[2]

4.5K 317 2
                                    

[Pavillion, Kuala Lumpur]

Swatch di pergelangan tangan kiri itu ditilik sekali lagi. Berbaki 5 minit sebelum waktu yang dijanjikan untuk bertemu. Starbuck di atas meja disedut sambil aplikasi twitter di Iphone miliknya dibuka. Tiba-tiba terasa 2 kerusi di depannya ditarik. Kepala dipanggungkan.

"Hi?" Hildegord mengangkat sebelah keningnya dengan smirk yang tidak lekang di bibir.

Kedua-dua perempuan di depannya itu terus memeluk erat tubuh Hildegord. Rindu. Itu yang pertama mereka rasakan setelah lama tidak bertemu. Sarah Rasyika dan Airin Nafisa. Teman baik Hildegord sejak sekolah menengah sebelum dia berpindah ke Sicily. Siapa sangka persahabatan yang diingatkan sekejap itu masih kekal sehingga hari ini. Dan yang lebih penting adalah mereka bertiga belajar di universiti yang sama.

Tiga orang gadis itu berborak dengan penuh riang. Sebentar mereka ketawa, sebentar lagi muka berubah serius macam tengah bincang projek jutaan ringgit. Banyak benda yang diceritakan. Dan banyak benda jugak yang Hildegord tahu telah berlaku selama dia tiada di Malaysia.

Sedang kusyuk berborak, Hildegord dapat merasakan seperti seseorang sedang memerhatikannya. Kepala ditoleh untuk mencari kelibat tersebut. Beberapa saat kemudian, Hildegord terasa seperti bayangan itu sudah menghilang.

"Dee are you okay? What's wrong?" tanya Sarah prihatin. Hildegord hanya menggelengkan kepalanya lalu mencapai Iphonenya. Nama Jay dicari. Satu pesanan ringkas di kirim sebelum kembali menumpukan perhatian kepada rakan-rakannya.

~~~
[Universiti Malaya]

Pagi-pagi lagi pelajar UM sudah gampang berborak tentang pertukaran seorang pelajar dari luar negara. Ada yang teruja. Ada juga yang sudah membuat bet tentang gender pelajar baru itu. Ada juga yang tidak kesah. Dan antara pelajar yang tak kesah tu adalah pelajar yang tengah breakfast di cafeteria UM sekarang.

"Asal kecoh-kecoh ni? Ada retis naj datang Uni ke?" tanya seorang lelaki yang masih lagi tengah scroll group pelajar UM.

Lelaki yang duduk di sebelahnya hanya mengangkat bahu sebelum sambung menguyah Nasi Lemak. Biar lah apa jadi pon kat Uni ni, yang penting jangan kacau dia tengah habiskan makanan dia kalau taknak tengok dia jadi Hulk.

Sarah dan Airin melihat satu sama lain sambil tertawa kerana mereka sudah tahu siapa pelajar pertukaran itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan Universiti Malaya itu. Semua pelajar berpusu-pusu ingin melihat siapakah gerangan pelajar baharu itu.

Lamborghini Huracan yang berwarna putih itu masuk ke tempat parking dengan selamat. Pintu kereta dibuka dan berdirilah seorang Hildegord Estrella di situ. Terbeliak mata pelajar-pelajar yang ada di situ. Ada yang sampai ternganga. Silap-silap lalat masuk pon tak sedar. Hildegord memandang pelik. Ada yang tak kena kah dengan dirinya? Blouse kosong,skinny jeans dan converse high cut berwarna putih dipakainya harini ditilik atas bawah. Tak ada yang pelik pon. Rambutnya yang dibiar lepas itu pon tidak kusut atau serabai. "So why are they staring at me like that?" soalnya kebingungan.

"Well, look who's here! My dear sister!" suaranya sengaja dibiarkan kuat dengan lenggok badan yang seperti ulat beluncas itu.

Gedik. Itu first impression Hildegord terhadapnya. Nafas dihela perlahan. Semenjak balik Malaysia ni Hildegord lebih banyak mengeluh. Baru seminggu dekat Malaysia dah rindu Sicily. Huhu~

"What did you want Amanda? Aku takde masa nak layan kau cause I'm a busy person" Hildegord memandang tepat ke arah Amanda.

Amanda Emelda adik tiri kepada Hildegord yang lebih muda 2 tahun. Adik tiri? Entah itu apa yang sepatutnya dia katakan. Ianya lebih kepada anak luar nikah daddynya yang dilayan bagai permata hati. Kenapa anak luar nikah? Sebab daddy sampai sekarang hanya membiarkan emak Amanda sebagai perempuan simpanan dan bukan isteri. Dengki? Tidak pernah sama sekali Hildegord rasakan terhadap Amanda. Maybe dia dapat kasih sayang daddy and everything she wants,but Hildegord have a better life from her.

Amanda menapak sedikit kebelakang. Tidak tahu mengapa tapi dia dapat merasakan aura yang menakutkan dari Hildegord. It's a warning for her not to mess around. Gigi diketap kuat. Egonya rasa tercabar. "Kau tu dah la tak dapat kasih sayang,jangan nak belagak hebat la. Kau kena ingat semua benda yang kau ada tu,semua akan jadi milik aku" jerit Amanda dalam hati. Kalau diluah depan-depan dia risau Hildegord akan membongkarkan tentang asal usulnya yang cuba disembunyikan.

Hildegord berjalan melepasi Amanda untuk ke kelasnya. "Just wait and see Hildegord. Hidup kau tak akan tenang" senyum jahat terukir di bibir Amanda.

