𝐁𝐀𝐁 8

36.8K 1.8K 86
                                    

     "SO, siapa Arrez Hyden? Kaitan dia dengan Dani?"  Soal Aiden, kening nipisnya diangkat sedikit. Kakinya disilangkan. Jari jemarinya bermain-main dengan pen di atas riba.

Matanya sempat mendarat pada kesan lebam di wajah Ersyad. Sekali imbas sahaja dia sudah tahu bahwa bodyguard peribadinya itu dipukul teruk semalam.

Menandakan Arrez Hyden bukanlah calang-calang orang jika Ersyad sendiri kalah berlawan dengannya. Aiden diam masih membuat spekulasi sendiri. Dia menunggu jawapan daripada Ersyad.

Ersyad yang sedari tadi menunduk merenung lantai mengangkat wajah apabila disoal oleh Aiden. Dia menelan air liur. Tubuhnya ditegakkan sebelum bertentang mata dengan Aiden. Dia berdehem perlahan.

Aiden yang menyedari perubahan tingkah laku Ersyad dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tak kena. Dia hanya beriak tenang.

"Sebenarnya, Tuan... there's nothing about him. Absolutely nothing. He doesn't have any record at all." 

Maklum Ersyad, lalu dia kembali menundukkan kepala. Menunggu arahan yang seterusnya.

Jawapan yang diberikan oleh Ersyad sudah cukup membuktikan apa yang difikirkan oleh Aiden adalah benar. Jadi betullah Arrez Hyden bukan orang yang biasa-biasa sahaja.

Tapi itu tidak bermakna dia boleh cari pasal dengan Aiden.

Nobody mess with him and still alive the next day.

"Kalau tak boleh cari dia, how about use some bait untuk panggil dia keluar?"

Cadang Aiden bersama senyuman penuh makna. Riak wajahnya sudah menunjukkan ada sesuatu yang dirancang dengan rapi di dalam kepalanya.

"Maksud Tuan? Siapa umpan yang Tuan cuba maksudkan?" Tanya Ersyad tak faham dengan rancangan Aiden. Dahinya dikerutkan.

"Still remember Arrez nak kita stay away from Adara? And the fact Dani yang upah dia. Nampaknya bagi aku Arrez tu bodyguard baru Adara yang diupah oleh bekas tunang dia sendiri. So, what I'm trying to say here is..."

"Jadikan Adara as the bait? So, Arrez akan muncul and at last kita dapat jejak Dani daripada dia?"

Sambung Ersyad mula faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Aiden. Aiden menepuk tangan dengan kepalanya dianggukan beberapa kali.

"Yes." Jawab Aiden mengiyakan kata-kata Ersyad tadi. Dia sudah bangkit berdiri dari tempat duduknya. Ersyad mengangguk tanda faham. Tangan diletakkan pada dada sebelum menunduk kepada Aiden.

"But remember, never ever hurt her. Understood?"

Arah Aiden kepada Ersyad dengan riak wajah yang serius. Tiada lagi nada bermain-main seperti tadi. Senyumannya juga hilang begitu saja.

"Faham, Tuan." Balas Ersyad kembali. Aiden senyum puas hati. Lantas, dia mencampakkan kunci kereta kepada Ersyad tanpa amaran.

"Drive, aku malas. Papa suruh aku join meeting hari ni." Ucap Aiden lalu berlalu pergi dari situ untuk tunggu di dalam kereta.

Ersyad segera mengekori langkah Aiden tanpa banyak tanya. Sudah sedia maklum dengan perangai Aiden yang cukup tidak suka diarah-arahkan oleh sesiapa. Lebih-lebih lagi oleh papanya sendiri.

Amaran Aiden sebentar tadi untuk tidak mencederakan Adara kembali di dalam fikiran Ersyad. Ersyad hanya akur kerana dia memang dilatih sebegitu.

Never hurt woman.

Perkara itulah yang diingatkan oleh Aiden kepada setiap seorang anak buahnya. Atau lebih tepat lagi, prinsip Aiden sehingga hari ini. Yang membuatkan dia menjadi Aiden yang sekarang.

C | HER MAFIA HUSBAND Where stories live. Discover now