[8]

3.5K 295 2
                                    

Hildegord mengelipkan matanya berkali-kali. Dia tak salah nampak ke? Ke ada bunian tengah ajak dia main cuk cak sekarang ni? Ke kepala dia banyak sangat fikir pasal Emir sampai dia nampak Emir berdiri depan dia sekarang ni?

"Wahai bidadariku. Tercegat apa lagi dekat situ? Dee tahu tak Emir tunggu Dee dah 10 minit? Dee pergi mana lari sorang-sorang?" Bertubi-tubi soalan ditanya.

"Kenapa Emir kat sini? Kenapa tak masuk hutan dengan diorang?" tengok la ni. Lain yang ditanya,lain pulak yang keluar dari mulut Hildegord.

"Emir tunggu Dee la. Takkan Emir nak biar Dee masuk hutan sorang-sorang? Dee dah la tak suka hutan. Kalau apa-apa jadi camne?" bebel Emir panjang lebar. Geram kadang dengan perangai Hildegord yang selalu buat keputusan seorang diri ni.

Hildegord menggaru pipinya yang tidak gatal. "Emir...Sorry la. Ala,tadi Dee pegi ambik cap. Tertinggal dekat cafe" kepala ditundukkan sambil bermain dengan jarinya. Entah mengapa dia tidak berani melihat muka Emir. Terasa seperti ada aura yang menakutkan pada Emir.

Emir melepaskan satu keluhan. Rambutnya disebak kebelakang. Dia bukan nak marah Hildegord. Tapi dia risau kepada bidadarinya yang seorang itu. Dia tak tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya kalau sesuatu terjadi kepada Hildegord.

"Emir tak marah. Emir risau" katanya lembut sambil menarik lengan baju Hildegord. Mereka perlu memasuki hutan sekarang kerana mereka sudah jauh ketinggalan dibelakang.

Sudah hampir 15 minit mereka berjalan tetapi masih tiada satu pon anak panah penanda arah ditemui. Hildegord mula berasa tidak sedap hati. Genggamannya pada hujung baju Emir di eratkan.

"Emir..." panggil Hildegord perlahan. Kepala didongakkan sedikit. Rasa macam nak menangis je sekarang ni. Emir yang melihat wajah ketakutan bidadarinya itu,cuba untuk menenangkannya.

"Takpe Emir kan ada dengan Dee" walaupun hatinya sedikit risau Emir tetap mengawal riak wajahnya. Kalau dia risau,apatah lagi Hildegord?

Hari semakin lewat petang. Emir nampak muka Hildegord sudah semakin kepenatan. Tiba-tiba Emir terasa seperti tersepak sesuatu. Ya,benda yang dia tersepak tu ialah papan tanda tunjuk arah. "Ada orang sengaja rancang benda ni ke?" desisnya di dalam hati.

Emir membawa Hildegord ke tempat yang sedikit lapang. Hildegord duduk bersandar pada pokok yang agak besar. "Dee boleh tunggu sini kejap tak? Emir nak cari kayu,nak buat unggun api. Emir pergi kejap je,lepastu Emir datang balik" muka Hildegord yang letih dipandang. Dia risau nak tinggalkan Hildegord dekat sini sorang-sorang,tapi kalau dia tak buat unggun api macam mana nak tidur malam nanti?

Hildegord hanya mengangguk. Dia menghantar pemergian Emir dengan hujung matanya. Iphone di dalam poket dikeluarkan. Bateri Iphonenya masih full. Bateri full tapi takde signal tak guna jugak kan? Kaki dirapatkan ke dada,berharap agar Emir pulang dengan cepat.

[Tempat Camping]
Suasana di sini kelihatan agak bising dengan kehilangan Hildegord dan Emir. Sarah dan Airin sudah mula menangis dan menyalahkan diri mereka sendiri. Khai cuba menenagkan gadis-gadis itu,manakala Acap masih berfikir tentang keberadaan 2 orang rakannya itu. Rambutnya dikusutkan. Waktu macamni pon still hadsome. Akibat hari yang semakin gelap,operasi mencari ditangguh sehingga pagi esok.

Amanda yang baru sahaja keluar dari biliknya nampak seperti tidak terkesan sama sekali. Sedang dia berjalan,dia terdengar ada beberapa orang pelajar berbisik...

"Aku harap sangat Hildegord dengan Emir selamat"
"Kalau apa-apa jadi dekat Emir,aku takkan maafkan orang yang buat taik kat dia ni"

Tubuh Amanda terasa bagai terkena renjatan elektrik .Kukunya digigit. Pelbagai persoalan terlayar di dalam fikiran. "Emir? Emir Ukasyah? Macam mana dia boleh ada dengan Hildegord? Kalau plan aku kantoi macam mana? Kalau ada orang bocor rahsia ni habis la aku. Apa aku nak buat ni?"

