Memandangkan esok cuti, Sarah dan Airin mengambil keputusan untuk bermalan di rumah Hildegord. Sudah lama mereka tidak datang ke rumah Hildegord. Kali terakhir mereka datang adalah sebelum Hildegord berpindah ke Sicily. Waktu itu mummy Hildegord masih ada. Mereka menganggap mummy Hildegord sebagai mak angkat mereka. Cantik,baik,penyayang macam bidadari hehe.
Malam itu, mereka hanya duduk di ruang tamu tingkat atas. Hanya bunyi aircond sahaja yang didengari. Diam. Bukan diam sebab takde orang,tapi diam sebab semua tengah fokus buat assigment masing-masing. Biasalah,budak Uni kan. Kejar date line assigment itu sudah pasti.
"Korang nampak file kerja aku tak?" tanya Hildegord sambil mencari-mencari file berwarna biru itu di dalam totebagnya.
Sarah dan Airin geleng kepala. "Kau tertinggal kat mana-mana kot" kata Sarah sambil memasukkan mister potato ke dalam mulutnya.
Terdengar kat-kata Sarah itu,Hildegord berhenti sebentar. Berfikir sebelum dahi sendiri ditepuk. Takde la kuat mana dia tepuk,tapi masih nampak kesan merah. Ye la orang kulit putih kan~
Jam di dinding menunjukkan pukul 11.00 malam. Hildegord melepaskan satu keluhan kecil. Kenapa la nasib dia malang sangat hari ni. Tanpa berlengah lagi, Hildegord berjalan ke arah biliknya. Hoodie berwarna dark emerald di sarung ke tubuh. Rambunya di ikat ponnytail sebelum converse high cut berwarna hitam disarung ke kaki. Tidak lupa juga cap nike berwarna hitam. Pintu garage dibuka sebelum Lamborghini kesayangan Hildegord membelah jalan yang sunyi itu.
~~~
Kawasan Uni kehilatan suram dan gelap. Hanya beberapa lampu sahaja yang dinyalakan sepanjang koridor. Creepy. Meremang bulu roma Hildegord apabila berjalan di sekitar koridor untuk ke dewan kuliahnya. Macam dalam cerita hantu je gayanya.Click! Pintu dewan kuliah dibuka. Nasib tak berkunci. Hildegord bergegas ke tempat duduknya sewaktu kelas pagi tadi. Mukanya bercahaya gembira kerana filenya ada di situ. Baru sahaja ingin melangkah untuk pergi,Hildegord terdengar derapan tapak kaki masuk ke dewan kuliah itu. Cepat-cepat Hildegord sembunyikan dirinya di celahan kerusi. Mulut ditekup supaya tiada bunyi terhasil.
"Kau serious ke dia ada kat sini?"
"Boss cakap dia ada kat sini. Kau sendiri nampak kereta dia kat luar tu kan?"Lelaki. 2 orang. Itu yang dia dapat pastikan.
"Diorang cakap pasal aku ke? and boss? Ada orang upah diorang cari aku ke? Nak buat apa? Bunuh? Culik?" semua pertanyaan itu berlegar-legar di fikiran Hildegord.
Iru semua tolak tepi dulu. Yang penting sekarang ni dia kena keluar. Dengan berhati-hati Hildegord bergerak ke arah pintu kecemasan di belakang dewan kuliahnya itu. Tapi malang tidak berbau bila dia tersepak salah sebuah tong sampah di tepi kerusi. 2 orang lelaki tadi beralih ke arah Hildegord. Senyum jahat ditayangkan sebelum mereka mula mengejar Hildegord.
"Oh,Shit!" gumamnya sebelum membuka langkah seribu. Kalau Usain Bolt tengok ni mesti dia ambik Hildegord jadi anak murid. Hildegord yang hampir kehabisan nafas bersembunyi di belakang tembok. Nafas cuba dikawal sebelum berlari kembali. Baru sahaja ingin terasa selamat hoodienya ditarik dari belakang. Hildegord menendang perut lelaki tersebut sebelum jatuh terduduk. Lelaki tersebut menahan senak di perutnya. Kuat juga Hildegord ni.
Belum sempat Hildegord mahu bangun kakinya ditarik oleh lagi seorang lelaki yang membuatkan kepala Hildegord terhantuk ke lantai. Hildegord berdecit. Sakit dan marah dalam masa yang sama. Hildegord bangun dan terkejut melihat objek di tangan lelaki itu. Pisau?! "Diorang memang tekad nk bunuh aku ke ape?" monolog hati Hidlegord.
Lelaki yang memegang pisau itu meluru ke arah Hildegord. Hildegord mengelak serangan dari lelaki itu dan menepis pisau di tangannya. Nampak sedikit koyakkan pada hoodie milik Hildegord. Matanya berkaca. Bukan sebab sakit atau terkena pisau. Tapi sebab hoodie kesayangan dia terkoyak. Hildegord menendang tempat sulit lelaki itu sehingga lelaki itu terduduk di lantai.
Senyuman tidak bersalah diberikan. Well,you deserve it. Siapa suruh dia koyakkan hoodie Hildegord. Tangan dilambai-lambai kepada 2 orang lelaki itu sebelum berlari ke arah keretanya.Lamborghini itu berhenti di bahu jalan. Penat berlari tadi masih ada. Hildegord menyandarkan badannya pada kerusi pemandu. Jam pada dashboard dipandang. 1.30 pagi. Dahinya dipegang. Terasa pedih. Camera pada Iphonenya dibuka. Ada luka kecil yang tak berapa dalam di dahi cantik milik Hildegord. Darah pada luka itu juga sudah kering.
"Mungkin luka waktu terhantuk tadi" tembaknya sambil mengusap luka itu. Hildegord meneruskan perjalanannya pulak ke rumah. Penat. Dia sudah nampak bayangan katilnya yang memanggil-manggil namanya. Dia mahu segera sampai dan tidur. Mana tahu nanti tidur boleh mimpi prince charming datang jemput dia naik white horse.
Sebelum berlayar ke alam mimpi,Hildegord sempat menghantar pesanan ringkas kepada Jay menggunakan aplikasi whatsapp. Dengan kejadian yang berlaku malam ni,Hildegord pasti ada sesorang yang ingin dia mati. Dia sudah dapat mengagak dalang di sebalik rancangan ini. Tetapi dia perlukan bukti yang lebih kukuh. Dan sebab itu dia perlukan Jay.
Jay ialah personal bodyguard Hildegord. Jay bekerja di bawah Hildegord jadi dia tiada kena mengena dengan daddy Hildegord. Arwah mummynya sendiri yang mengenalkan Jay kepada Hildegord. Kalau mummy yang kenalkan maksudnya orang tu memang boleh dipercayai. Itu yang membuatkan Hildegord percaya pada Jay.
Melihat notification dari Jay,kini Hildegord sudah boleh tidur dengan aman. Esok dia kena bangun awal sebab ada kelas pagi. Lampu tidur ditutup sebelum bilik itu menjadi gelap.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...