~~~
Sarah dan Airin menunggu Hildegord di luar dewan kuliah. Mahu lunch dan kenalkan Hildegord pada kawan-kawan katanya. Hildegord hanya mengiyakan sahaja. Semasa mereka bertiga berjalan ke cafeteria,laluan merka dihalang seseorang.

"Hildegord, I miss you so much. Asal tak bagitahu I you dah balik Malaysia?" kata lelaki itu sambil ingin memeluk Hildegord.

Tangan lelaki itu ditepis Hildegord. Matanya mencerun ke arah lelaki itu. Tidak suka disentuh sebarangan. "Dah tak tahu halal dengan haram ke? And by the way kita kenal ke yang kau nak acah-acah ambik berat pasal aku?" sinis bunyinya.

Lelaki itu tergelak kecil. "Sejak bila sweetheart I pandai cakap kasar ni? You tak kenal I? Okay fine. Let me introduce myself. Tengku Faiz Imran. Your one and only boyfriend" katanya dengan penuh bangga.

Kata-katanya dipotong oleh Airin. "Excuse me Mr. Tengku, but i think you should put word ex infront the word boyfriend. Well,you know the reason yourself don't you?". Boleh tahan pedas jugak mulut teman-teman Hildegord ni.

Muka Tengku Faiz memerah. Malu? atau marah? entah la. Mungkin 2 in 1. Belum sempat Tengku Faiz membalas ada suara berteriak memanggilnya.

"Babyyy!!!!" jerit pemilik suara itu. Hildegord dan yang lain menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Datang lagi satu bala. Kenapa lah Hildegord kena jumpa semua orang yang membuat dia benci masa silamnya dalam satu hari yang sama?

"Ah,the reason you become an ex already here bro" perkataan ex itu sengaja ditekan Sarah sambil tersenyum ke arah Amanda.

Amanda berjalan ke arah mereka. Tangannya laju melingkar pada lengan Tengku Faiz. "Baby,you buat apa dengan budak-budak kampung ni?" katanya dengan suara yang sengaja dimanjakan. Matanya melihat atas bawah ke arah Hildegord dan teman-temannya. Rasa nak je cungkil biji mata dia tu pergi jual dekat pencuri organ.

"Amanda,aku nasihatkan kau jaga boyfriend kau elok-elok. Jangan kasi dia suka-suka nak sentuh anak dara orang. Tak cukup ke dia dah sentuh kau?" Sarah mengecilkan matanya ke arah Amanda sebagai amaran.

Amanda hanya buat muka tak kisah. Dia menarik tangan Tengku Faiz untuk beredar dari situ dan Hildegord pula berlalu ke cafeteria. Sepanjang perjalanan ke cafeteria itu Sarah dan Airin tidak henti mengutuk Amanda dan Tengku Faiz. Hildegord pula kebih selesa berdiam diri dan tenggelam dalam fikirannya sendiri.

Tengku Faiz. Teman waktu Hildegord. Mereka mengenali satu sama lain kerana hubungan pekerjaan ayah mereka. Jujur Hildegord katakan dia suka pada Tengku Faiz. Tapi perasaan itu disimpan supaya hubungan mereka tidak kekok. Tapi suatu hari hubungan itu musnah akibat satu kejadian. Satu malam,Hildegord menangkap Tengku Faiz tidur bersama Amanda di sebuah hotel. Mulai detik itu, Hildegord tidak percaya lagi dengan perasaan cinta.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now