*Flashback*
"Amanda are you sure about this?" tanya rakannya yang masih takut-takut memandang sekeliling. Kalau orang nampak ni mampus diorang.

"Well,she deserve this,lagipun hutan ni kecik je kot. If sesat pun,pusing-pusing nanti jumpa jugak jalan keluar" kata Amanda sambil mencabut papan tanda tunjuk arah itu dan dicampak ke dalam hutan. Rakannya hanya melihat tanpa menghalang.

*End of flashback*

Tengku faiz yang melihat riak wajah Amanda yang pucat itu,berjalan menghampirinya. "If anything happened to her,i'll never let you go" bisik Tengku Faiz berbau amaran. Amanda hanya membuat roll eyes. Mampus dia la. Kalau boleh dia nak Hildegord mati dekat dalam hutan tu.

[Hutan]
Hildegord memandang screen Iphonenya. Sudah 15 minit Emir pergi. Aik,pergi kejap pon dah rindu ke? Tiba-tiba terdengar seperti bunyi tapak kasut menghampiri Hildegord.

"Emir...." panggilnya perlahan. Tiada sahutan. Hildegord menelam air liurnya. Dia terus berdiri dari posisi duduknya. Seorang lelaki berpakaian gelap dengan penutup muka berdiri betul-betul di belakang Hildegord.

"Aku rasa aku takyah tanya soalan cliche like 'hamba Allah mana yang hantar kau' dah kot,cause aku kenal orang yang hantar kau. Am I right?" soal Hildegord sinis.

"What a smart girl,we have here. But,sorry miss kau akan mati kat sini" kata lelaki itu mengejek. Hildegord mengalihkan badannya untuk memandang lelaki itu. Senyum sinis diberikan.

Lelaki itu berdecit perlahan sebelum berlari ke arah Hildegord dengan kayu di tangannya. Amende la gaduh guna weapon ni. Lemah betul. Hildegord mengelak setiap serangan lelaki itu sebelum perut lelaki itu ditendang. Ez bro~

"Fuck,betina ni tahu cara lawan ke?" marah lelaki tu. Lelaki itu membalas kembali tendangan Hildegord di tempat yang sama. Hildegord terpelanting sedikit ke belakang. Akibat kehilangan fokus,sekali lagi Hildegord ditendang tapi kali ini dibahagian kaki. Tendangan itu sedikit kuat sehingga Hildegord jatuh terdudk dan mengerang kesakitan.

Lelaki itu tersenyum mengejek. Kalau dah nama tu perempuan,tetap lemah juga. Kayu ditangan diangkat tinggi. Belum sempat lelaki itu ingin memukul kepala Hildegord,tedengar suatu jerikan "WOI!!!"

Belum sempat kepala dipusingkan kepada pemilik suara,Emir terlebih dulu memberi tendangan sulungnya kepada kepala lelaki itu. PRAKK!! Terdengar seperti ada benda retak. Membulat mata Hildegord. Kuat betul Emir tendang. Lelaki itu memandang Emir tajam sebelum melarikan diri kedalam hutan.

Emir memandang ke arah Hildegord dengan mata yang penuh kerisauan. "Dee okay tak?" Emir menilik keadaan Hildegord dari atas sampai bawah. Ada kesan lebam di tepi mulutnya,dahi sedikit bercalar,tangan penuh luka dan kaki mungkin sudah terseliuh akibat ditendang tadi.

Rahangnya diketap kuat. Nafasnya cuba dikawal. Kalau dia dapat orang yang cederakan bidadari dia ni,memang lunyai dia kerjakan diorang. Hildegord hanya diam. Badan gadis itu dicempung dan dibawa ke pokok yang mereka bersandar tadi. Hildegord bukannya berat manapun. Ringan macam bulu kapas je.

~~~
Kedua-duanya lebih selesa mendiamkan diri. Unggun api di depan mata dilihat. "Emir,thankyou" kata Hildegord memecah kesunyian.

"For what?" tanya Emir pelik. Tiba-tiba je cakap thankyou kenapa? Hildegord memalingkan mukanya menghadap Emir. Anak mata grey dan emereld itu bertemu. Hildegord menurunkan pandangannya. "For everything" katanya perlahan. Emir hanya tersenyum tanpa membalas.

"Dah tidur cepat,esok nak guna banyak tenaga"cakap Emir lembut sebelum melelapkan matanya. Hildegord memandang lembut wajah Emir lembut. "you're really my knight in shining armor" itu ayat terakhir Hildegord sebelum masuk ke alam mimpi.

Emir membuka matanya yang pura-pura tidur tadi. Telingan dan pipinya terasa membahang. Oh,shit! Hati jangan buat hal please! Malam itu Emir tidur dengan mimpi yang indah sekali.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now