[3]

4.1K 321 5
                                    

Bunyi kerusi yang ditarik itu menarik perhatian dua orang lelaki yang sedang bermain PUBG di salah satu meja di cafeteria. Balik-balik cafeteria lagi. Nak buat macam mana tempat cafeteria ni memang tempat orang melepak.

Lelaki yang memakai kaca mata bulat itu memandang lama ke arah Hildegord. Matanya tidak berkedip. Bakai sudah terpukau dengan bidadari di hadapannya sekarang ni.

"Woi kau kenapa tenung anak dara orang macam nk tembus?!" sergah Airin.

Lelaki itu tersentak lalu spontan berkata "ni bukan ke bidadari yang tengah viral kt Uni kita sekarang ni? Dia buat apa kat sini?"

Bidadari? Memerah pipi Hildegord apabila dipuji seperti itu. Jangan la cakap macamtu. Hildegord ni dah la sejenis yang pemalu dengan orang yang dia tak kenal. Mendengar perkataan bidadari itu Sarah dan Airin terus menghamburkan tawa.

"Bidadari ek? Dasyat betul kau Dee sampai orang panggil bidadari. Kenapa dia kat sini kau tanya? Yang penting sebab dia bukan nak jumpa kau la" kata Sarah sambil mengelap hujung matanya yang berair.

Amboi kalau boleh ketawa,sampai keluar air mata eh. Suka sangat la tu dapat menyakat Hildegord.

"Okay enough. Hildegord yang pakai spec ni nama dia Asyraf Mukmin tapi orang panggil Acap. Yang sebelah dia ni Khairil Irfan. Alhamdulillah,dua-dua single lagi. Guys, this is Hildegord. Kawan kitorang sinde sekolah menengah" terang Airin panjang lebar.

Hildegord hanya tersenyum sebagai sapaan. Masih awkward dengan mereka. "Ni je ke?" soal Hildegord inginkan kepastian. Manalah tahu ada yang dia tertinggal. Kang ada yang merajuk sebab tak dikenalkan kang ha susah.

"Oh ada lagi sorang. Hero gadis-gadis kita. Ni lambat ni mesti kena kejar dengan fangirl dia" selamba Acap menjawab.

"Haa tu panjang umur dia..." sambungnya lagi.

Seorang lelaki mengambil tempat di depan Hildegord. Wajahnya seperti baru habis lari marathon. Uish,dia buat apa sampai penat macamni?

"Hilde,this is Emir Ukasyah. Our hot stuff guy. Or people call him hero gadis-gadis sebab dia good looking terlebih. Akhlak dia? Dengan orang lain je la baik. Dengan kitorang setan pon confuse sapa lagi jahat" hiperbola sangat intoduction Acap kepada Hildegord.

Emir hanya menjeling Acap. Air milik Khai diteguk bagai hak sendiri. Peduli apa aku. Air dia,air aku jugak.

"Teh ais aku tu setan. Jangan nak melebih sangat" tangan Khai laju menepuk belakang kepala Emir. Hampir tersedak Emir dibuatnya.

"Kau asal lambat? Dengan muka macam baru lepas nampak pocong menari tiang je aku tengok" Airin dan cakap lepasnya berpisah tiada. Terhambur tawa semua yang berada di meja itu. Ada ke pocong menari tiang? Macam mana? Pocong kan takde tangan? Ah,suka hati pocong tu lah.

"Aku penat la kena berlari berkejaran yang tak seindah bungan di taman ni. Boleh mati kalau tiap-tiap hari camni" Emir mengeluh. Kepala diletakkan di atas meja makan itu. Kononya nak mintak simpati dekat member la ni.

"Siapa suruh kau good looking sangat. Tambah lagi kau single. Memang histeria la perempuan dekat Uni ni tengok kau" Acap laju bercakap walaupun mata masih fokus pada gamenya.

Emir berdecit. Rimas. Ye dia rimas dengan perempuah yang nak dekat dengan dia dengan niat yang tak ikhlas. Kepala diangkat. Matanya bertemu dengan mata grey milik Hildegord. Cantik. Matanya tidak dapat dialihkan daripada pemandangan di hadapannya sekarang ini. Hildegord terus mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila pipinya terasa membahang.

"Bro,cakap tak minat perempuan. Asal tenung anak dara orang gitu?" sekali lagi kepala Emir diketuk oleh Khai. Lama-lama bodoh jugak si Emir ni sebab asyik kena ketuk kepala dengan Khai je.

Emir memberikan isyarat mata kepada Sarah untuk bertanya 'ni siapa?'. Hildegord yang perasan isyarat itu berkata sepatah. "Hildegord".

Emir berpaling ke arah Hildegord dan membuat mulut ouh. Entah mengapa ada satu aura yang membuat Emir tidak boleh melepaskan pandangannya terhadap Hildegord. Tapi,takkanlah nak usya anak dara orang pulak kan? Tak macho la gitu. Emir hanya mendiamkan diri dan termenung sebentar sebelum makanan yang dipesannya tadi sudah sampai. Nasi goreng kampung dan Ice lemon tea. Terliur betul melihat makanan di depannya sekarang. Mana taknya dari dalam dewan kuliah lagi perut dia dah buat concert.

Belum sempat suapan pertama masuk ke mulut, dah ada bala datang mengganggu. Satu keluhan dilepaskan. Emir rasa macam nk sorok kepala dia dalam totebag miliknya.

"Hi,abang" tegur suara itu. Serentak semua yang berada di meja itu menoleh. Muka semua orang? Tak payah cakap. Memang tengah menyampah habis. Sebelah kening Hildegord diangkat.

Amanda? Again? Uni ni kecik sangat ke sampai semua tempat Hildegord pergi dia kena jumpa Amanda?

Emir tidak membalas sapaan Amanda. Malas melayan. Baik dia sambung makan. Nasi goreng kampung tadi disuapmkembali ke dalam mulut.

"Abang dah habis kelas ke? Abang free tak lepas ni? Abang dengar tak Amanda cakap ni?". Masih sama. Emir masih diam. Tidak menghiraukan Amanda.

Amanda merengus kecil sambil menggoncang lengan Emir. Rimasnya mata memandang. Rasa macam nak cuci mata guna air zam-zam je bila tengok kegedikan tahap ayah pin yang ditunjukkan Amanda.

Gelas milik Khai dihentak sedikit. Sekarang semua perhatian beralih kepada Khai. "Kau boleh blah tak? Dah dia ignore kau tu, faham-faham la sendiri dia memang taknak layan kau. Tak payah la terhegeh kat sini macam makcik jual kerepek" sinis bunyinya.

"Makcik jual kerepek pon dapat lagi banyak attention dari kau" tambah Airin lagi. Semua di situ menahan diri daripada ketawa.

Muka Amanda membahang. Gila kau,kena hina macamtu siapa je tak malu? Kalau muka dia tebal je dia akan still berdiri dekat situ. Kaki dihentak-hentak sebelum berlalu pergi dari situ. Setelah kelibat Amanda hilang dari pandangan,semua yang berada di situ menghamburkan tawa. Meja mereka lah yang paling bising di cafeteria itu. Puas. Mereka puas dapat buat Amanda marah begitu.

Hildegord melihat rakan-rakannya yang seronok bergelak tawa. Rasa tenang. Sudah lama dia tidak tersenyum dan ketawa seperti ini. Tidak lagi selepas kehilangan arwah mummynya. Mungkin kembali ke Malaysia bukan satu pilihan yang salah?

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now