BUTANG kemeja putih berjenama Giorgio Armani disarung pada tubuh. Lalu, dibutangkan satu persatu. Aiden meninggalkan tiga butang pertama terbuka terlebih dahulu. Mahu memudahkan dia mengikat tali leher pada kolar bajunya nanti.Sesekali matanya akan mengerling pada jam digital diatas meja. Mahu memastikan dia tidak terlewat menghadiri mesyuarat penting syarikat sebelum berangkat ke Itali. Kedengaran pintu bilik dibuka.
Pandangan Aiden serta-merta beralih ke arah bunyi itu tadi. Figura Adara muncul dalam pandangannya membuatkan dia terasa senang. Adara menilik Aiden dari atas sampai bawah, meneliti sut kerja yang selalu dipakai oleh suaminya setiap kali perlu berada di pejabat.
"Nak pergi office ke?" Adara mengatur langkah menuju ke arah Aiden. Aiden bergumam tanda mengiyakan. Pandangan dihalakan pada Adara sambil membetulkan butang lengan kemejanya.
"Nak ikut boleh tak?" Pinta Adara sambil tersenyum kambing. Sebaris giginya yang putih ditayang. Aiden mengangkat kening.
"No, duduk rumah. Teman Mak Jah. Ersyad ada kalau nak beli apa-apa." Arah Aiden dengan nada tegas. Tak kasar seperti mahu marah. Tapi cukup sekadar membuatkan Adara patuh pada kata-katanya.
Mendengar jawapan daripada Aiden, Adara memuncungkan bibir. Hilang sudah senyumannya tadi. Diganti dengan cebikan bibir mungil milik Adara. Matanya menjeling pada Aiden yang sedang cuba mengenakan tie pada kolar bajunya.
"I see that, sweetheart."
Tegur Aiden tanpa melihat Adara. Matanya tertancap pada pantulan dirinya di cermin. Dia sudah menghafal segala tindakan Adara tanpa perlu melihat isterinya. Sudah masak dengan tindak tanduk Adara dalam setiap keadaan.
Adara berpeluk tubuh, tak berpuas hati apabila perbuatannya tadi disedari oleh Aiden. Mata tajam bagai helang milik Aiden memang tak boleh bawak bincang! Adara masih memonyokkan wajah.
Hari ini dah masuk minggu kedua dia tak dibenarkan keluar rumah. Semuanya sebab serangan orang upahan Tuan Malik terhadap dia. Apa salah diri dia pun dia tak tahulah.
Disebabkan kejadian itu jugalah, dia dikurung di rumah atas arahan Aiden sendiri. Kalau orang lain kena berkurung di dalam rumah disebabkan positif covid, Adara terkurung sebab Aiden tak bagi!
"Aiden..." Panggil Adara meleret. Atau lebih kepada merengek. Sekali lagi Aiden hanya mengumam sebagai balasan. Adara julingkan mata tanda menyampah.
"Nak ikut... Boleh la... Boleh la..." Rengek Adara memaut lengan Aiden. Kelopak matanya dikedipkan beberapa kali. Tangannya yang memaut lengan Aiden digosok ke atas ke bawah.
Aiden menjeling Adara sekilas. Mata Adara yang dikedipkan membuatkan dia lemah. Dia kembali menghalakan pandangannya semula ke hadapan.
"Adara, no."
Kali ini perlahan saja nada Aiden. Lembut dan tidak tegas seperti tadi. Adara tahan senyum apabila menyedari perubahan nada Aiden. Tahu rancangannya berjaya.
"Bagilah aku ikut. Kesian aku sorang-sorang. Tak kesian dekat aku ke?" Adara cuba bernada sedih. Wajah comel ditayang pada Aiden. Mahu memujuk suaminya.
"Kan ada Mak Jah-"
"Shhh." Adara meletakkan jarinya pada bibir Aiden. Menghentikan kata-kata suaminya serta-merta. Aiden merenung anak mata Adara.
Perlahan-lahan, tangan Adara bergerak membutangkan butang baju kemeja milik Aiden yang terbuka tadi. Dengan sengaja, Adara mengusap dada bidang suaminya yang terdedah. Membuatkan Aiden terpejam menahan rasa sentuhan lembut Adara pada kulitnya.
YOU ARE READING
C | HER MAFIA HUSBAND
RomanceHER HUSBAND SERIES •°. *࿐ «1st series » | ©2022 ᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ ˚ ༘♡ ·˚AIDEN LEO ZARIEFF X ADARA QALYSSA˚ ·˚ "A hero would sacrifice you to save the world, But a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart." ✰ enemies to lover ✰ song play...