𝐁𝐀𝐁 3

45.3K 2.1K 173
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, nek ni Ara." ucap Adara dengan nada yang sedikit kuat. Risau kalau nenek dia tak dengar kalau ada di dapur. Dia mengetuk pintu beberapa kali.

"Waalaikumusalam. Kenapa tak bukak pintu pakai kunci je tadi? Nenek ada dekat dapur."

Suara Nek Kalsum kedengaran di sebalik pintu. Tak lama kemudian, pintu rumah itu terbuka dari dalam menampakkan susuk tubuh Nek Kalsum. Adara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ara tertinggal kunci dekat rumah sebenarnya, nek." Terang Adara, dia segera mendapatkan Nek Kalsum. Tangan Nek Kalsum diambil oleh Adara lalu disalam. Kedua-dua belah pipi wanita itu dicium penuh kasih.

Tenang sahaja hati Iqbal menyaksikan adegan jejak kasih itu dihadapannya. Dirinya sudah membayangkan dirinya yang berada di tempat Nek Kalsum apabila Adara menyambut dirinya pulang dari kerja nanti.

How lucky he is to have Adara as his wife, one day.

"Iqbal pun ada sekali?" Tegur Nek Kalsum yang baru menyedari kehadiran dirinya di situ. Iqbal mengangguk tanda mengiyakan. Dia tersenyum manis membuatkan Nek Kalsum berasa senang dengan kehadirannya.

"Masuklah dalam dulu. Kenapa datang tak bagitahu? Nenek tak masak apa-apa lagi ni. Ara, tolong buatkan air untuk Iqbal ya." ucap Nek Kalsum menjemput Iqbal masuk ke dalam. Meninggalkan Adara yang masih berdiri diluar.

Adara memonyokkan wajah apabila dirinya terasa disisihkan. Belum apa-apa dah kena tinggal. Huh.

Dia sendiri tak tahu sama ada dia atau Iqbal yang sebenarnya cucu Nek Kalsum sekarang. Dasar tak tahu malu cemburu buta dengan bakal tunang sendiri. Getus hatinya membuatkan dia menuju ke dapur.

Cemburu tu tanda sayang!

Matanya kini sibuk mengerling ke arah Nek Kalsum dan Iqbal yang kelihatan rancak berbual. Manakala, tangannya ralit membancuh air untuk bakal tunang kesayangan.

Telinganya cuba menangkap segala yang dibualkan oleh mereka. Mana tahu Iqbal ada mengata pasal dia kan? Semanis-manis mulut Iqbal, kadang-kadang ada juga pahitnya. Hah gitu.

Adara mengukir senyuman nipis apabila tiada perkara buruk yang keluar dari mulut Iqbal. Mujur juga Nek Kalsum tidak mengungkit apa-apa di hadapan Iqbal pula. Lebih-lebih lagi tentang perkara yang memalukan yang dia sering lakukan sendirian.

Kalau tidak, memang tak jadi bertunang lah dia dengan Iqbal nanti. Tak ke naya dia?

Adara segera membawa air minuman yang sudah dibancuh ke ruang tamu. Dia saling berpandangan dengan Iqbal sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan terlebih dahulu. Adara menahan senyuman di bibir.

Dia meletakkan secawan air oren di hadapan Nek Kalsum. Secawan lagi diletakkan pula di hadapan Iqbal. Adara mengambil tempat di sebelah neneknya.

Gila ke nak duduk sebelah Iqbal? Belum halal lagi. Kalau atas pelamin nanti, tak apa lah. Itu sekatil pun boleh. Uhuk.

"Jemputlah minum. Penat Ara buat dekat dapur tadi. Nek minumlah," pelawa Adara dengan sopan. Nek Kalsum memandang Adara dan Iqbal silih berganti. Seolah tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

Padahal tiada apa yang nak disembunyikan pun. Cuma masing-masing tak tahu bagaimana mahu berterus terang. Terutama sekali, Adara.

"Dari tadi Nek rasa ada benda yang kamu berdua nak cakap. Cuba bagitahu nenek apa dia yang kamu nak cakap sebenarnya?" Tegur Nek Kalsum memandang ke arah mereka berdua. Adara menunduk.

Iqbal hanya beriak tenang. Lebih mudah begini kalau Nek Kalsum sudah tahu tujuan dia datang ke sini untuk sesuatu. Dia menarik nafas panjang sebelum berterus-terang sahaja.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now