Cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik itu menyebabkan Emir terpaksa mencelikkan matanya. Kepala ditoleh ke arah tempat tidur Hildegord. Kosong? Ni yang nak menangis ni,bangun pagi wife takde.
Kaki diatur ke segenap ruang di dalam rumah itu. Mana pulak isteri dia hilang ni? Terdengar bunyi gelak ketawa datang dari dapur. Kelihatan Hildegord sedang bergelak ketawa dengan saudara-maranya yang lain.
Emir tersenyum tipis. Dia bersyukur kerana keluarganya menerima Hildegord dengan baik. Emir bergerak ke meja makan. Ada nasi lemak terhidang di atas meja.
"Siapa masak?" tanya Emir. Gabriel yang tengah kusyuk makan itu mengangkat kepalanya.
"Akak" jawabnya sepatah. Sejak pagi tadi dia dah kamching dengan kakak iparnya.
Laju sahaja tangan menyenduk nasi lemak buatan air tangan isterinya itu. Masakan Hildegord tak pernah tak sedap. Emir dan Gabriel memanbah sehingga 2 kali. Nasib Airiel menegur,kalau tidak nasi lemak tu habis dekat diorang je.
Suasana di mansion itu sungguh meriah. Dalam family Emir,cuma Emir,Airiel dan Gabriel sahaja yang sudah besar. Sepupu mereka yang lain kebanyakan masih bawah umur. Maklumlah,ibu dulu kahwin awal.
Selesai mengemas apa yang patut,keluarga besar itu duduk berehat di halam mansion itu. Gelak tawa mereka mati apabila kelibat seseorang menghampiri mereka.
"Lah kenapa semua orang diam,terkejut sangat ke tengok Tia datang?"kata gadis itu. Nama sebenarnya Fatimah,tapi entah datang dari mana nama Tia tu pon orang tak tahu. Siapa perempuan ni? Dia adalah anak angkat yang di bawa masuk ke dalam family oleh arwah datuk Emir.
Ahli keluarga yang lain tidak menghiraukan kehadirannya. Mereka sambung berborak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tia berdecit geram. Langkah kaki Tia diatur menuju ke arah Emir yang sedang bermain dengan Raisya.
Gabriel memandang Tia atas bawah. Baju dah la macam sarung balut nangka,singkat lagi. Nampak macam excited nak pergi neraka je gaya dia.
"Hai abang". Tiada balasan.
"Bila abang balik sini?" masih tiada jawapan.
"Abang...Abang dengar tak Tia cakap ni?"Tia menggoncangkan tangan Emir. Emir menepis pegangan itu. Nampak gaya lepas ni,dia kena samak tangannya.
"Kau boleh blah tak? Semak la setan! Kau tu sedar diri sikit boleh tak? Kau dah la tua dari kitorang,ada hati nak panggil abang. Pergi mampus la kau"kata Gabriel geram. Tia menjulingkan matanya sebelum beredar dari situ. Tahu pun takut.
Hildegord yang baru keluar dari rumah dirempuh kasar. Hildegord menapak beberapa langkah ke belakang. Bahu kanannya dipegang. Hildegord memberikan pandangan 'kau asal babi,main rempuh orang.Buta ke?' kepada perempuan yang melanggarnya itu.
Hildegord berjalan ke arah Emir dan Gabriel. "Siapa perempuan tadi tu?" soal Hildegord dengan muka tak puas hati.
"Pengemis dalam family ni" jawab Gabriel selamba sambil melihat Didi and Friends bersama Raisya.
Emir menepuk rumput buatan di sebelahnya. Menyuruh Hildegord untuk duduk. Bahu kanan Hildegord diurut lembut. "Sakit ke?" tanya Emir risau.
Hildegord hanya menggeleng. Kesabaran seketul Emir Ukasyah ni dah la senipis kulit bawang. Lepas je tengok wife dia kena rempuh tadi,lagi menipis kesabaran dia. Tapi masih cuba untuk dikawal.
~~~
Abaya berwarna cream itu dipandankan dengan shawl yang sama warna. Emir juga mengenakan baju melayu berwarna cream."Sayang...Tolong..."Emir menghukurkan beberapa butang baju melayu kepada Hildegord. Nasib la tinggi Hildegord dan Emir tidak terlalu berbeza,jadi senang sedikit kerjanya.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...