa.“Apa kau bagi sampai aku pengsan?”
Tanya Arrez cuba menukar topik. Dalam masa yang sama, dia turut rasa ingin tahu apa yang diletakkan di dalam tubuhnya.
“Itu semua tak penting. Yang penting kau tak mati lagi. Puas hati?”
Jawab Ersyad nak tak nak. Dia mengerling jam di tangan. Sudah lebih kurang 15 minit dia berada di situ. Tujuannya hanya mahu memeriksa keadaan Arrez sahaja.
Memandangkan keadaan Arrez yang sihat walafiat, Ersyad mengambil keputusan untuk keluar dari situ untuk melaporkan keadaan Arrez kepada Aiden.
“Lepaskan aku.”
Ersyad pandang Arrez dengan senyuman mengejek. Dia mencangkung berdekatan dengan tempat Arrez bersandar dengan berani. Langsung tak takut sekiranya Arrez tiba-tiba menyerang dirinya.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...